Followers

Friday, June 17, 2011

Ke pantai morib

Masa kami sampai sana petang itu, cuaca memang redup sahaja. Tapinya, ya ALLAH bahang sungguh bila lelepak tepi laut itu. Angin laut panas amat.
Sungguh-sungguh aku tidak tahan. Aku cakap pada hubby, lepas sekali pusing dan main belon buih jom kita balik.
Kebetulan urusan petang itu tidak jadi makanya aku cadangkan kami pergi ke situ.
Hubby juga yang duk rajin ambil ambil gambar kami bertiga.
Seriusly bagi akulah, tiada yang menarik pun di situ huhu.
Cuma kami hendak happykan anak-anak dengan tunjukkan pantai dan main belon buih.
Namun ada sahaja orang mandi mandi di bahagian yang berpantai.
Rata-rata ramai juga orang main layang-layang di sini.
Haziq bising juga hendak main layang-layang.
Tapi aduhai, cuaca memang tidak mengizinkan untuk bersuka ria.
Kalau hendak makan pun jangan risau sebab banyak je di situ.
Setakat sotong dan tahu bakar confirm ada nyer.

4 June 2011
Pantai Morib,Banting Selangor

Haifa - muka masam je, naper sayang?

Haziq boring sebab tidak dapat main pasir pantai

6 comments:

velasrizal said...

wah daku dh lama xmai sini

haslina said...

huhu. oklah tempat mmg cantik dah.
;))

mamalieyna said...

tepi pantai mmg panas n berbahang kan..tak sanggup..kalau g petang sket ok laa rasanya kot..hu..

haslina said...

ntahlah eina, bahang sungguhlah di pantai morib tu.

tp rasanyer masa gi pantai PD ok je berangin sepoi2 gitu.
;))

e.l.i.s.s.m.i.e said...

minggu ni nak ke pd..hrp tak panas la dan sesuai utk istirehat keluarga:)

haslina said...

eliss - insyallah, tidak rasanya. lagi pun PD banyak pokok berdekatan pantai.

p/s syioknyer dapat mandi laut.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails