Followers

Wednesday, July 6, 2011

Baju baby

contohnya sahaja, yang aku beli color stripe.

Start hari Sabtu lepas, bermulalah aku dan hubby berkecimpung kembali dengan baju BABY.
Harap makluman minggu ini kandungan aku sudah masuk 9 bulan.
Memang waktunyalah perlu siapkan itu inilah kan.
Masa beli baju comel di JJ itu, pening juga kepala hendak memilih.
Ialah kena pula baju yang harga lain, seluar harga lain.
Mahal pula tu.
;((
Akhirnya kami pilih dalam 5 pasang baju rasanya.
Belilah juga sarung kaki tangan bagai sekali.

Tidak kuasa memilih yang saiz new born...membazir.
Bajet baby keluar nanti sudah weight lebih 3 kg, macam Haifa dulu.
;))
Lawaknya, setelah penat memilih. Boleh aku dan hubby pilih satu set baju seluar yang dalam sudah siap dalam kotak tu. Macam hendak bagi present tu.
Itu lagi senang. Sudah siap satu set.
Kata hubby nenanti sudah bersalin boleh pergi beli baju lagi.

Yang lain-lain basic thing, memang tidak payah beli. Semuanya masih ada lagi. In fact yang belum pakai pun ada.
Itulah HIKMAHnya bila anak rapat-rapat.
Semua barang boleh recycle semula.

Alhamdulilah.

Rutin hari Ahad, Isnin dan Selasa pula ialah mencuci pakaian baby Haziq dan Haifa.
Aku perasaan part stokin dan sarung tangan memang kena beli lagi nanti.
Alhamdulilah sekali lagi, banyak harta warisan abang kakak ini untuk adik baru diaorang.
Lega rasa di hati.
;))

p/s
Bila sudah penat siapkan keperluan baby, rasa macam sudah tidak sabar untuk menanti kelahiran anak aku ini. Rasa macam sudah tidak tertahan rindu untuk melihat baby comel ini nanti.

3 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

comel baju bb :)

velasrizal said...

teringin nk tgk dia pakai lah

haslina said...

ieda - yg baby nyer akak beli color stripe.
comel kan, itu yg da mcam tak sabar nak tunggu baby kuar.

dik rizal - hihi. insyallah nanti tepek gambar bila da lahir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails