Followers

Saturday, December 17, 2011

Kek Pelangi.

Salam pagi Sabtu.
Di kala pagi cuti ini aku mungkin sudah berada di Bangi, menghadiri workshop.
Ini ialah schedule post.

Teringat dulu-duluan masa bujang.
Memang aku boleh di katakan rajin juga menuntut ilmu dengan emak yang memang saban tahun mesti bakar kek marble untuk juadah raya. Tambah juga dengan kek buah kukus yang makan masa 4 jam gitu. Yang part kukus itu aku tidak belajar.
Dengar sahaja 4 jam terus down gitu.

So agaknya aku ini mungkin di katakan sudah lulus cara-cara membuat kek marble@ sekarang ini ada yang panggil kek zebra.
Kiranya lagi basic step mengenai cara-cara membuat kek sudah ada dalam kepala cikgu engineering ini.
Tidak sia-sia juga aku gigih mengacau putih telor secara manual dulu. Ialahkan mana adanya mixer bagai gitu. Bayangkan putih telor 12 biji yang cair itu kena 'pukul' until adunan itu jadi likat.
Peh memang 'lunyai' rasanya pergelangan tangan masa itu.
Di tambah lagi dengan kena kacau pula dengan butter cap bintang dari color warna kuning itu hingga jadi warna putih.
Fuh lagi.
Alhamdulilah, berkat tunjuk ajak emak itu, kek marble dapat bertahan lama tanpa bercendawan walaupun tidak di letakkan dalam peti ais.

Kali ini aku mencuba membuat kek pelangi ini aka kek marble pelangi.
Terus dalam kepala ingat semula step yang pernah aku buat duluan itu.
Alhamdulilah moist dan semestinya sedap.
Mungkin ada beza dengan resepi emak itu. Sebab dulu itu kalau tidak silap aku guna tepung gandum sahaja.
Sekarang ini semuanya guna tepung kek.

Bak kata aku pada member. Ini ala-ala kek kg kan. Sodap.
Dan berkat sedikit ilmu didada, alhamdulilah sudah dua orang order kek ini pada aku.
Insyallah Ahad malam atau Isnin malam siaplah order aku itu.

De cake by me.

Sumber - Buku Kompilasi Hidangan Kek
oleh  Nor Aini Zakaria.
Terbitan ALAF 21.

Resepi.
Bahan-bahan.
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telor gred A
5 sudu makan susu
220 gram tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning.

Cara membuatnya.
Mentega dan gula kastor di satukan dan di putar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung kek dan serbuk penaik di ayak dan di masukkan sedikit- sedikit berselang seli dengan susu dan esen vanila. Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letakkan warna merah, hijau dan kuning.
Ambil satu senduk adunan kuning dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Kemudian ambil satu senduk adunan merah dan tompokkan atasnya. Akhir sekali warna hijau di tompokan pada atas warna merah. Ulang proses hingga adunan habis.
Gris loyang.
Tuang adunan didalam tin pembakar bersaiz 8 inci@18cm (saiz empatsegi).
Goyangkan adunan supaya rata.
Masak pada suhu 1 jam dengan 180C.

Colors@pelangi.

De book.

2 comments:

hOtMaMa said...

wahh..sana sini tgk org buat cake pelangi nih.. mesti sedap! hehe

haslina said...

hotmama@lela - mmg maveles kek ala-ala 'kg' nie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails