Followers

Tuesday, July 9, 2013

Kew Tiow Goreng Mamak Sempoi with resepi, Ayam Grill Kabshah dan Nasi Beriani Pakistan.


As salam, alhamdulilah pagi ini ALLAH turunkan hujan lebat gitu. Cuaca pun berkabus gitu.
Ini adalah story hari cuti lepas. Masak memasak ialah oleh HC. Saya serius, cuti hari masak sungguh. Ialah tugas saya setakat goreng sayur campur sahaja.

Hari Jumaat malamnya HC masak Nasi Beriani Pakistan itu. Saya pula rasanya makan sedikit sahaja. Maklumlah di office petangnya ada makan-makan. So balik rumah lepas itu, memang masih full perut gitu.
Makanya pagi Sabtu itu memang sudah aim hendak makan beriani untuk breakfast. Huhu.
Mula-mula panaskan nasi. Lepas itu saya goreng sayur campur.
Nasi Beriani Pakistan ini memang sudah di masak bersama ayam dan juga telur rebus. Sebab itu saya cuma tambah sayur sahaja. Lepas itu tidak lupa saya minum air teh hijau dengan perahan lemon.



Hari Ahadnya pula, kami breakfast nasi goreng sahaja. HC juga yang gorengkan. Lepas itu terus siap-siap pergi ke Jaya Jusco Taman Equine. Ialah patutnnya hari Sabtu sudah boleh HC menderma darah, sebab di laman web Jadual Kempen Pusat Darah Negara menulis waktu operasi ialah until 8 pm. Sebab itu kami keluar rumah dalam lepas asar. Sekali sampai di sana around lebih sikit jam 5pm. Dan kaunter di situ telah di tutup. Pulak kan. sedangkan di banner di situ pun tulis di tutup pada jam 8pm. 
Kepada mereka yang berkenaan, lain kali tulis biar terang dan jelas.Hormatilah pihak pengguna yang memang berniat murni untuk menderma darah.
Sebab itu dengan rendah diri, HC dan kami anak beranak ke JJ lagi pada pagi Ahadnya untuk tunaikan niat HC.


Balik dari JJ, sudah petang juga lah. Makanya perut memang minta di isi. Hendak makan di JJ, erm rasa macam tidak menepati citarasa sahaja makanan dalam situ. Hendak menapau di mana-mana kedai, erm rasa malas pula, sebab banyak barang basah dalam peti ais. Rugi kalau tidak masak kan.
Dan, akhirnya kami terus balik ke rumah sahaja.
Sampai rumah, saya sendiri minta HC gorengkan Kew Tiow Goreng Mamak. Hehehe, HC memang kalau masak memang cepat dan semestinya sedap.
Tidak sangka pula HC buat sekali ayam grill Kabshah. HC guna non stick pan sahaja. Serius adalah sangat sedap. So saya memang tidak dinner pun malamnya. Full sungguh perut ini. Alhamdulilah.


Resepi Kew Tiow Goreng Mamak sempoi.
Sebungkus Kew Tiow 450 gram.
Udang 7 ekor.
Taugeh dalam segenggam.
3 sudu besar minyak untuk memasak.
Telor 2 biji.
Kicap masin.
1 sudu kecil serbuk kari.

Cara memasak.
Panaskan minyak.
Tumis serbuk kari.
Masukkan udang sehingga masak cantik.
Masukkan telor dan kacau.
Setelah telor setengah masak, masukkan kew tiow.
Kacau dan masukkan kicap.
Masukkan taugeh.
Sedia di makan.


4 comments:

Ina Hashim said...

wahh...Ray mmg boleh buka kedai makan pasnih...mmg sedap nampaknya

Ms Haslina said...

my sister,
hehe, tima kasih kak.

mama lieyna said...

Untung en suami rajin n pandai masak kan...:-)

Nmpk best tuu...

Ms Haslina said...

alhamdulilah.

p/s
hari tu pic nasi goreng suami eina pun nampak sedap juga. siap ada daging goreng lagi kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails