Followers

Tuesday, July 2, 2013

Lego Murah.

Ini Set lego pertama saya belikan untuk Haziq.

As salam kepada kawan-kawan semua. Sudah pergi lunch ke belum?. Saya sudah, alhamdulilah REZEKI dari ALLAH, bekalan dari rumah sahaja, seperti biasa.

Hari ini hendak sharing mengenai lego murah sahaja. Beli pun di MR DIY di JJ Taman Equine. Di situ ada price dari serendah RM3.90@RM4.90. Selalunya kecik sahajalah set lego dari price begitu.
Sama seperti lego kereta polis di bawah. Dengan tiada orangnya.

Kalau price RM7.90 sama seperti pictures set lego bomba bersama 2 orang bomba. Dengan price yang sama ada juga pilihan lain iaitu set lego helicopter dan jet ski dengan 2 orang.

Baru-baru ini memang ada survey juga theme Kapal Black Pearl, memang cantik dan price cuma dalam RM120++ kalau tidak silap saya. Tapi saya tidak setuju dengan pendapat HC yang hendak belikan untuk Haziq sebab pieces lego memang beribu, kecil-kecil amat, takut in the end ada yang hilang pula. Sebab Qeqeem kan masih kecil lagi, sekali di balingnya barang-barang itu, mahu hilang di buatnya.

Set Lego kedua by HC.

Amazing, ini memang kreativiti Haziq dan Haifa sendiri. 
Diaorang pasang dengan imaginasi sendiri.
Bijak anak cikgu ini. Pictures pun taken sendiri.

Sebenarnya  permainan lego ini sudah lama juga saya hendak belikan untuk Haziq. Sebab dulu masa kecik-kecik permainan ini adalah kegemaran saya. Tapi saya cuma ada set lego untuk rumah sahaja. Lengkap untuk sebuah rumah setingkat dan boleh untuk dua tingkat juga. Masa itu beli brand Lego ini di Woodland S'pore time balik dari rumah nenek.


Dulu-dulu rasanya macam tiada kertas instruction untuk built sekali. So semua kena imaginasi sendiri untuk design rumah sendiri. Serius saya memang suka permainan yang cantum, bina ini. Mungkin sebab itu i nthe end saya sekarang ialah graduate dari bidang Civil. Agaknya aura engineering sudah sebati dalam diri since kecik lagi kot.

Saya sebenarnya hendak membeli brand Lego yang jenis basic bricks. Yang jenis plain sahaja. Tiada theme, so Haziq boleh main ikut yang dia suka. Tapinya setakat ini, jenis itu masih out of stock di satu kedai online ini. Makanya akhirnya saya cuma beli yang pieces sikit-sikit dahulu untuk mainan Haziq.
Tapinya di sebabkan lego ini datang dengan instruction sekali, memang Haziq masih belum pandai untuk follow. Akhirnya saya dan HC yang tolong buatkan dahulu.
Lama-lama Haziq dan Haifa leraikan semula lego-lego itu dan diaorang design/cantum ikut kreativiti diaorang. Serius memang kreative. Teruja saya dan HC melihat imiginasi anak-anak.

Kreaviti anak-anak cikgu lagi. 
Taken pictures sendiri juga.

Set lego ketiga ialah helicopter dan jet ski.

6 comments:

Eliss said...

memang seronok main lego ni. bukan anak yang main, mak bapak tumpang sekaki. heheehe

maidatul said...

budak-budak memang suka main ni kan...tapi kita ni mak ayah join skali kan dgn dorang.

Ms Haslina said...

huhu, betul tu. kita yang lebih seronok dari diaorang.
bagus permainan lego kan, mengerat lagi hubungan kekeluargaan sebab ada aktiviti di buat bersama dgn happy sekali.

Unknown said...

betul2..saya pon suke..dari kecik lagi suke..ingat lagi sanggup tido umah sepupu walaupon demam semata2 nak main lego..haha..

pernah belikan juga utk aleesya dan amirul set lego ni kat MR DIY..diaorg excited hari pertama jer..hari kedua sume sepah..last2 simpan..haha..

mamaarifakeemaisy said...

Waah kreatif anak2.. tak rugi beli sbb anak2 suka dan ianya dapat mengasah kreativiti mereka..:-)

Ms Haslina said...

mama kaOri - itulah aura lego mmg begitu. mengasyikkan.
part displainkan anak tu, saya mmg siapkan tupperware suruh simpan dalam tu lepas habis main.
kdg2 terbabas juga, saya yg tolong kemas.

eina - betul tu, setiap main ada sahaja 'design' baru diaorang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails