Followers

Thursday, June 13, 2013

Minum kopi awet muda.


As salam to readers.
Hehe, tajuk memang tidak boleh pergi kan. Itu adalah title di Utusan Online (cuba klik)  tahun 2007 yang saya kutip buat kongsian bersama.
Serius, saya memang tegar dalam minum kopi ini. Semestinya dari jenis serbuk sahaja. Yang dalam uncang bagai memang saya tidak minat. Kalau 3 in 1, memanglah sedap kan, tapi banyak kandungan gula dan manis pula tu.
Lepas itu saya jenis yang mesti minum yang O sahaja. Azalinya saya memang tidak suka minum air manis. Ntah tidak tahu macamana saya boleh jadi gitu. So kopi saya a little bit pahitlah sebab gulanya kurang.
Dulu-dulu saya memang hari hari Nescafe O. Kalau miss minum, memang macam ketagihlah. Tapi tidak pasti bila saya memang bertukar ke arah minum kopi. Pelahan saya terus tidak minum Nescafe lagi. Makanya hari-hari mesti kopi O.
Berat sungguh masa dalam pantang lepas, kopi langsung tidak boleh di minum. Sebenarnya boleh juga kalau hendak, tapinya saya jenis kalau minum kopi O dalam pantang. Mesti lepas itu saya demam, sebab terlampau panas kan. So kena offline lah kopi masa itu. 44 hari tu ;(.

Dari artikel di Utusan itu, menyatakan bahawa kopi mengandungi bahan antioksidas yang dapat meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.
Menurut Prof. Gary Walliamson dari Universiti Leed, tubuh manusia terdedah kepada zarah yang di kenali sebagai radikal bebas. Radikal ini terbit daripada beberapa punca iaitu asap kenderaan, pancaran matahari (UV), tabiat merokok, tekanan hidup dan banyak lagi.

Akibat dari itu sel kulit akan rosak, kurang keanjalan sehingga kulit nampak berkedut , kusam dan pelbagai masalah. Bagaimanapun radikal bebas sebenar boleh di uraikan di uraikan dengan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi bahan antioksidas atau dalam bahasa saintifiknya polylhenols. Selain biji kopi, bahan ini juga terkandung dalam tumbuhan seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang.
Kajian saintifik merujuk kepada polyphenols sebagai elemen penambah jangka hayat sebagai sumber kesihatan serta antioksidas yang tinggi.
Menurut Williamsin lagi, tidak salah jika seseorang meminum lima hingga enam cawan kopis sehari.
Secawan kopi mengandungi dua kali ganda bahan antioksidas yang terdapat dalam minuman koko.

Saya minum kopi ini. 

5 comments:

maidatul said...

Akma memang peminat kopi tegar.

Dulu2 makcik bg yg buat sendiri memang wangi baunye. Now akma layan kopi ni, tp hari tu kat kedai da habis pek hijau ni kan ambil yg pek yg warna biru tu tp bila minum kureng sikit...yg hijau ni memang best..

Ms Haslina said...

:D
rasanya Akma lah yg suggest kat akak kopi color hijau ni kan.

sedapnyaaaa dapat minum yg ori kan.

mama_ka0ri said...

saya tak reti minum kopi..haha..
rasanya macam manis sgt je kan..

mama lieyna said...

Eina peminat tegar teh tarik or teh ais.. bahaya! Tp my hubby, mmg peminat tegr kopi o kurang gula... sehari 2 mug besar punya, wajib.. :-)

Ms Haslina said...

as salam.

dear mama_kaOri hehe. mmg biasa ada orang tidak suka minum kopi.
;)

huhu, mmg bahaya untuk kesihatan tu eina. kandungan susu manis tinggi kan.
hehe, mmg normally peminat kopi O mesti lelaki kan. mmg wajib tiap2 hari kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails