Followers

Thursday, September 27, 2012

Salam hari Khamis.

Oh seronoknya minggu ini ialah minggu akhir kelas.
Menarik sungguh gitu.
Lepas ini layan carry mark. Lagi tanda paper final.
Aku memang syok sangat kerja. Habiskan kelas dan kelas lagi.
Bila balik rumah layan anak-anak, hubby sayang dan perut yang makin comel.
Seronok dan seronok lagi.
Aku suka hidup aku yang begini.
TQ ALLAH.

Bila mama dan baba tidak cukup tangan untuk prepare anak-anak.
So Qeqeem comel dan baik ini, terpaksa duduk kan sekejap di bonet kereta.
Nanti kalau di biarkan, mana sahaja dia berjalan.
Maklumlah kan anak semuanya kecik-kecik.

Duduk baik dan leka main dengan angry bird.
Memang mama sayang dia.

Time pakaikan Haifa kasut pula.
Abang Haziq memang baik hati layan adik Qeqeem.

Fav. diaorang bila baba tinggalkan kereta kejap.
our new driver lah.

Friday, September 21, 2012

Fish Oil dan Air Soya.

Alhamdulilah sudah hari Jumaat.
Tapi as usual, aku tetap kerja esok  macam biasa.
Esok tumb print jam 1pm hinggalah habis waktu kerja jam 5pm.
Rezeki Allah yang bagi.
Syukur sangat-sangat.


Kisahnya ramai kawan-kawan@officemate tanya, kenapa aku kali ini 'senyap' sahaja.
Hinggakan ramai tidak tahu yang aku ini pregnant.
Hehehe, aku memang suka rahsia-rahsia ini.
Diaorang wonder kenapa aku 'sihat' kali ini.
Siap ada yang tanya, tak muntah-muntah ke?
Jawapannya ialah Fish Oil.

Hari tu masa hendak beli Fish Oil (omega 3), aku cuma bawa budget RM100 sahaja.
Sebab sebelum ini pun kalau tidak silap aku, memang aku makan yang brand Kordel dan satu lagi.
Alamak lupa namanya.
Harganya memang begitulah.
Sekalinya story di Farmasi, cuma ada dua brand sahaja masa itu. Brand yang aku tidak pernah makan.
Kecewa kejap.
Itulah juga yang price less dari RM100.
Fikir-fikir aku macam tidak mahu beli masa itu.
Tapi fikir dalam-dalam aku cubalah Bio-Life.
Price dalam RM90++ rasanya. Dapatlah 2 botol. Content 100 soft pill per bottle.

Inilah yang aku makan sebiji hari-hari.
Dan fish oil ini lah yang menjauhkan aku dari Morning Sickness yang memang azalinya 'kawan baik' aku kalau pregnant.
Syukur sangat-sangat.
Aku lewat dalam seminggu untuk beli Fish Oil ini lepas aku tahu aku pregnant masa itu.
Then terus-terus aku sudah start muntah, selera makan terus out dan sudah macam lembik.
Sungguh mencemaskan.
Aku selalu beritahu diri aku sekarang.
Aku mesti kuat.
Aku ada 3 orang anak yang masih kecil.
Aku tidak boleh biarkan hubby urus semua itu seorang diri.

Puratanya masa bulan puasa lepas memang aku cuma minum air dan makan sedikit buah untuk berbuka.
Selera telah lari....
Kadang-kadang sudah lembik dan loya sangat, aku muntah dulu dekat-dekat hendak waktu berbuka.
Biar asid dalam perut keluar.
At list barulah boleh minum denga aman bila berbuka.
Time sahurlah aku barulah makan nasi.
Aku paksa diri aku untuk makan.
In the end berat aku jatuh dalam 8kg.
Sekarang ini pun baru naik 2kg dan maintain begitu.

Plus lagi, aku minum Soya.
Tapinya kalau aku minum mesti tuang setengah cawan sahaja.
Lepas itu suka aku tambah dengan air putih.
Aku tidak suka minum terus begitu.
Rasa pekat air soya melekat di lidah.
At list aku boleh control kandungan gula kan.
Op aku belum pergi buat ujian kencing manis di klinik.
At list aku sudah mula buat pantauan sendirikan.
Sebelum ini, alhamdulilah aku memang sihat masa mengandung.
Harapan tinggi juga untuk kali ini.

Thursday, September 20, 2012

Lauk cuti hari tu.

Assalamualaikum.

Cukup untuk lauk lunch dan malam sekali.
Aku dan hubby sahaja yang makan.
Tapi hubby yang lebihlah.
Fav dia.

Asal cuti sikit.
Makanya blog pun ikut cuti sama lah kan.
Bukan apa, banyak kerja yang perlu di selesaikan segera.
Cewah gitu.
Hari letak pictures masakan hari cuti lepas.
Alahai masak simple sempoi.
Pucuk ubi petik belakang rumah sahaja, alhamdulilah.
Serai pun gitu gak.
Sedihnya pokok cili api sudah mati, makanya belilah.
Itu pun aku masak tidak pedas pung.
Ialah anak-anak pun hendak makan lauk yang sama kan.

Makan dengan telor dadar + sambal belacan.
Macam malas masak je kan.

Ini pula lauk untuk lunch hari sebelumnya.
Sambal belacan, timun, tumis sawi dan ikan goreng.
Peh sangat sedap bila di makan dengan nasi panas.

Friday, September 14, 2012

14 weeks 4 days


On the 11th June 2012, me checking urine test.
Positive.
Then semalam scan for heartbeat.
Alhamdulilah.

Wednesday, September 12, 2012

Cakey oh cakey.

Hari ini hp tertinggal di rumah. Oh tidak mengapa pun, sebab aku memang jenis orang yang boleh hidup tanpa DIA. Ha ha ha dan ha.

Aku sebenarnya sedih sikit. Tidaklah banyak sangat, sikit jea. Pasal MY baking. Kisah SEBENAR ialah sudah lama aku 'gantung' oven. Tidaklah menggantung sangat, cuma terperuk dalam stor. Sadiskan. Sangat sadis.
Bayangkan sampai birthday aku and Qeqeem pun tiada cakey. Hambar sungguh birthday bulan August lepas. Kasihan my Qeqeem. Satu tahun tu. Hari jadi pertama.

Dulu Haziq 1st year, sambut birthday di S'pore. Dirumah arwah nenek aku.
Haifa pula masa kitaorang baru pindah rumah. Dengan BBQ bagai. Kiranya semua birthday mesti ada cakey lah. Tiba time Qeqeem, kosong...kosong.
Mesti Qeqeem menyampah kot. Tapi aku aku tengok happy sentiasa, alhamdulilah.

Mula dari masuk Ramadhan hari itu aku stop ambil order. Tidaklah banyak sangat orang hendak cake pun.
Tapi adalah biasa-biasa gitu, kakak aku, officemate yang seronok hendak order Moist Choc Cake, Cheese Tart, Red Valvet Cake and Orange Butter Cake. Itu belum lagi permintaan tinggi hubby dan anak-anak tersayang. Mana hendak cake, mana hendak cookies dan semestinya apam polkadot. Sedih tau, bila tidak dapat tunaikan niat orang.

So pagi tadi masa driving, aku ada fikir-fikir. Demi anak-anak dan hubby tersayang. Insyallah aku akan 'kembali' semula. Semoga ALLAH beri aku kekuatan. amin amin amin.

Masalahnya kelas banyak di office. Itu belum lagi kerja hari Sabtu. Aku penat dan penat lagi. Tidak mengapa. Niat sudah ada. Cuma hendak tunggu fizikal mula bergerak. Insyallah.

De cheese tart.
Alhamdulilah ini pun sodap.

Moist Choc Cake masa birthday Haifa 2 tahun.
Serius inilah antara baking terbaek aku.
Semua orang (family akulah) cakap sedap.

Order RV untuk birthday anak buah.

Orange butter cake.

Apam polkadot.

Tuesday, September 11, 2012

kerja lagi.


Salam hari Selasa.
Picture Sabtu lepas.
Erm, bukan aku yang convo.
Bila pula aku sambung study kan.
Students yang convocation.
Makanya cikgu cikgu kena lah ada sekali gitu.
Aku masuk sesi pagi sahaja dari 7.30am ke 11.30am.
Petangnya aku ada kelas dengan students part time dari jam 1pm ke 5pm.
Tahun lepas zaman-zaman convo ini aku tengah berpantang.
Hehe.
Kekiranya ini kali last lah convo as Collage University.
Next time memang sudah upgrade ke University pula.

Sampai rumah petang itu, memang flat habis.
Terlelap.

Wednesday, September 5, 2012

Qeqeem sudah mula berjalan.

Alhamdulilah.
Sudah masuk hari Rabu.
Genap seminggu bergembira dan bz sekali.
'Gembira' dengan kerja di office dan family di rumah.

Muka gelap dan berlengas sebab main dan main sahaja kerjanya.

Hari Jumaat lepas sempat balik kg sempena cuti Merdeka.
Itupun sudah lewat petang baru balik.
Sebab paginya Haziq ada sambutan Merdeka di tadika.
Sebenarnya abah yang suruh kami balik kg. So menurut perintah sahajalah.

Muka kesayangan aku yang seronok bangat sebab boleh main tanah.

Aku asyik terlepas sahaja hendak update progress Qeqeem.
Story pasal keletah dengan kakinya yang sudah laju berjalan.
Gigih nampaknya berlatih sekarang ini.
Masuk umur setahun seminggu hari itu, barulah Qeqeem mahu angkat kaki bertatih berjalan.
Sebelum itu sudah puas kami pujuk Qeqeem. Erm buat tak tahu jea.
Punyalah abang kakak excited duk cakap 'ta tih ta tih'.
Bagi sokongan padu tidak berbelah bagi lagi.
Adiknya gitu jea.

Menjelang hendak masuk setahun sebulan inilah baru jauh lagi langkahnya.
Alhamdulilah.
Walaupun Qeqeem lewat tunjuk skill berbanding abang dan kakaknya yang berjalan seawal umur 9 bulan.
Anyway aku tetap bersyukur sebab memanglah berbanding saiz badan, memang Qeqeem lebih besar dari diaorang.
Conpemlah mesti letih hendak imbangkan badan kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails