Hehehe, aku promote tempat aku selalu pergi buat pos laju barang-barang customer aku. Dekat sahaja dengan office aku tempat ini. Namanya Pos Mini Sg Ramal, Kajang. Dalam kedai itu ada seorang sahaja pekerjanya. Tak pasti ada pekerja lain atau tidak, tapi setiap kali aku pergi memang ada mamat ini seorang sahaja.
Oklah dia ini, aku ini kan masa mula-mula hendak buat pos laju memang zero info pasal berapa gram berapa RM dan berapa hari untuk sesuatu barang itu.
Aku siap bawa satu sampel, then aku tanya dia macamana procedure pos laju.
So la nie aku sudah faham, kalau barang bawah 500 gram untuk penghantaran seluruh Malaysia hanya bernilai RM5.60 dan katanya mengambil masa dua atau tiga hari sahaja. Maknanya kalau hantar hari ini, esok sudah sampai.
Bagi penghantaran ke Sabah dengan berat kurang 500gram bernilai RM8.20 sahaja. Hatta ke Sarawak ialah RM 8.80 bagi berat di bawah 500 gram.
Dibawah ini contoh gambar bungkusan pos laju. Setakat ini aku baru tahu ada dua saiz plastic ini.
Ehsan internet
Contoh barang yang telah dibalut..ehsan my hubby..sebab dia yang balutkan. Parcel hari Selasa ke Rawang.
Sebenarnya sebaiknya barang-barang itu di balut dengan kertas putih. Dan setelah siap mengisi borang pos laju, kerani pejabat pos akan menimbang dan memasukkan barang kedalam sampul surat plastic itu.Sampul surat plastic ini memang free sahaja, tapi kerani pejabat poslah yang akan masukkan barang dalam sampul itu.
Yang bestnya pos laju service ini siap ada tracking number. Maknanya kita boleh check barang kita hantar itu sudah berada dimana. Bestkan...
Boleh call Pusat Khidmat Pelanggan 1-300-300-300 atau terus ke laman web Pos Malaysia.
Dan dari apa yang aku faham, pos express yang sampul surat kertas tebal itu hanya untuk pos document sahaja.
Untuk lebih lanjut boleh layari laman web Pos Malaysia.
Ehsan internet
Ehsan internet
5 comments:
lin,
klu kat sana dia soh balut ngan kertas putih ke?kalo kat sini dia soh balut ngan brown paper,pastu kene ikat lagik parcel tu ngan tali
mmg balut tu boleh kertas minyak atau kertas putih...klu ikat tali tu yg parcel besar ye kak..klu kecik2 cam saya nyer...da balut dia letak dalam sampul surat plastic pos laju....
OHHO...EINA PUN KURANG ILMU BAB NI..SEBAB JARANG2 BUAT KAN..THANKS FOR SHARING! HEHE..
samalah kita asalnyer..skrg ni da jadi cam kerja di pejabat pos da...
Nak tanya,kalau nk pos surat yg kita dh tulis nama and tampal setem smua tu,boleh ke buat kat pejabat pos mini?
Post a Comment