Followers

Tuesday, November 27, 2012

ELKEN atau AMWAY?

Salam.

Ada sesiapa boleh tolong bagi pendapat between ELKEN and AMWAY?. Macam teringin pula hendak jadi ahli. Sebenarnya sudah lama teringin pun. Cuma belum buat keputusan lagi.
ELKEN ini baru sahaja di perkenalkan oleh officemate.
AMWAY pula memang sudah lama tahu, cuma tidak tahu apa kelebihan kalau jadi ahli. Lagipun banyak juga barangan AMWAY yang telah di gunakan. Memang puas hati lah.
Any good suggestion.
TQ

Friday, November 23, 2012

Masakan dari rumah memang terbaek.

Alhamdulilah semenjak sihat walafiat dari demam batuk seangkatan dengannya, aku sungguh selera untuk makan. Tapi as usual nya, aku lebih suka makan food dari rumah.
Hari itu 3 senduk aku ambil nasi untuk makan malam di rumah sebabnya sedap sangat lauk masak lemak putih. Ada tempe, tahu, kobis, kacang panjang, udang and taugeh. Hubby sayang yang masak kan tau. Selera berkali-kali sesungguhnya mak yong ini. Lepas itu layan lagi dengan desert pengat durian. Hubby juga yang masak. Durian dari kg, santan, gula pasir dan daun pandan.
In the end, malam itu perut aku ketat sungguh. Ngam 10 lebih aku sudah naik atas katil dan zzzz. Berat perut untuk di bawa, berat lagi kelopak mata aku. Tidak tertahan.
Kisahnya malam tadi pula, ada nasi lemak kukus untuk dinner. Sempoi, makan dengan telo rebus, kacang, ikan bilis dan sambal. Itu pun aku makan bertambah-tambah. 2 kali je tambahnya. Fuh memang terbaeklah. Ketat lagi perut malam tadi. Rasa macam tidak boleh berjalan lagi lepas itu. Sudah mulut asyik hendak mengunyah sahaja makanya lepas itu layan keropok pahit, keropok ikan dan keropok udang sambil tengok tv. Emak yang gorengkan.
Memang since hari Selasa lepas, hari-hari aku bawa bekal nasi pergi kerja. Sudah selera hendak masakan di rumah sahaja. Kalau tiada lauk lebih dari malamnya, aku bawa telo mata sahaja. Buh kicap sekali. Fuh nikmat sungguh kalau makan time lapar.
So pagi tadi aku bekal nasi lemak, telo rebus. Sambal memang sudah habis malam tadi lagi. Rezeki hari Jumaat, ada member office bawa sambal ikan bilis. Makanya bersambal juga nasi lemak aku. Alhamdulilah.

p/s Dengan umur kandungan sudah masuk 6 bulan minggu ini. Berat aku cuma naik dalam beberapa kg sahaja. Itu pun turun semula kadang-kadang.

Thursday, November 22, 2012

Kisah masa bujang aku.

Dulu masa aku bujang, aku selalu bawa emak kemana-mana aku pergi terutama kalau ke selatan. Mana lagi kalau tidak ke kg emak di S'pore atau pun kalau aku perlu attend kelas lab. di UTM. Sejak aku pandai@ada lesen kereta, itulah antara tanggungjawab aku. Emak memang seronok, dapatlah emak berjumpa family emak berkali-kali dalam setahun. Aku memang seronok juga dapat berbakti dengan emak. Lebih seronok lagi, walaupun masa itu aku sudah bekerja abah tetap hulur duit minyak dan duit toll sebab aku bawa emak. Tambahan lebih syiok lagi abah bagi pakai kereta abah sekali. Kadang-kadang aku pakai kereta abah tapi rasanya lebih selesa aku pakai kereta WIRA.
Memang enjoy waktu aku bujang. Masa itu sudah bekerja. Dan sekali dengan aku sambung study part time. Dan lagi-laginya abah yang bayarkan yuran belajar. Kekadang kena topup yuran juga sendiri. Anyway memang terasa perit kejap, namun apalah sangat susahnya aku masa bujang itu. Everything abah sudah sediakan. Cuma pandai tidak pandai aku uruskan semuanya. Ahh bagi aku semuanya sangat sweet sekali.
Ingat otw balik kekg dari selatan, mesti aku dan emak singgah Air Hitam. Emak memang happy beli macam-macam kerepek keropok. Macam-macam jenis. Then beli sayur segar-segar. Dan tidak lupa wajib beli juga pasu dan bunga.
Kadang-kadang kitaorang ikut jalan lama. Ialah boring sebab ikut highway jea. Memang teringat kenangan zaman dolu-dolu. Zaman balik S'pore masa aku kecik-kecik. Masa itu mana ada highway. So all the way layan jalan lama dari Kuala Pilah terus ke Gemas then ke Segamat then JB dan sangkut di Tambak Johor. Biasalah tempat itu kan kecik. Kereta pun banyak. Then sampailah ke rumah nenek masa itu di tingkat 8 di Telok Belangah. Dari dapur rumah nenek memang nampak makam Raden Mas di atas bukit. Ingatlah lagi, rumah itu cuma 2 bilik sahaja. Punyalah ramai adik beradik emak duduk situ. Tapi sebab aku masih kecik lagi, around umur 4 tahun kot. Aku rasa rumah itu besar sahaja. Lagu femes masa itu di radio ialah "di tanjung katong, airnya biru". Memang hari-hari radio duk putar lagu itu.
Ada sekali itu aku bangun lambat. Biasalah budak-budak kan. Then sarapan sudah habis. Maklumlah ramai orang. Boleh punyalah lama aku merajuk bawah meja makan, tapi tiada siapa yang perasan aku duduk bawah itu. Sampai naik penat aku tunggu orang pujuk aku. Last-last uncle aku bawa aku turun bawah pujuk dan pergi beli jajan. Lawak je kan.
Tidak banyak yang aku ingat makanan masa di Telok Belangah. Tapi aku tahu setiap kali makan, mesti ada paru goreng dan juga bergedil. Peh memang sodap sungguh. Dan juga masa-masa itu juga 1st time aku makan lontong berlaukkan serunding kelapa. Ya Allah sedapnya sungguh. Since that memang itu fav. aku. Alhamdulilah baru-baru ini balik beraya Haji di selatan. Auntie aku masak serunding kelapa. Memang lepas gian aku makan dengan lontong. Dah tidak main makan lontong dengan kuah lodeh lagi lah masa tu.
Memang lately ini aku teringat kisah lama-lama dolu. Tapi tidaklah aku hendak kembali pun ke masa dulu pun. I'm much happy now dengan cinta-cinta hati aku yang comel-comel dan cinta hati yang baik hati.

Tuesday, November 20, 2012

Alhamdulilah, terima kasih ALLAH.

Salam Selasa.
Alhamdulilah mak yong boleh di katakan sihat hari ini. Cuma ada batuk sekali sekali yang teruk. Anyway hari ini cuma bagi tutorial sahaja dalam kelas tadi. Sebabnya aku takut lebih batuk dari bercakap. Semalam aku ambil cuti lagi. Akhirnya cuti aku sudah officialy habis untuk tahun ini...whuaa. Sedih jugalahkan. Tapi fikir-fikir semula. Mostly cuti aku ialah sebab between aku atau anak-anak yang tidak sihat. Aku meredhainya.

Syukur pada ALLAH anak-anak aku semuanya kembali sihat seperti biasa pada hari Sabtu lepas. Yang penting sudah tiada high fever lagi. Ialah dekat 3 minggu demam on off, memang aku dan hubby cukup risau. In the end sampai emak dan abah datang dari kg melawat cucu kesayangan diaorang.

Haziq alhamdulilah sudah sihat sepenuhnya, cuma tinggal batuk ringan. Aku tahu Haziq rimas dengan keadaan dia yang tidak sihat hari itu. Sampai dia kata, lamanya Haziq tidak sihat. Haifa adalah paling last sihat dari demam. La nie masih ada sedikit selsema dan masih ada muntah kalau batuk teruk. Qeqeem tembam dan comel sentiasa itu masih ada running nose plus batuk. Bagusnya Qeqeem, walau tidak sihat selera makan dia tetap ada. Doc kata antibodi Qeqeem kuat sebab masih ada selera makan. Alhamdulilah, berkat lahir di bulan puasa.

Kisahnya aku pula, Jumaat lepas memang ada pergi klinik. Tujuannya kerana batuk aku makin teruk masa itu. Ditambah lagi dengan kxhxk yang pekat. Terus Doc bagi aku antibiotik. Doc takut baby kena jangkitan kuman. Alhamdulilah, makan 2 hari kxhxk sudah berkurangan, batuk pun sudah kurang. Menjelang hari ini, kxhxk sudah clear dan tekak pun sudah ok. Cuma kalau sesekali batuk, perit sungguh. Sebab batuk kering.

Terima kasih pada kawan-kawan blogger yang mana sudi doakan kami. Alhamdulilah berkat doa itu anak-anak sudah sibat.

Antibiotik.

Friday, November 16, 2012

Ya ALLAH sihatkan lah kami. amin.

Salam Jumaat dan Salam Awal Muharam.

Mood sekarang ini memang ke Laut. Laut yang paling dalam. Ialah semua orang in de family tidak sihat. Semuanya on off. Mama pregnant minggu ke 23 ini, alhamdulilah demam teruk sehari sahaja. Tapi badan memang letih juga, sebabnya asyik muntahkan lendir. Paksa gitu. Dengan keadaan boyot begini, serius sekarang ini muka aku memang pucat.
And the rest of the day until now ialah selsema sikit-sikit plus batuk. Risau juga bila start mengajar minggu depan. Macamanalah keadaannya hendak ke kelas dengan batuk begitu.
Ya ALLAH kau permudahkanlah urusan hamba mu ini nanti. amin.

Yang paling sedih ialah tengok cinta hati aku. Silih berganti demam. Adik beradik kan, seorang sihat kemudian seorang lagi demam.
Alhamdulilah hari Isnin baru ini emak datang and tinggal di rumah. Lega rasa hati. Emak pun kurang sihat juga. At list ada yang menjaga kami sekeluarga.

Antara pilihan yang di buat ialah emak pupukkan air daun bunga raya. Lendir dari daun ini memang elok untuk tarik panas dalam badan. Laginya emak juga pupuk air asam jawa. Sama juga khasiatnya.
Hubby pula mandikan diaorang until menggigil.
Serius aku paling tidak suka anak-anak asyik di beri makan ubat. Ubat kan chemical. Untuk kita orang dewasa ini tidak apalah. Tapi untuk diaorang, ish...........

Hendak mencari juga daun pokok durian belanda. Tapinya dimanalah kan. Kalau balik Pilah, boleh gagahkan juga mencari. Lagi kata emak daun pisang. Pisang apa, aku lupa. Pun bagus untuk tarik panas dalam badan.

Ya ALLAH ya tuhan ku, aku mohon padamu, sihatkan anak-anak aku Muhammad Haziq, Haifa Cassandra dan Muhammad Haqeem. amin amin amin.

Monday, November 5, 2012

Monday lagi.

Pemilik kaki comel ni pun pandai makan durian.

Monday kembali. Huh kepala aku mula pening-pening start hari Ahad semalam. Kalau di bawa baring, alhamdulilah boleh kembali okies.
Sudahlah makan tidak selera sangat. Macamana lah kan. Berat pun, aduhai memang slow sungguh.
Mungkin aku low blood rasanya. Ialah aku memang begitu kalau pregnant. Redhakan sahaja.

Hari Sabtu lepas kami balik kg lagi. Abah tidak sihat sangat. Sebagai anak yang free compare yang lain aku ajak hubby balik kg. Alhamdulilah.
Penat memang penatlah. Tapi demi abah kan.
Biasalah orang sudah tua, abah sedikit degil kalau di suruh makan. Emak pujuk je pelan-pelan.

Rezeki kami balik ke kg, buah durian sudah gugur. Tidak banyak pun. Lepaslah dalam 2 biji. Isi putih melepak buah dari pokok yang sudah gugur ini.
Yang sedihnya tupai pula yang suka makan durian. Banyak juga buah yang sudah di tebuk tupai. Sadis sangat.
Insyallah minggu ini memang banyaklah buah lagi mula gugur. Eeeee sedapnya kan. Ini yang gatal kaki hendak pulang lagi ke kg.

Friday, November 2, 2012

Aidiladha 2012.

Me and Hubby on petang Hari Raya Aidil Adha di Gelang Patah.
Gigih memakai baju raya (lama) journey dari Kuala Pilah.
Abah di belakang with kereta baru.

Salam Jumaat, alhamdulilah.

Tengahari Raya itu juga kami sudah bergerak. Kiranya raya macam tidak raya sebab semua sibuk buat preparation. Kaklang sefamily sampai pagi itu juga dari Klang (rumah mentua). Kalau tidak silap aku dalam lepas Zuhur kami semua selamat gerak. Ada tiga kereta.
Kereta satu - Abah, Emak, baby Ariq, Ngah dan Kak Nora. Juga muatan penuh di bonet bersama juadah raya.
Kereta dua - Kaklang, Adik bersama 3 orang kanak-kanak riang. Siap tempat duduk belakang Jazzy di rebahkan dan bentang- bentangan untuk tidur diaorang. Bonet tiada, tapi barang sikit sahaja.
Kereta tiga - Me, Hubby, Qeqeem, Haifa dan anak dara dan bujang Ngah. Bonet padat.

Alhamdulilah lagi journey smooth sahaja. Kereta pun tidak banyak sangat. Yang tidak syiok ialah kereta kami paling kerap tertinggal di belakang. Maklumlah kereta penuh dengan orang dan barang-barang.
Aku selamat balik dari Gelang Patah dan Kuala Pilah pada malam Isnin lepas. Kiranya hari Selasa sudah berada di rumahlah. Memandangkan anak-anak tidak sihat. Selsema, batuk dan sedikit demam, aku ambil EL pada hari Selasanya. Hari Rabu pula aku bawa diaorang pergi klinik. Aku minta MC untuk jaga sayang-sayang aku itu semua.
Syukur alhamdulilah mak yong ini sihat walafiat.

Asal pregnant mesti 'mengidam' hendak makan tahu bakar.
With princess.

Me again with princess.
Location Mydin berdekatan Legoland.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails