Followers

Thursday, April 25, 2013

I'm done 44 days.


Mesti semua mommy happy bila tiba hari ke 44 berpantang kan. Yang seronok tidak perlu pakai bengkung dan stokin lagi.
And pada yang rigid mesti lagi banyak lagi rutinnya. So happynya mesti lebih lagi.
Satu part lagi boleh minum air sejuk. hahaha. Cepat sahaja kan.
Jangalah gelojoh, cuba pelan-pelan sikit. Nanti terkejut pula perut itu.
Tidak salah rasanya hendak teruskan minum air rebusan akar kayu lagi. Dan juga teruskan bertungku sekali sekala. Maklumlah kalau anak sudah ramai mesti perut and rahim@peranakan take time juga untuk back to normal.

Alhamdulilah. Dapat juga saya mengharungi pantang kali ini. Esok sebenarnya hari independent saya itu. Namun tetap hendak pakai stokin rasanya. Sebab sekarang ini asal petang sahaja mesti hujan kan. Sejuklah. Bengkung pun saya sudah tukar ke bengkung moden. Pada yang bersalin seperti saya, yang tiada jahitan. Memang dari minggu pertama berpantang sudah rasa heaven lagi. Ialah tiada sakit di bawah bawah itu. Cukup berbeza rasanya kalau di bandingkan dengan berjahit banyak. Ironinya dua anak saya rasa di jahit tidak perlu di kira pung, memang banyak. Tapi antara petua untuk cepat baik jahitan yang saya sudah buat ialah minum air pati ikan haruan dan juga makan limau sunkist dalam 2 ke 3 biji sehari. Insyallah kurang dua minggu jahitan sudah terasa pulih.


Bila story keluar rumah. Erm kan saya sudah cerita, memang biasa HC bawa saya pusing-pusing naik kereta masa dalam berpantang. Makanya saya keluarlah juga kan, cumanya dalam kereta sahaja. Laginya keluar rumah sebab balik ke kg. Sekali lagi semasa pergi ke klinik untuk cucuk Hafiy satu bulan.
Ada sekali itu saya ikut HC dan emak pun ada sekali ke Banting ambil barang. Sama juga, cuma duduk dalam kereta. Masa itu baru 2 minggu bersalin.
Dan last sekali hari Selasa lepas saya memang tiada choice. Saya perlu pergi bank. HC tunggu dalam kereta with anak-anak. Saya di sindir HC, sebab berpakaian seperti hendak pergi kerja. Dengan baju kurung lengkap plus masih memakai bengkung kain. Malu hendak berstokin, saya pakai kasut bertutup. Alhamdulilah urusan di bank sekejap sahaja. Itulah pertama kali selama saya pernah berpantang, saya keluar waktu dalam hari.
Masa otw ke bank, mata saya cukup teruja memandang kiri kanan stall jualan baju, tudung bagai. Wah macam 'jakun' kejap mama ini melihat itu cantik, yang ini pun cantik. Tetiba aura shopping menjelma dalam diri. Patut pun yang memang mommies kaki shopping mesti rasa 'panas' waktu berpantang sebab tidak dapat jejak kali ke shopping complex. Saya ini memang kurang part membeli belah pun sudah teruja setelah 42 hari tidak ke kedai.
Tengah fikir sekarang ini, bilalah harinya saya hendak berurut untuk lepas habis pantang ini.

Alhamdulilah dengan umur saya 36 dan 35 untuk HC tahun ini kami di beri rezeki 4 orang anak oleh ALLAH swt. Dan dengan usia perkawinan masuk 6 tahun lebih. Semoga kami dapat memberi yang terbaik untuk Haziq, Haifa, Haqeem dan baby Hafiy. Ya ALLAH murahkan rezeki kami sekeluarga dan sihatkan kesihatan kami. amin amin amin.

4 comments:

Ina Hashim said...

alhamdulillah, dah selesai....hafiy ni muka dia cam lain sikit....or maybe ada iras haifa kut

Ms Haslina said...

alhamdulilah. sudah tamat kan kak.
betul tu kak ina sayang, Hafiy memang iras Haifa masa umur macam tu. :D

mamaarifakeemaisy said...

Alhamulillah..moga mkin murah rezki buatmu n family..

Eina dh 33, ank baru 2, nk jgk anak lg 2 org sblm usia 40.. amin.... :-)

Ms Haslina said...

amin amin amin. tq eina.
alhamdulilah. moga eina dan suami dapat rezeki lebih juga nanti dan juga dapat menambah cahaya mata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails