Followers

Monday, December 10, 2012

Baru hendak ke klinik kesihatan.

Salam.
Alhamdulilah, Monday aku hari ini tidaklah blues sangat. Sebabnya esok cuti. Bagi orang Selangor esok kan Public Holiday. Birthday Sultan.

Kisahnya ada perkara hendak aku kongsi hari ini. Tapi sememangnya tidak bagus langsung di jadikan ikutan ibu mengandung yang lain tau. Dont ever ever follow my steps okies!!

Hari Selasa minggu lepas aku ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Waima drama aku hanya baru SEKALI ke klinik setelah kandungan berumur 27 minggu memanglah tidak harus di teladani. A'ah itu second time aku checking ke klinik. 1st time masa umur kandungan dalam 3 months sebab hendak periksa heartbeat baby.
Nampak sungguh 'pemalasnya' aku kan. Haha.
Alahai sebenarnya adalah sikit-sikit alasan concrete aku boleh story di sini.
Salah satunya ialah kelas aku memang packed masa itu. Dengan kelas setiap hari Sabtu juga masa itu.
Plus semestinya aku penat lagi.
Yang semestinya aku kena pergi sendiri sebab tidak mungkin Hubby boleh temankan aku. Hubby memang hendak temankan aku, tapi aku kecian kat dia. Mesti penat dia lebih lagi dari aku sebab dia yang lebih banyak jaga anak-anak compare dari aku. So this time aku kena buat sendiri.
Dengan hati yang sentiasa berdoa moga baby sihat sentiasa. Aku cuba redha sebab asyik DELAY sahaja ke klinik.
Cadang hendak pergi dalam bulan lepas. Sebab aku mula free masa itu.
Tapikan seisi keluarga tidak sihat masa itu, maka cancel lagi.
Syukur akhirnya aku gagahkan diri ke klinik.

Dekat 7 months old, baru lah hendak ada buku pink.

Makanya aku sampai di klinik dalam jam 1.15pm.
Awal weh, macam semangat gitu. Demi anak dalam kandungan aku perlu kuatkan diri. Ialah kan umur aku sudah masuk 36 tahun. Over 35 tu.

Bagus nurse di klinik ini, semuanya ramah. Doc pun sama. Bila Doc tanya kenapa aku skip pergi klinik?. Aku jawab aku sibuk dengan kerja. Then dia interview aku lebih lagi. Aku storylah.
Untuk nurse pula, aku jawab yang aku slow sikit kali ini. Maklumlah anak nombor 4. Huhuhu. Ntah apa punya jawapankan.
Di sebabkan aku di ambil darah dan jumpa Doc bagai. Aku selesai di situ dalam jam 4 petang. Fuh kan. Anyway aku puas hati sebab checking semua.
Scan, urine test, blood test, dapat ubat, jumpa Doc. Semuanya percuma. Alhamdulilah, berbaloi untuk aku yang anak hendak masuk 4 orang. Dan tanggung semua kos pregnant dan bersalin sendiri.

Minggu ini kandungan sudah masuk 7 bulan@28 weeks.
Kisahnya lagi, berat aku ialah 69kg.
Masa awal-awal hari itu, berat aku ialah 62kg. Kiranya aku starting dengan figure itulah.
Sebenarnya berat itu memang tidak cecah lagi berat aku masa tidak mengandung. Maklumlah aku memang begitukan, berat pregnant memang kurang.
Urine test okies.
Macam biasa Hb aku memang low, 10.2. Patut aku jadi 'pelupa' sekarang ini. Oksigen kurang di kepala. Namun alhamdulilah kalau time mengajar, aku masih ok lagi.
Makanya sekarang ini aku totally kena kurangkan minum kopi, nescafe plus tea sekali.

Kali ini hanya satu botol sahaja ubat.
Aku suka.

3 comments:

Ina Hashim said...

alhamdulillah,semoga semuanya selamat

maidatul said...

kejap jea da 7bulan ek...semoga Allah permudahkan semuanya.... :)

haslina said...

kak ina - alhamdulilah.tima kasih kak.

akma - amin amin amin. tima kasih sister.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails