Followers

Saturday, July 28, 2012

kelas hari sabtu lagi.

Picture Haifa posing di rumah kawan emak.

Salam Ramadan ke 8.
Alhamdulilah.
Hari ini aku bekerja seperti biasa.
Start jam 9am tadi until 1pm.
Fuh.
Little bit pening-pening hari ini.
Sudahlah ada sedikit renovation di tingkat 1. Aku mengajar di tingkat 2.
Ampun lagi bengal kepala dengar itu ini.
Tapi oleh kerana students aku begitu bersemangat. Makanya aku bagi dan bagi lagi execise untuk diaorang buat.
Seronok mengajar orang sudah bekerja ini.
Diaorang lebih matang.
Hendak mengajar pun lebih mudah.
Kalau ada kawan-kawan yang tidak faham, tang tu juga diaorang tolong ajar.
Kiranya aku ini setakat sampaikan ilmu.
The rest diaorang bantu sama bantu, alhamdulilah.

Hari ini, insyallah akan balik ke kg di Kuala Pilah.
Tujuan ialah menghantar emak yang sudah dekat 2 minggu duk rumah aku.
Hari tu kan before ramadan adik emak datang dari S'pore ke KL. Itu yang aku ambil emak di kg untuk jumpa dengan sister kesayangannya.
Habis diaorang balik S'pore, emak cakap dia hendak duduk rumah aku until puasa seminggu.
Aku ikutkan sahaja.
Seronok ada di rumah, hari-hari ada lauk sedap emak masak.
Aku sahaja yang la nie out part selera hendak makan.
Semalam emak masak lemak cili padi ketam.
Peh terangkat.
Sad story harga ketam punya mahal. Walaupun di pasar borong.
RM40 untuk 7 ekor kalau tidak silap aku.

Thursday, July 26, 2012

kad Mydin, sudah ada ke?

Salam Ramadan.
Alhamdulilah sudah masuk hari ke 6 kita semua berpuasa.
Syukur pada ALLAH.

Hari masuk hari ke dua bekerja.
Dan, hahahaha. Aku datang lambat lagi.

Semalam ingatkan journey balik boleh ok lah sebab bulan puasa, semua orang balik awal kan.
Tapinya masih begitu lagi keadaan di traffic light.
Lebih 30 minit stuck di situ.
Stress sungguh aku di buatnya.
Lagilah aku tengok sekarang ini menjadi-jadi sungguh sikap pemandu di Malaysia ini.
Memotong line sesuka hati.
Kereta aku sudah jadi macam batu penanda jalan.
Sebab memang sikap aku dari dulu tidak suka potong line.
Kenapa diaorang boleh jadi begini.
Tidak ada perasaan ke?


Haha, akhirnya aku sudah ada kad Mesra Mydin.
Semenjak ada Mydin berdekatan area rumah.
Dan juga Mydin borong tidak jauh juga dari office.
Aku rasa sudah tiba masanya aku ada kad ini.
Memang kerap sangat rasanya shopping di situ.
Price RM12 setahun.
1 point adalah untuk RM1.
Pada yang ada syarikat sendiri boleh mohon untuk kad ini juga. So boleh dapat harga borong.

Wednesday, July 25, 2012

5th ramadan

Syukur alhamdulilah sudah masuk hari ke 5 berpuasa.
Dan aku pula baru masuk kerja hari ini.
Suka hati sahaja kan.
Eh tidak suka hati pun sebenarnya.
1st day puasa hari itu aku sudah mula bekerja pun.
Maklumlah mengajar student part time.
Mahu terlentok aku di office masa habis kelas petang itu.

Hari isnin aku ambil EL.
Sebabnya ada urusan di Menara Maybank.
Alhamdulilah pergi dengan hubby.
Penatkan puasa.
Sabar sahaja mencari tempat parking yang rata-rata mahal perhour.
Aku rasanya tidaklah lama sangat disitu nanti.
Alhamdulilah ALLAH permudahkan, dapat kami parking DBKL.
Parking syiling itu, so hubby ambil untuk 2 jam.
Tapinya jauh jugalah kena berjalan.

On the way balik setelah selesai urusan, hubby ajak pergi PUDU.
Ialah tengok dari luar cantik sahaja bangunan itu setelah di ubahsuai.
Erm ,tidak jauh kami berjalan pun.
Hubby ajak keluar, sebabnya bau didalam kawasan tempat menunggu itu macam 'hanyir'.
Tempat tertutup, dengan bermacam jenis orang. Semestinya bau pun bercampur-campur.

Hari Selasa pula, aku ambil cuti lagi.
Badan rasa tidak sedap sangat.
So banyak tidur sahaja di rumah.

Aku memang tiada selera makan semenjak berpuasa sekarang ini.
Alih-alih, berat aku sudah turun 5kg sekarang.
Ialah berbuka setakat minum air dan air lagi. Sebelum itu makan kurma.
Itu sahajalah.
Lewat-lewat malam sikit, aku pelan-pelan makan nasi.
Alhamdulilah masa bersahur, aku gagahkan juga makan nasi.
Tapi semuanya sikit-sikit sahaja.

Semoga ALLAH permudahkan urusan dan memberi aku kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa. amin amin amin.

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan 2012

Alhamdulilah 1st Ramadan.
Semoga di permudahkan perjalanan kita semua dalam menjalani ibadah yang mulia ini.
amin amin amin.

Thursday, July 12, 2012

Jom makan buah ciku.

Potong by me.

Salam to all.
Buzy plus penat bagai lately ini.

Pokok buah ciku ini abah tanam di rumah kg.
Memang sudah lamalah.
Rasanya sudah lebih 30 tahun mungkin.
Rezekinya kalau buah ini berbuah memang selebat-lebat alam banyaknya.

Alhamdulilah ramai orang dapat aku kongsikan makan ciku ini.
Maklumlah berplastic di bawa dari kg masa itu.
Tapi sekarang ini buah ciku ini sudah ada ulat kecik-kecik.
Pelik juga, sebab dulu memang ciku ini clean sahaja.
Namun yang penting, rasa semacam makan gula merah...manis dan sedap.

Ramai kawan-kawan wonder, kenapa ciku yang aku bawa ini bersaiz besar.
Erm, aku pun tidak tahu.
Abah memang zaman mudanya rajin pergi kursus.
Mungkin ada ilmu dari pergi kursus untuk mendapat hasil buah yang besar dan baik.

Buah yang gemok dan besar.

Friday, July 6, 2012

Anak-anak dan kereta WIRAku.

My beloved ever car.
NAX 941x

As salam.
Alhamdulilah sudah hari Jumaat.
Semoga ibadah dan urusan kita pada hari yang mulia ini di permudahkan dan di berkati Allah, amin amin amin.

Sudah 4 hari Haziq tidak ke tadika.
Hari Isnin memang tadika cuti.
Asalannya hari Sabtu lepas Haziq demam on off.
Until hari Isnin aku hantar Haziq pergi klinik dan aku minta MC sekali untuk menjaga Haziq.
Alhamdulilah menjelang hari Selasa lepas itu Haziq sudah ok.
Cumanya masih ada batuk sikit.
Dan katanya tekaknya macam sakit.
Ok.
Tapinya lagi, Haziq ada muntah.
Kalau terlalu bermain dan batuk kemudian mesti muntah.
Sebab itulah hubby tidak bagi Haziq pergi sekolah.
Biar dia berehat di rumah sahaja.

Mari lihat pictures kesayangan aku.
Masa ini kami di bengkel kereta di Dengkil dalam pertengahan June hari itu.
Agenda ialah menukar minyak hitam.
Dulu masa aku duduk Pandan Indah pun tetap datang kesini untuk servis kereta.
Bengkel ini orang Melayu punya, kawan adik aku.
Kerjanya baik dengan harga berpatutan.
Kawan-kawan, jom support perniagaan orang Melayu.

Qeqeem sedang tunjukkan kakinya yang comel dan lebar.

Haifa suka hati melayan kerenah Qeqeem.

Macam inilah Haziq kalau lepas balik dari tadika.
Kalau di bagi main games dan tengok kartun ok sahaja.
Tapi kalau duduk dalam kereta, mesti tidur.

Muka boring, sebab kena bangun.

Thursday, July 5, 2012

Mari mewarna.

Gigih mewarna.

As-salam kepada kawan-kawan blogger.
Semoga sihat dan ceria pada hari ini. Amin.

Minggu lepas aku belikan Haziq pensil color  baru.
Biasalah budak-budak baru sekolah, asyik misplace sahaja.
Entahlah, hendak tuduh pun tidak boleh lah kan.
Banyak kali pensil color Haziq memang hilang di sekolahnya@tadika.
Tidak mengapalah aku bersangka baik sahaja.
Mungkin Haziq termisplaced.

Akhirnya aku tidak bagi Haziq bawa pensil color ke sekolah.
Cukup sekadar di rumah sahaja.
Part di sekolah itu, biar guna yang di sekolah sahaja.

Haifa pun join sekali.

Aku tertarik dengan bekas color ini.
Price RM 14.90
Rasanya itu yang terbaik untuk kegunaan Haziq berbanding guna bekas pensil biasa itu.
Mudah.

Wednesday, July 4, 2012

Di satu pagi.


Hari Ahad yang mulia@cuti lepas.
Seperti biasa 'mereka' beratur sabar menanti di atas kabinet dapur.
Menunggu air masak di atas dapur gas.
Dan sabar menunggu lagi cerek berbunyi tuttttttt.
Hatta secawan segelas air milo O untuk hubby dan milo kosong seperti biasa buat aku.
Susu + milo untuk Haziq dan Haifa.
Susu sahaja untuk Qeqeem comel.
Termos sebiji dua.
Satu untuk letak dapam bilik dan satu lagi letak di dapur.
Begitulah rutin@azalinya kalau ada anak-anak kecil.

p/s whuaaa, kenapalah lately ini aku suka minum air sirap bandung.
stress, sebab aku bukan peminat minuman manis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails