Followers

Wednesday, December 5, 2012

Fries dan botol susu baru.


Awal bulan kan. Adalah masa yang sesuai untuk topup barang dapur gitu. Beraslah yang paling utama. Memang sudah kontang.
The rest ialah barang-barang kering sahaja. Kami memang prefer beli barang basah di pasar segar sahaja.
Aku pula sempat minta Hubby belikan frozen fries bila sampai area makanan sejuk beku. Dan Haziq pula hendak aku belikan hotdog. Cari-cari, 1st time gitu hendak cuba brand Marina. Hotdog yang ada cheese.
Frozen food tu kan beli timbang. So cuba ambil sikit sahaja fries tu. Ialah takut rasa tidak menarik kan.
Kira yang sudah bergoreng dalam pinggan putih tu, price dalam RM4 sahaja.
Lepas di goreng, rasa-rasa ermmm sedap pula. Siap cakap pada Hubby, ini sudah rasa ala-ala AnW tu. Ok lah kan. Next time boleh beli banyak lagi. Serius memang tidak mengecewakan.
Adegan makan-makan ini berlaku adalah di waktu petang. Dengan hujan lebat. Perot macam lapar setelah penat pusing dalam Giant.
Fuh memang kenalah dapat mengunyah makanan panas.
Aku pula memang habit kalau makan hotdog mesti dengan roti dan layan dengan tomato sekali. Aduhai sedapnya. Sekelip mata sahaja semua hidangan habis.




Yup semua anak-anak aku masih menyusu botol plus Haziq sekali. Kecian memang sudah lama botol diaorang tidak bertukar. Ialah kan akibat penggunaan botol susu yang berkali-kali sehari, makanya sepatutnya botol kena kerap di tukar.
Cuma hendak membeli sahaja asyik tidak ada kesempatan. So agenda berlaku di Giant yang sama dan juga Hubby yang gigih pilihkan botol susu baru. Memang hendak cari yang besar sikit. Saiz 300ml gitu.
Pilih botol susu pun payah juga kan. Akhirnya kami sepakat pilihkan botol yang sama sahaja. Ada 2 color, biru dan pink.
Seronok tengok diaorang happy minum susu dengan botol baru dan besar. Qeqeem pula siap tertidur Nyaman lah agaknya dengan botol baru.

4 comments:

Eliss Mie said...

ala comel 3 beradik minum botol sama :)

Ina Hashim said...

Menarik nampak fries tu Lin...macam curly fries AnW kan?

sonok tgh dorang minum susu berjemaah...leh tahan banyak Haifa n Qeqeem minum susu eh...Firas minum sket je....sbb tu badan cekeding jek

maidatul said...

Kejap jea kan mereka da besar2 dan comel2...xlama lagi ada sorang lagi ohh seronoknya kan akak...
happy for u akak ;)
take a good care :)

haslina said...

eliss - tu lah kan. seiya sekata gitu.

kak ina - a'ah kak mmg sedap. rasa mmg okies.

mmg kuat minum susu kak. takat 1kg tu leh tahan dalam 3 hari gitu.
sikit2 nak susu....

Firas tak de member minum susu ke kak?

akma - alhamdulilah. kecomelan diaorang buat hati tu sejuk je bila tgk.
tima kasih sister.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails