Followers

Monday, December 24, 2012

Perut aku besar gitu.

Assalamualaikum.

Patutnya aku ke klinik pagi tadi nya.
Check MGGT.
Namun kisahnya, dari malam tadi aku sudah planning, aku cancellah appointment hari ini.
Suka hati aku je kan.
Actually ada kerja di office yang lebih penting yang aku perlu settle kan hari ini.
Makanya MGGT buat hari lainlah. huhu.

Minggu ini kandungan aku sudah masuk 30 weeks.
Kiranya dalam 7 bulan setengah gitu.
Alhamdulilah mak yong berada dalam keadaan sihat walafiat hari ini.

Penat memang penat aku membawa perut.
Sama macam kandungan lepas, anak-anak masa dalam perut memang kesukaan diaorang menekan di bawah perut.
Selalunya kalau bangun dari duduk, mestilah kenalah pelan-pelan.
Sakit amat gitu tekanannya.

Kalau orang tengok memang nampak perut aku besar weh.
La nie kalau di rumah memang pakai kain batik sahaja lah.
Seluar-seluar semua sudah mengetat.
Makanya tercari-carilah aku kain batik yang sudah jadi tukun di rumah selama ini.
Selalunya memang kain batik aku pakai time dalam pantang sahaja.
Nampaknya kali ini awal lagi aku sudah pakai uniform lepas bersalin. huhu.

Seminggu dua ini kaki belah kanan yang macam start sakit sikit.
Tapi masih boleh berjalan lagi.
Kata Doc, pil obimin yang aku makan itu antara kebaikannya ialah mengelakkan kaki kejang.
Wokey.
Since sudah makan pil obimin. Aku sudah stop makan pil fish oil omega 3.

Sekali ini sahaja aku buat penagt durian + kacang hijau.
The rest memang buat pengat durian sahaja.
Anak-anak suka makan pengat sahaja.


4 comments:

mamalieyna said...

Dah 7 bln.. sekejap je lg...tp perut awak mmg besar la..bb besar ni :-)

Sedapnye pengat...

haslina said...

pregnant no3 hari tu pun perut besar gak eina.
sekali bb kuar berat 3.5kg.

agaknya kali ini mungkin lebih. sebab history anak2 semuanya makin lama makin besar.

mak yong teringin makan bubur kacang hijau. itu yg masak tu.

Ina Hashim said...

sedapnyaaaaa pengat tuuu

haslina said...

kak ina - hehe, mmg sedap. tapi mak yong makan sikit je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails