Followers

Monday, April 14, 2014

Pindah Rumah

Assalamualaikum.

Selamat bekerja kembali.
Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga balik ke kg. Lepas habis urusan HC diKL. Kami gerak ke kg dalam lepas Asar.
Lagi pun paginya Haziq ada swimming lesson. Tengahari pula Haziq pergi tuition.
Kami balik ke kg dengan anak kaklang sekali. Makanya anak saya sudah bertambah menjadi 5 orang masa itu.

Tujuan balik ke kg ialah melawat emak dan abah. Sebab lain ialah, memberitahu abah dan berbincang sikit mengenai kami sekeluarga yang akan berpindah rumah pada hujung bulan April ini. Nampaknya rezeki kami duduk menyewa di situ tidak lama, setakat 3 tahun lebih sahaja.
Rumah ini telah di jual oleh tuan rumah.

In sha Allah masuk bulan May nanti kami semua sudah menjadi penghuni Apartment Vista Impiana di Bukit Serdang.
Apartment ini kami beli pada pertengahan tahun 2011. Makanya sudah dua kali penyewa yang sewa apartment ini.
Mula-mula penyewa beritahu HC yang mereka akan keluar dari rumah itu pada hujung May atau June. Tapi lepas HC beritahu yang kami hendak duduk rumah itu pada hujung May, tidak lama lepas itu mereka beritahu yang mereka confirm keluar pada hujung April.
Alhamdulilah, HC memang sangat teruja sebab dapat masuk rumah sendiri lebih awal.
Patutnya kami keluar dari rumah sewa pada hujung May.


Point mengapa kami tidak terus duduk rumah ini dulu, ialah kerana rumah ini memang kecil. Dulu macam teringin hendak duduk rumah besar sikit, sebab itu kami menyewa landed house.
Tapi lepas, beberapa tahun duduk rumah yang kami sewa sekarang ini. Rasanya macam susah hendak urus keadaan rumah dengan anak-anak yang masih kecil. Masa pindah rumah ini awal 2011, saya tengah dalam mabuk-mabuk lagi pregnant kan Haqeem. Haifa baru hendak masuk 1 tahun dan Haziq pula baru hendak masuk 4 tahun.

Sekarang ini, Haziq sudah darjah satu. Tidak perlu pindah sekolah sebab rumah baru ini tidak jauh dari sekolah Haziq. Haifa sudah 4 tahun, Haqeem masuk 3 tahun pada bulan August nanti. Dan baby Haify sudah 1 tahun.

Azalinya banyak pakaian kami semuanya ada di tingkat bawah. Hinggakan almari di dalam bilik di tingkat atas macam kosong sahaja.
Memang patut ada orang tidak suka duduk rumah dua tingkat gitu.
Akhirnya saya dan HC juga anak-anak pun tidak sudah macam tidak berminat duduk di situ.

Buat masa ini, rumah kecil mungkin sesuai buat kami sekeluarga.
Dengan keadaan rumah yang tidak besar, mungkin ada beberapa perabot kami kena lets go ataupun bawa balik ke kg.
Sebab itu saya dan HC balik ke kg, saya perlu minta permission abah untuk meletakkan barang-barang dan perabot di rumah kg.

Sangat terasa peritnya bila menyewa rumah. Ialah, itu bukan rumah kita sendiri. Hendak buat apa-apa pun rasa tidak seronok. Lainlah kalau rumah sendiri kan.
Saya memang tidak ada pengalaman menyewa rumah. Inilah pertama kalinya. Sebelum duduk di Puncak Jalil, rumah di Pandan Indah adalah rumah abah. Terasa bebas buat itu dan ini.

Hari Rabu dan Khamis ini saya akan bercuti sempena menduduki peperiksaan di OUM hari Khamisnya. Satu paper lagi ialah pada hari Ahad, 20 April.

Semoga urusan kami sekeluarga di permudahkan ALLAH, amin ya rabbal alamin.

Rumah buat saya sefamily di kg. 
Abah yang buatkan. Baru siap awal tahun 2014.
Di hujung sana, rumah tempat saya membesar.

Emak dan abah duduk di rumah hujung itu.


5 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Oooh ye.. apapun, janji anak2 selesa, betul..duduk rumah sndiri is better than menyewa, walau rumah sendiri lebih kecil.. tp buat masa skrg, dgn anak2 kecil ni kan, rumah kecil lg senang nak urus..moga semuanya dipermudahkan urusnya..

Ina Hashim said...

Lin pindah ke rumah sendiri ye?Yelah klu rumah sendiri senang la nak menghias ke apa ke...rmh orang ni payah gakla...cam akak ni pun hazab menunggu nk dpt kunci rmh sndiri,payah benor duk menyewa lama2.....bagusnya ayah Lin buatkan rumah khas utk Lin kat kg

Ms Haslina said...

amin.
eina pun faham kan, kalau anak kecil-kecil.
terima kasih.

terima kasih kak ina. semoga dipermudakan untuk akak sekelurga untuk pindah ke rumah cantik dan baru itu, amin.

maidatul said...

Seronoknya da dapat duduk dirumah sendiri..

Good Luck akak...semoga Allah permudahkan semuanya...
:)

Ms Haslina said...

amin ya rabbal alamin
terima kasih Akma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails