Followers

Thursday, December 1, 2011

Comel rambut kerinting.


Puteri comel ini kadang-kadang aku panggil dia Haifa.
Kadang lagi panggil dengan full name.
Tapi walau apa pun aku tetap panggil dia adik.
Hinggakan satu masa ada dialog aku "adik tolong mama bagi susu ni kat adik".
Ok sahaja Haifa faham.
Maksudnya aku minta Haifa bagikan susu botol pada Qeqeem (aku suka panggil Haqeem dengan nama itu).
Adik to adik lagi.
Memang tidak sampai hati hendak panggil Haifa kakak.
Sebab dia tetap baby kecik pada aku.
Ialah umur baru masuk 1 tahun 7 bulan gitu, Qeqeem sudah lahir.
Umur Haifa 10 bulan gitu aku sudah mabuk pregnant lagi.

Sebenarnya aku merasai apa yang Haifa lalui dulu.
Aku pun dapat adik umur sama begitu.
In fact aku lebih muda lagi.
Aku lahir pada bulan August. And the next year bulan Sept, adik aku pula lahir.
There setahun sebulan sahaja kan jarak aku dengan my adik Eboy.

Tetapi kerana itu juga kot, aku ini amatlah anak manja.
Entahlah kan.
Laginya bukan Eboy sahaja adik aku. Ada lagi adik bongsu aku yang berjarak 7 tahun dari aku.
Tetap aku yang lelebih dari adik.
(,")

Balik story pasal Haifa.
Aku tengok dia memang juga sayang Qeqeem.
Tapi dia belum pandai sangat gitu.
Boleh kekadang kalau kami tidak nampak di sumbatnya dalam mulut Qeqeem dengan makanan yang dia tengah makan.
Conpem Qeqeem tidak boleh makan apa-apa lagi.
Alhamdulilah kami nampak.
Kalau tidak makan serbuk biskut sudahnya baby Qeqeem.
Aku tahu niat Haifa mesti mahu berkongsi makanan dengan adik dia.

Kalau part manja still dia yang paling manja dengan hubby.
Pemaisuri kecil.
Hari itu hubby siap panggil dia Puteri Saadong.
Aduhai.

Masa balik kg baru-baru ini, Haifa beriya-iya hendak ikut emak aku pergi kenduri jiran sekg.
Kami pun pergi juga, tapi lewat sikit.
Risau juga aku sebab dia tidak biasa ikut emak sendiri-sendiri lagi.
Alhamdulilah masa kami sampai di tempat kenduri, Haifa dan Haziq tengah syok makan di suap emak.
Kata emak, Haifa ok diam sahaja.
Lagi, ada sahaja orang di kenduri duk tanya pada emak.
Awat muka Haifa macam Arab pun ada.
Lepas itu memang rambutnya asyik kena pegang je.
Kata emak, kan memang keturunan.
Makluman memang arwah atok dan uwan aku memang asal orang Ceylon@Sri Lanka.
Datang berdagang di sini.
Dan emak kata lagi, arwah nenek emak pula ialah India muslim.
Ahah.............
Sebab itu Haifa dapat rambut kerinting plus dengan hidung dan rupa begitu.
Hatta rambut kerinting itu bukan dari aku mahupun hubby.
Laginya Haifa memang ada iras arwah uwan aku belah abah dan juga arwah makcik aku belah emak.
Yup aku ialah dari keturunan India Ceylon.
Generasi kedua.
Keturunan arwah datuk aku ini sudah masuk generasi ke lima kalau tidak silap aku lah.
Alhamdulilah.
Kenapa muka aku ala-ala melayu sahaja kan.
Sebab aku ikut muka emak.

4 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
MEMANG COMEL CUCU ATOK NI ... RAMBUT KERINTING SEMULAJADI.

haslina said...

salam kembali dato'-
hehehe. tima kasih.

mamalieyna said...

comel betul haifa, dpt rambut camtu pulak...haih terus teruja nk bb girl..hee~

anak buah eina pun namana haifa, tp jrg panggil..sbb paggl nama depannya je..Ain.. nama penuh ain ardini haifa ^_^

haslina said...

tq eina.
semoga murah rezeki eina untuk dapat bb girl. amin.

ooo sedap nama anak buah eina tu.
dgr kat radio hari tu org nama nurul haifa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails