Followers
Friday, June 27, 2014
balik kg menyambut 1st ramadan.
Assalamualaikum,
Selamat berhari Jumaat. In sha Allah hari Ahad nanti kita semua akan menyambut 1st ramadhan dan mula berpuasa.
Semoga puasa kita semua tahun ini di terima ALLAH dan lebih baik dari tahun sebelumnya, ameen.
Malam ini atau esok, kami sekeluarga akan balik ke kg. Di samping menyambut permulaan ramadhan bersama emak dan abah, tujuan kami balik ialah untuk mengambil Haqeem semula.
Atas permintaan emak dan abah, Haqeem memang sudah seminggu tinggal di kg. Walaupun deep inside us, hanya ALLAH yang tahu.
Feeling berpisah dengan anak bukan satu perkara yang menggembirakan.
Saya berdoa supaya Haqeem tenang dan happy selama berada di kg.
Haqeem memang manja orangnya. Maklumlah lahir bulan August macam saya, yang manja juga orangnya. Tapi manja pada family sahaja. wokey.
Sepanjang di kg, kata emak Haqeem ok sahaja. Ada Acik, adik saya yang kadang-kadang bawa Haqeem jalan-jalan naik motor sana sini.
Ada juga, Haqeem ikut emak dan abah pergi Pasar Tani.
The rest, aktiviti Haqeem ialah, follow emak solat, menonton bola dengan penuh minat dan main basikal.
Ok, mahu menyambung kerja semula.
Wasalam
Feeling tired & sleepy
miss Haslina
Thursday, June 26, 2014
pretend to be normal (",)
Assalamualaikum,
Apa khabar kawan-kawan semua?. Macam mana progress kerja di hari Khami ini? Khabarnya ada tempat yang sudah di catu air tanpa pemberitahuan awal.
Anyway semoga kita semua terus tabah dan di permudahkan dengan workload yang menimbun-nimbun sedia ada itu.
Sangat comel quote di atas kan.
Agaknya macam mana ek hidup orang yang suka berpura-pura?
Ialah, pretend to be normal tapi akhirnya diri sendiri juga yang sudah penat dan bosan.
Wasalam
Selamat Bekerja.
Ikhlas dari saya di IUKL.
Wednesday, June 25, 2014
Tuesday, June 24, 2014
Free samples Dumex Mamil 600 gram
Assalamualaikum,
Hendak update sikit sahaja. Sharing dengan mama-mama yang ada anak minum susu. Jom redeem susu free dari Dumex.
Caranya mudah sahaja. Pergi ke laman web Try Mamil for 7 days - Free sample.
Check waktu dan location untuk redeem susu di tempat anda.
Cuma perlu bawa plastic susu yang telah kosong yang anak anda minum sekarang. Tidak kisah brand apa pun asalkan lebih dari 500 gram.
Saya redeem susu di Tesco Puchong pada Sabtu lepas. Masa itu kami bawa dua plastic kosong susu dutch lady. Di situ kami di minta request confirmation code melalui sms. So satu guna hp saya dan satu lagi guna hp suami. Sebab itu saya dapat redeem 2 kotak susu tepung Dumex.
Selamat me redeem.
Friday, June 20, 2014
Esok Sabtu, cuti.
Sup Tulang, sekali makan sefamily, habis licin.
Maklumlah anak-anak suka makan.
Selamat petang semua.
Seronok sebab esok cuti kan. Tapinya hari Ahad saya ada kelas master. Tidak mengapalah kan, pengorbanan ini in sha Allah akan di ganti dengan yang terbaik nanti.
Hari Sabtu nanti, kaklang hendak bawa anak-anak semua kecuali Haify untuk di bawa balik ke kg. Dia orang akan tidur semalam. Hari Ahad balik ke KL semula.
Story pasal tulang. HC suka beli di Pasar Borong Selangor. Dekat Taman Equine. Hari itu beli sekilo, dalam RM10 harganya. Best part ialah, tulangnya still banyak daging juga.
Selamat bercuti dan berehat.
Semoga happy sokmo hendaknya.
Thursday, June 19, 2014
Tanggungjawab semakin besar.
"Ya ALLLAH aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia"
Ya Allah, memang my workload sangat berat semester ini as a lecturer. Semester June 2014 yang berduration dari 16 June hingga 26 September 2014.
Kerana lecturer untuk mengajar diploma students tidak mencukupi. Else sebab ada yang telah bertukar kerja ke tempat lain dan ada pula yang mempunyai loading kerja yang juga lebih.
Saya meredhai mengajar lebih. Alhamdulilah, yang lebih-lebih kredit hours itu memang dapat claim as extra subject.
Dalam kepadatan jadual, ada juga students final semester approach untuk saya di jadikan supervisor final project mereka. Ikut hati memang tidak mahu ambil mana-mana extra lagi. Tapi aduhai, kerana di pujuk, akhirnya saya terima 3 groups sahaja.
Doa saya, semoga saya sentiasa di beri kesihatan dan kerajinan oleh ALLAH dalam meneruskan amanah ini.
p/s
assignment master masih belum 'berjalan' lagi
alahai
due date 6 July
cik puan Haslina, sila jangan berseronok-seronok lagi
sila jadi orang yang berdiscipline banyak-banyak
Tuesday, June 17, 2014
Mandi kolam
Assalamualaikum,
Sekeping gambar di area rumah saya.
Rasanya taken pada hari Sabtu lepas. Nampak pool comel dari rumah. Satu untuk orang dewasa dan satu untuk kanak-kanak.
Tapinya anak-anak saya semua suka mandi pool yang dewasa, sebabnya dia orang semua sudah ada buoy sendiri. So bebaslah berenang sana sini dengan kolam yang lebih luas.
Kalau Haziq pula memang siap dengan google sekali. Maklumlah Haziq memang masuk kelas swimming pada setiap pagi Sabtu.
Serius setakat ini, saya langsung tidak pernah mandi pool lagi. Entahlah, belum ada feel hendak terjun kolam.
HC dan anak-anak, memang sudah tidak boleh di kira, punyalah selang 2 ke 3 hari mesti swimming. Masa cuti sekolah baru ini, fuh punyalah ramai orang mandi pool. Pagi-pagi sudah meriah sangat.
Dari rumah saya memang masih boleh dengar lagi kalau anak-anak menjerit-jerit keseronokkan mandi manda dari kolam.
Selalunya tidak lama juga dia orang mandi manda. Lepas mandi terus naik lif ke rumah dengan basah-basah gitu.
Seronok tengok anak-anak happy. Alhamdulilah, terima kasih ALLAH atas rezekimu yang indah ini.
Pool gambar dari sumber internet.
Monday, June 16, 2014
Argentina Vs Bosnia
Game yang aku tunggu2 ...sebabnya AFA adalah team pilihanku....esperemos victorioso `sur del sur`
by Mr HC
Sunday, June 15, 2014
England Vs Italy
Mario Balotelli muncul wira Azurri apabila tandukannya memberikan tiga mata untuk memberikan kemenangan 2-1 buat Itali ke atas England
ENGLAND -
Daniel
Sturridge 37'
by Mr HC
Saturday, June 14, 2014
Amukan Dendam Oranje...
Dendam empat tahun Hollande ke atas Espana berbalas sudah apabila skuad Oranje mencatatkan kemenangan yang amat BERGAYA, kelas gitu dengan 5 - 1.
Gosh.
Espana 1 - Xabi (21 pen)
Hollande 5 - Persie (44, 72), Robben (53, 80) & Vrij (65)
by Mr HC
Monday, June 9, 2014
Balik kg
Hafiy dengan abang Haqeem
Assalamualaikum.
Selamat bekerja di permulaan minggu baru. Semoga minggu ini kita semua dapat bekerja dengan lebih baik dari minggu sebelum hendaknya. amin.
Jumaat lepas saya bercuti lagi. Kami balik ke kg. Ada dokumen rumah yang ter bawa balik ke kg masa pindah rumah bulan lepas. Di samping itu dapat melawat emak abah juga.
Anak-anak feeling happy sebab boleh main basikal, boleh main tanah, boleh main suka hati sampai muka merah campur hitam.
Mak cakap, anak-anak saya kalau main tengah panas mesti lepas itu muka bertukar color macam orang cina yang duduk cameron highland yang kena panas.
Kami gerak ke kg pada pagi Jumaat. Feeling seronok sebab, driving di highway pagi-pagi.
Dan kami balik semula ke KL pada malam Sabtu. Alhamdulilah kami tidak tempuh mana-mana jem di lebuhraya. Masa balik ke kg, memang lalu di PLUS. Dan untuk balik ke KL malam itu, kami ikut LEKAS.
Sebenarnya saya risau juga untuk balik kg masa itu. Sebabnya saya dan HC akan bawa 5 orang kanak-kanak yang tengah 'naik' nakal segala. Yang umur 7 tahun dua orang, 4 tahun, 2 tahun lebih dan 1 tahun.
Doa saya semoga perjalanan kami di permudahkan ALLAH.
Sesiapa yang ada anak kecil-kecil, mesti tahu macamana peel anak kalau semuanya duk pakat main jerit-jerit, berebut barang, berebut tempat duduk. ALLAH sahaja yang lebih mengetahui.
Pemanduan boleh terganggu dengan 'gangguan' begitu.
Ini picture Raya 2013 lepas.
Haqeem, Haziq, Izad, Haifa dan Abbas.
Semua cucu Abah.
Tertinggal tiada dalam gambar ialah anak kaklang, Ariq.
Hari Ahadnya, kalau ikut planning awal ialah untuk ambil kereta Wira di Klang. Wira sudah selamat tukar gear box baru.
Tapinya pagi-pagi Ahad itu, saya sudah ngomel-ngomel dengan HC.
Kalau boleh saya hendak HC pergi Klang naik bas sahaja. Serius, sangat-sangat penat campur dengan malas saya hendak drive balik kereta Persona sorang-sorang dari Klang.
HC lepas itu terus call mekanik. Tanya, boleh ke hantar kereta Wira ke area Bukit Jalil.
Alhamdulilah, ALLAH permudahkan urusan kami.
Mekanik bagitau, dia boleh hantarkan kereta ke Cheras malam ini.
Then HC cadangkan untuk berjumpa di RnR sahaja. Syukur sangat, dekat sudah itu.
Makanya hari Ahad semalam di isi dengan menonton tv sepenuhnya. Seronok sebab dapat duduk rumah seharian.
Maklumlah ASTRO bagi siaran percuma. Kenalah guna sebaik mungkin gitu kan.
Petangnya HC bawa anak-anak semua dan anak kakak izad yang sudah 4 hari cuti bersama kami mandi pool. Fuh, memang penuh kolam semalam itu. Satu sebab cuaca memang panas, dan satu lagi sebab cuti kan.
Hafiy dan saya tinggal berdua sahaja dalam rumah. Saya bancuhkan Hafiy susu, terus tertidur si comel tembam. Mamanya sambung tengok movie semula.
Lukisan Haifa.
Katanya gambar rumah kg siap dengan orang sekali.
Feeling happy dengan rezeki dari ALLAH
Haslina
Wednesday, June 4, 2014
IKEA, kereta WIRA dan kenduri.
Op, sudah selamat di conteng oleh anak-anak.
Assalamualaikum.
Wah, wah, wah sudah masuk hari Rabu rupanya.
Alahai tidak sampai hati jugak tinggalkan blog lama-lama sendiri.
Maklumlah keadaan office dengan students tengah bercuti sekarang ini. Sunyi. Kantin sunyi, parking lot kosong. Kalau tidak berebut-rebut cikgu dan anak murid untuk parking kereta masing-masing.
Akhirnya cikgu pun sama juga ikut-ikut cuti. Akibat lain lagi sudahnya semua perkara turut cuti sama.
Kisah minggu lepas, saya bercuti 2 hari, iaitu Rabu dan Khamis.
Hari Rabu kami ke IKEA. Punyalah macam tiada kerja asyik berulang alik ke IKEA, akhirnya untuk kali ke 3 itulah baru ada stock untuk sarung sofa klippan dengan color yang di idaman gitu. Fuh, untungnya dari rumah ke IKEA cuma guna satu jalan/highway yang sama. Sebab itu tidak terasa sangat dengan keasyikan berulang ke sinun.
Masa stok sudah habis hari itu, reply customer service, mungkin makan masa 2 minggu untuk re-stok semula.
Tapinya HC terajin check di online, rupanya beberapa hari lepas itu stok sudah ada. Syiok.
Planning beli satu color sahaja.
Tapinya bila sampai sana, huhuhu kami terbeli 2 color. Satu bercorak dan satu lagi color grey. Sebelum ini guna color merah. Bayangkan 3 tahun lebih layan color merah jea.
Cadangan asal ialah untuk membeli color hijau. Tapinya, color hijau adalah sangat maveles bila di internet. Bila tengok dengan mata sendiri, op sangat jelek.
Oleh itu sila jangan mudah sangat tertipu dengan picture cantik molek di internet.
Hari itu juga kami buat kad IKEA FAMILY. Percuma sahaja. Daftar di mana-mana komputer di IKEA. Kemudian terus dapat kad sementara. Once point sudah genap 200, terus dapat kad permanent.
Hari Khamis pula, kami ke Klang.
Sebabnya ialah untuk menghantar kereta WIRA ke bengkel. Kenapa jauh sangat kan?.
Padahal, di area rumah sekarang ini memang melambak kedai repair kereta.
Kerananya ialah disitulah price yang murah yang HC dapat untuk tukar gearbox AUTO 1.5.
Masa pergi ke sana saya drive Persona dengan Haziq. HC pula drive WIRA dengan Haifa, Haqeem dan Hafiy.
Hari Sabtunya, kami ke Klang lagi.
Pergi kenduri kawin adik ipar perempuan kaklang. Sampai sana dalam 1 tengahari, cuaca memang panas sungguh hari itu. Memang baru tahu, yang orang Kedah kalau kenduri memang meriah sangat dengan kuih muih. Mak mentua kaklang memang orang Kedah, dapat menantu pun orang Kedah katanya.
Emak, abah, angah sefamily pun datang dari Kuala Pilah masa itu.
Selepas seronok-seronok minggu lepas itu, hari Ahadnya saya ada kelas Master.
Ya ALLAH, punyalah 'malas' hendak pergi kelas pagi Ahad itu, rasa hendak ponteng sahaja huhuhu. Start kelas ialah jam 8.30 pagi.
Memang tidak boleh bayang sungguh hendak belajar until 3 pm hari itu.
Namun syukur dan alhamdulilah, saya pergi juga akhirnya.
Semangat gitu. Terima Kasih ALLAH.
Pengantin baru dan pengantin lama.
Hidangan istimewa. Kambing golek.
Ada 4 ekor semuanya.
Saya yang comel.
Subscribe to:
Posts (Atom)