Followers

Monday, July 22, 2013

Cek Nuffnang ke 3 since September 2007.

 

Monday blues coming again.
Redha sahajalah kan. Saya memang tidak boleh skip hari Isnin. Sebab ada Lab. belah pagi dan lecture belah petang.
Tapi perasan since Ramadan ini, hari Isnin macam tidak pack sangat jalan raya. So boleh keluar lambat sikit, padahal hari-hari macam terlambat nampaknya.
Tidak mahu cerita meleret-leret. Cuma mahu berkongsi rezeki saya dari blog yang biasa-biasa ini. Dalam bulan lepas dapat cek ini.
Bila tengok Payment history itu, tidak sangka saya pernah cash out hingga RM214. Itu pun untuk duration dua tahun, lama kan. Tidak mengapalah, sikit-sikit pun tetap rezeki.
Bagi saya blog adalah satu kenangan yang abadi. Melihat anak-anak membesar, pencapaian kami dalam sehari-hari. Semua itu menyeronokkan untuk di baca kelak.
Saya suka membaca pengalaman semasa berpantang. Juga masa-masa cemas ketika menanti untuk bersalinkan Haziq, Haifa, Qeqeem dan Haify. Itu adalah precious moment saya as a mother. Tidak mungkin saya lupakan.


Best part juga ialah setiap gambar semasa Hari Raya. Hehehe, saban tahun saya dan HC menambah anak. Kenangan di rumah Pandan Indah, saya mahu berkongsi semua itu dengan Haifa, Qeqeem dan Hafiy yang masih belum lahir masa saya dan HC duduk di situ. Haifa pula masih kecil masa kami berpindah ke rumah sekarang.
Lately ini saya gemar masukkan resepi penuh bersama gambar sekali untuk kongsian bersama. Kebanyakkan juadah juga adalah dari air tangan my hubby Mr HC.
Harapan saya nanti satu hari nanti anak-anak saya akan sama membaca blog mama dia orang. Sekarang pun anak-anak sudah faham sekadar melihat pictures di blog.

Sahaja hendak tunjuk setem dalam simpanan saya. 





7 comments:

Cik Matahariku said...

tulah namanya rezeki kan, setiap usaha pasti ada ganjarannya. Sikit atau banyak, terletak pada usaha yang dilaksanakan..tahniah ye.

mama_ka0ri said...

Alhamdulillah..kira rezeki jgk tu..sikit2 lama2 jadi bukit..hehe..

itu la..skang ni pon anak2 duk tgk gamba je kat blog..en.hubby kita pon dah start baca blog kita..hihi..

Ms Haslina said...

cik matahari -
alhamdulilah, syukur pada ALLAH.
TQ kembali.

mama_ka0ri -
tima kasih dear. hehe, suami adalah pembaca no 1 blog isteri kan.

mama lieyna said...

Rezeki menulis.. Alhamdulillah... :-)

Ms Haslina said...

alhamdulilah.
terima kasih eina.

ZQ Batik said...

salam
singgah dan follow back
thanks sudi follow kami

Ms Haslina said...

w'salam,
tima kasih singgah dan follow sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails