Followers

Thursday, July 14, 2011

MGTT - minum air gula

Punyalah lama aku 'peram' story ini.
Ialah ini cerita bulan Mei lepas. huhuhu.

Masa kandungan berusia 27 minggu on the 6 May 2011/Friday, aku ada check up untuk MGTT. Seperti pregnant yang lepas-lepas, memang aku wajib ambil ujian ini.
;((

Sebabnya simple sahaja. Both parent ada diabetes. Kononnya history lah kan. Tapi seingat aku, emak dan abah dapat penyakit itu pun masa umur pertengahan 50 lebih
Bukan sebab keturunan, tapi sebab pemakanan.
Dan mereka masih maintain dengan paras gula yang normal sekarang ini.
Abah siap beli alat untuk cek kandungan gula dalam badan di rumah.
Dan setiap kali balik dari check up di klinik, memang aku tahu result paras gula mereka masih normal. Tidak pernah sekali pun terover bagai.
Dengan umur abah yang masuk 72 tahun dan emak masuk 68 tahun, mereka masih tetap menjaga kesihatan terutama dari segi pemakanan.
Alhamdulilah.

Rate di klinik adalah seperti berikut untuk MGTT -
Normal Glucose Tolerence: kurang dari 7.8 mmo/L 
Impaired Glucose Tolerence: 7.9 - 11.0 mmo/L 
Tolerence Diabetes Mellitus: lebih dari 11.1 mmo/L

Sebab itu bila nurse cakap aku perlu ambil ujian MGTT sebab parent history, aku rasa cam bengang. Macamlah parent aku teruk benar sakit kencing manis, sampai kena cucuk sendiri bagai.
;((
Stress aku tau.
Juga antara sebab kena check MGTT ialah sekiranya ibu mengandung itu mempunya kenaikan berat badan berlebihan.
Setakat ini memang rezeki aku alhamdulilah, tidak pernah lagi mengalami kenaikan berat badan yang lebih-lebih itu.
Kedua-dua kali pregnant termasuk yang ini memang gitu je.
Tapi kali ini memang hubby pun cakap, aku nampak macam berisi lebih lagi.
Namun masih stabil lagi.
Huhu.

Berbalik cerita aku. Macam biasa malam sebelumnya kita kena puasa start jam 10pm.
Ngeri gak aku ini, bukan apa aku takut aku muntah sahaja.
Alhamdulilah pagi itu, aku minum sikit je air suam buat pengalas perut pagi itu.
Namun ada pening-pening jugalah pagi itu.

Masa menunggu giliran, boleh tak aku duk tersenyum sorang-sorang. Bukan apa aku melihat gelagat mak yong yang lain masa tengah minum air gula.
Kebetulan pintu bilik rawatan terbuka, so nampak terang jelas cara dan muka setiap orang tengah minum air gula.
Aku perasaan, kalau duk buat muka kelat terik itu mesti yang tengah pregnant anak pertama.
Hehehe.
Masa aku pregnantkan Haziq pun aku muntah while minum air gula itu.
Alhamdulilah masa Haifa dan kali yang ini, aku sudah 'biasa'kan tekak minum air gula panas suam itu.
;))

Yang kelakarnya lagi, minta maaflah pada mak yong itu ya.
Masa aku tengah di ambil darah.
Ada sorang mak yong ini tengah minum air gulalah.
Boleh pula dia minum dengan sikit-sikit, ok lah.
Tapi cara dia minum itu siap macam sedu sedan pulak.
Kejap-kejap mulut itu di lap dengan tisu bagai.
Hatta aku tengok muka dia memang macam hendak muntah dah.
Kecian.
Yang nurse tengah cucuk aku itu, boleh sound kat mak yong itu.

"Kenapa teruk benar cara awak minum ni?"

Aku terus tersembur gelak.
Padahal tangan tengah kena cucuk ni, ambil darah.
Memang aku ini kalau amek darah mesti dekat tangan. Sebab urat di lengan memang tiada.
Orang cakap sakit kalau ambil disitu.
Alhamdulilah aku sudah biasa, rasa ok sahaja.

Itulah, macam-macam gaya mak yong kena masa proses untuk check kencing manis.
Bagi aku sungguh 'azab'.

Alhamdulilah result pun sudah keluar.
Aku di sahkan tidak mengidap kencing manis.
Syukur.

4 comments:

Ina Hashim said...

akak 1st time kene minum air gula wktu preggy Firas aritu...reason:umo >35 tahun..memula cuak gak...rupa2nya air glukos perisa grape...sedappsss sungguh...cam nak mintak lagi pulak hihi

haslina said...

wau sedapnya air tu.
saya walaupun dah kali ke3 minum, tetap tidak suka, terutama part kena puasa.
stress..

Matjoe said...

besar pengorbanan isteri mengandung anak, mcm macam kesukaran. hanya kaum ibu yg mampu tanggung

haslina said...

itulah bang mat joe.
hanya allah sahaja kami kaum ibu berserah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails