Followers

Saturday, July 13, 2013

Ayam Grill Kabshah with resepi.


Resepi
Ayam 1/2 ekor. Potong sedang-sedang.
4 ulas Bawang Putih.( kisar )
1/4 sudu kecil Garam.
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih.
2 Inci Halia ( kisar )

(dari arah jam) Serbuk Ketumbar, Serbuk Jintan Putih, Serbuk Jintan Manis dan Garam.

Cara-Cara Membuatnya ;-

Bersihkan ayam yang telah di potong- potong tadi terlebih dahulu, kemudian keringkan airnya.
selepas itu masukkan semua bahan perapan tadi bersama bawang putih & halia yang telah dikisar halus tadi......
kemudian gaulkan semua perapan tadi sehingga sebati...
selepas itu perap kan semua bahan tadi lebih kurang 1 jam sebelum di panggang...

Selamat Mencuba......

by Mr HC - TQ Sayang. 

Bau serbuk jintan putih itu sebijik macam bau makanan di kedai mamak. hehe.
Nama masakan ayam ini memang HC yang letak sebab katanya macam bau ayam masak kabshah.


Guna Non Stick Pan sahaja. 
Saya ada brand SUPOR sahaja.

Credit resepi asal from Azie Kitchen.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails