Followers

Monday, April 22, 2013

Berpantang di kg.

My Flowers of Love

As salam.
Azalinya semua orang mesti ada pengalaman berpantang di rumah emak. Untung lagi kalau rumah emak di KL sahaja. Suami pula tidak perlu berulang jauh bila time weekend. Satu keadaan suami boleh 'pindah' sekali sama duduk di situ sepanjang 44 hari.
Sesungguhnya tiada yang lebih bahagia kalau tidak perlu berpisah jauh dan lama dengan suami. Tiada seorang isteri pun yang hendak berpisah lama dengan suami tersayang.
Mesti ramai agree dengan statement saya itu :D.

Tetapi keadaan itu hanya berlaku sekiranya bilangan anak baru satu, dua atau mungkin tiga. Lepas itu mesti sudah ada anak-anak yang sudah bersekolah. Makanya terpaksalah berpantang sendiri di rumah. No choice. Atau minta emak temankan. Confirm nya emak pun mungkin cukup sekadar dua ke tiga minggu sahaja. Lepas itu sure abah signal suruh balik ke kg semula.

Satu kisah lain seperti saya pula. Walaupun Haziq sudah masuk sekolah. Namun I'm still have to go back to my hometown. Abah dan emak tetap meminta saya berpantang dikg. And kalau boleh cuma Haziq dan HC sahaja yang tinggal di KL.
Saya tidak mahu beri reasons tepat kenapa saya kalau boleh tidak mahu lama di kg. Tapi rasanya semua isteri mahu suaminya berada di sisi. Lagilah terutama dalam keadaan berpantang. Pasti suami akan bantu juga diwaktu dinihari, waktu baby comel yang memang mata bulatnya tidak mahu lelap masa itu. Mesti hendak berganti rehatkan diri walau sekejap kan.

Ironinya emak sudah tua, saya tidak mahu menyusahkan emak. Lagipun cuma ada emak dan abah sahaja di kg. Eboy pula sibuk memanjang. Manalah nanti hendak jaga saya dan anak-anak. Pastinya emak dan abah juga yang penat nanti.
Sebab itu sebaiknya saya tidak mahu berpantang di kg. Biar saya dan HC sahaja menjaga anak kami empat orang itu. Namun tiada emak dan abah yang hendak tengok anak-anaknya kelam kabut menguruskan anak. Akhirnya saya balik juga ke kg pada 8 April lepas. Walaupun hati ini berat. Saya niatkan untuk gembirakan hati emak abah berada dekat dengan cucu-cucunya. Cadangan saya hendak duduk kg sekurangnya dalam tiga minggu.
Hari kedua di kg saya sudah mula berurut lagi. Sebabnya masa di KL,saya cuma sempat berurut dua hari sahaja. Sebabnya kak Mimi sibuk sahaja. Akhirnya setelah tertunda beberapa kali. Saya akhirnya cancelkan urutan untuk hari ke tiga.
Di kg saya selesa dengan urutan Makcik Mah. Dapat rasakan yang urutan Makcik Mah sincere gitu. Malam pertama saya di urut memang terasa sakit di bahagian peranakkan, ialah sebab baru buat sengkak masa siangnya. Rasa macam baru bersalin sahaja masa itu. Padahal sudah lebih 20 hari bersalin. Namun masuk hari kedua dan ketiga alhamdulilah, tiada sakit.

Saya wonder, apa rasanya atau keadaannya orang yang tidak pernah berurut naik peranakan semasa berpantang?. Tidak rasa ke peranakan macam jatuh ke? Sebab memang adakan orang yang bersalin normal, tapi tidak berurut dan tidak berbengkung.
Tidak macam urut di KL hari itu dengan upah RM210 untuk tiga hari dengan Kak Mimi. Upah urut Makcik Mah cuma RM80 untuk tiga hari. Berurut memang full satu badan dengan kepala sekali. Yang paling saya tunggu ialah urutan sengkak iaitu naikkan peranakkan.

Akhirnya saya bertukar fikiran pendekkan tempoh berpantang di kg ke dua minggu sahaja. Bagaimana keadaannya kami. HC, Haziq dan Haifa di KL. Manakala saya, Hafiy dan Qeqeem di kg. Sesungguh rasa tidak kena drama pisah memisah ini.
Haziq dan Haifa selalu push HC, kenapa mama duduk kg.
Qeqeem pula saya lihat macam keliru sebab kena main seorang diri. Selalunya mereka bermain bertiga.
Qeqeem rasa lost. Qeqeem kerap panggil baba dan kakak (refer to Haifa). Mengomel sendiri.
Sedih saya dibuatnya. Akhirnya saya sms HC minta ambil saya balik ke KL.
Serius until pagi Ahad, 21 April itulah baru saya beritahu emak yang saya hendak balik KL. Rasa berat sangat mulut hendak bercakap. Hendak beritahu abah pula, saya tidak sampai hati. Itupun emak tanya kenapa hendak balik, tunggulah habis pantang. Terus saya cakap, HC yang hendak bawa saya balik.

Memang saya rasa bersalah cuma duduk kg sekejap. Tapinya saya juga rasa bersalah pada anak-anak sebab tinggalkan diaorang.
Kisah saya tidak habis disitu. Emak mahu Qeqeem tinggal di kg. Emak melihat saya dan HC macam kelam kabut menguruskan empat orang anak. Bagi saya memanglah begitu, lagilah saya baru bersalin. Kami belum biasa, tapi pelan-pelan mesti boleh nanti.
Walaupun memang penat, tapi tidak bagi saya dan HC untuk pisahkan anak-anak. Biarlah semuanya ada depan mata.

Saya memang tidak boleh berpisah dengan anak-anak dengan keadaan begitu. Tapi saya tidak boleh menolak permintaan emak. Saya sedih tersangat masa hendak tinggalkan Qeqeem di kg. Abah dukung Qeqeem masa kereta sudah bergerak. Saya lihat Qeqeem tenang sahaja. Qeqeem tidak menangis. Tapi naluri seorang ibu, saya tahu mesti Qeqeem fikir, kenapa diaorang tinggalkan dia. Cuma Qeqeem tidak tahu hendak luahkan macam mana. Umur Qeqeem baru 1 tahun 8 bulan.
Saya mula sebak, rasa bersalah kerana tinggalkan Qeqeem. Air mata asyik meleleh sahaja lepas itu. Memang rasa hendak suruh HC pusing semula kereta, ambil Qeqeem. Tapi saya kena redha. HC pujuk saya, nanti tidak lama lagi kita ambil Qeqeem.

Baru saya faham, kenapa ada parent yang tetap tidak mahu anak-anak yang ramai di serahkan pada orang lain. Mereka mahu sendiri membesarkan anak-anak. Walaupun dengan keadaan rutin kehidupan sudah tsunami kecil. Tuning 360 degree everyday.
Saya dan HC ada perasaan itu di dalam diri kami.




4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Aduhai...eina pulak yg sebak.. qeqeem..kasihan dia.. klau eina pun pasti menangis, naluri seorg ibu.. biarlah susah pun, janji anak2 ada bersama.. yes time berpantang, sgt cabaran kalau berjauhan dgn suami, rasai tu dl, menangis dlm pntg rindukan suami msa bersalin anak ptma dl.. masuk anak kedua, rela sendiri berpntg, janji suami ada.. huu..

Apa khbar qeqeem tu, sedih sgt bygkan dia ditjnggalkan tu..hui

Ina Hashim said...

Lin,

akak agree sangat2.....susah senang biarle dgn kita kan? akak dulu pun camtu wktu sorang2 kat sini, anak2 kat KL setahun ngan hubby, mmg x keruan jadinya, tiap2 malam menangis....dah balik sini lega sikit hati....ada jugak orang tua/mertua minta seorang dua tinggal dgn diorang sbb siankan akak jaga sorang2 kat sini....takpelah akak cakap...biarlah apa2 hal pun di depan mata akak...sakit demam, akak yg menjaga...biarlah penat, tapi hati tenang

[A.I.D.A N.O.R.D.I.N] said...

betol kak..sy ni tgh tunggu hari. xtahu nk pntang kt mne. kalo pantang di kg, xde sape tgk sy dan ank2 siang hari sbb mak sy keje. kalo dok umh sendiri, mak lak xkasi. xabis pikir mcmana lg ni..padahal edd dh dekat ni.

pd sy biarlah semuanya depan mata.

Eliss said...

masa dlm pantang saya asyik stress sampai masuk wad sebb darah naik. salah satu punca sebab hubby tak der depan mata. hahahaha.br anak dua nak drama.nasib baik ms balik kg dah 20 hari lebih.lepas abes pntg, cepat2 suh hubby amik. sebulan duk rumah sendiri. sdihnya qeqeem kena tinggal. bila nak amik tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails