Followers

Tuesday, June 25, 2013

Kongsi minum air milo ais sambil cari chest drawer.


As salam.
Kisah di panas hari Khamis minggu lepas. Saya ambil EL hari itu. Entahlah tidak pernah habis asyik penat sahaja mama anak empat ini ;(.
Agenda utama kami ialah mencari chest drawer. Maklumlah anak sudah bertambah tetapi tempat baju langsung limited begitu. Balik-balik lipat baju then susun dalam bakul. Semua letak dalam bakul. Almari yang ada pun macam tidak sesuai di letak baju anak-anak sebab kebanyakkan aktiviti di rumah ialah di tingkat bawah. So sungguh tidak relevan meletak baju cantik bersusun dalam almari, tetapi mandi manda semua di tingkat bawah sahaja.
Niat untuk membeli memang sudah lama tapinya pergi mencarinya yang asyik tertangguh. Makanya hari itu saya dan HC sudah nekad mesti membeli terus. Namun begitulah, dengan cuaca terik. Tambah dengan keranah anak-anak yang aktif bangat. Kami cuma sempat pergi tiga kedai perabot sahaja. Itu sahaja pelengkap agenda. Itu pun dua kedai yang kami semua masuk dan satu kedai HC masuk with Hafiy dalam gendungan Babybjorn.


Lepas itu semua sudah bising, hendak air hendak air. Terus saya pula drive kereta dan berenti depan kedai mamak. HC belikan milo ais satu plastic sahaja. Dan mereka bergilir-gilir minum bersama ;)).
Kisah di kedai perabot, memang banyak pilihan chest drawer. Tapi pricenya memang mahalnya lah. Semua starting from RM250++ ke RM500++. Fuh, itu baru yang jenis tiga drawer sahaja. Setakat yang price ala-ala RM200 memang nangislah kalau beli, sebab rasanya kalau di gegarnya dek Qeqeem mahu patah alas drawer itu.
Sebelum sampai rumah sempat juga singgah di kedai perabot 2nd dekat dengan rumah.
Terbekenan juga dengan chest drawer made by kayu jati. Sangat cantik, price RM300. Serius memang sudah tutup agenda masa itu. HC siap pergi balik kedai itu dan ukur bagai semua.
Tapi sad story, boleh sahaja kedai itu tiada transport. Kalau ada pung kena bayar RM40 dan di hantar on Saturday only. Uik itu yang malas sudah itu. Normally kami memang tiada di rumah kalau Sabtu dan Ahad. Maklumlah orang berniaga kan. Mesti hendak update stocks. In the end kami tidak jadi membeli. Sedih kejap. Dan dan juga HC pujuk, sudah nanti kita pergi beli di IKEA sahaja.
Alhamdulilah sudah beli pung chest drawer di IKEA pada Sabtu lepas.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails