Followers

Wednesday, July 13, 2011

Breakfast apa?. Mee Goreng basah.


Bukan breakfast pun, tapi dinner.
Sudah lama sangat tidak masak mee goreng basah.
Hubby request pun dah lama masa gini.
Alhamdulilah baru-baru ini, sempat juga aku masak.
Ialah aku prefer mee hoon goreng.
Mee kuning mostly mesti berangin kalau makan.
Bagus juga di pasar segar berdekatan rumah aku ada mee kuning buatan orang melayu.
;))

Resepi amatlah mudah.
Mee kuning sebungkus (450gram)
1/2 sudu cili boh - sebab Haifa dan Haziq tidak boleh makan pedas.
4 biji bawang putih.
Kicap dan garam secukup rasa.
Fishball satu bungkus.
Ayam ikut suka hendak letak banyak mana.
Sayur sawi - lagi banyak lagi sedap.
Air.

Cara memasak.
Panaskan minyak dengan api perlahan.
Tumis bawang putih yang telah dihiris.
Masukkan garam dan ciliboh. Hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam dan fishball.
Setelah ayam masak, masukkan air sedikit dan tuangkan kicap.
Air mendidih, masukkan mee dan sayur.
Balikkan mee hingga berwap, padamkan api.

2 comments:

Ina Hashim said...

haziq tak makan pedas eh?nih tak ikut lidah Nogori lin la kut ye..hehe...Alysha makan pedas cam ayah dia :)

haslina said...

mmgnya kak, dua2 beradik ni lidah baba diaorang.

wah bagus alysha. barulah leh masak pedas kan kak.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails