Followers

Saturday, December 10, 2011

story rICE & sOYA.

Salam pagi Sabtu.
Alhamdulilah bertemu kita lagi di pagi cuti ini.
diPanjang umur gitu.
Kala begini, Haziq and Haifa masih tidur lagi.
Penat malam tadi ikut kami yang ada urusan di Puchong.
Juga boleh diaorang layan tengok midnight movie malam tadi dengan hubby.
Kalau tidak memang pagi lagi sudah bangun.

Aku tengah basu kain dalam mesinlah.
Trip kedua.
Trip pertama telah selamat di sidai.
Panaskan donat (kureng rasanya) yang buat malam tadi untuk breakfast.
Lepas itu hubby pergi service kereta hari ini. Tukar minyak hitam sahaja.
Lepas ini mahu buat sapuan coklat pada atas donat. Buat Haziq dan Haifa yang memang memilih sahaja kalau mahu makan.
Hubby pagi-pagi sudah selamat merebus daging kambing yang di beli malam tadi.
Makanya hari ini aku langsung ketiadaan kerja memasak di dapur.
Breakfast sudah settle.
Lunch and dinner today adalah by hubby.
Nasi Mandy with lamb.
Kali ini insyallah hubby buatkan juga sambal cili ala-ala arab itu.
Aku mahu masak dalca sayur rasanya (1st time hendak masak). Buat kuah nasi Mandy.
But hubby tidak bagi.
So boleh tidak aku suruh hubby pergi kedai mamak dan beli sahaja kuah dal.
Hahaha.
Tetapi sudah ada niat dalam hati mahu buat cookies rasanya.
Tangan ini rasa tidak seronok kalau tidak menyentuh tepung dalam satu hari.
Hahahaha lagi dan lagi.

Hubby yang budiman.
Tengah suapkan Qeqeem untuk makan pagi.
Umur baru 3 bulan 3 minggu.
Hendak buat macam mana lagi, kalau susu pun sudah tidak cukup untuk kenyangkan Qeqeem comel ini.
Sicomel ini juga sudah mandi tidak guna air panas lagi.
Fuh fuh dan fuh.
Anak-anak aku memang tidak menyusahkan emak bapak.

Baru start makan ini hari Jumaat semalam.
Haziq dulu pun bagi makan ini.

Lepas itu lepak sekejap. Sendawa gitu.
Alhamdulilah tidur lagi. Sendiri-sendiri sahaja.
Memang tidak menyusahkan orang.
Senang hati perut sudah kenyang.
Susu sebotol tolak tepi.

7 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
BRIAYANI MENDY TU LF SANGAT SUKA ! MASAK LEBIH2 SIKIT DAN PANGGILAH KAMI.

haslina said...

salam kembali Dato' -
insyallah dato' ada rezeki nanti conpem dato' dapat rasa nasi mandy.
:))

ibundo said...

cutelah qeqeem. Lagi comel gambar yang tengah tidur menangkup tu...

BLADE EDGE said...

biasa la budak...mcm tu la kalo dah kenyang..kdg2 tu xsempat bagi pun susu botol/badan.tau2 mata dah kuyu..pastu lelap jer :-)

haslina said...

bonda - tima kasih sudi singgah di sini.

dik blade - pandai sungguh adik sorang nie.
mesti ada pengalaman ni jaga budak kecik.

ciEk NiENa said...

ololoo, chumel nya haqeem. huhu

haslina said...

dik niena - mmg sungguh qeqeem yg tembam dan baik ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails