Followers

Tuesday, October 28, 2014

JPJ Bangi.

JPJ ialah bersebelahan bengkel kereta Continental tu. 
Kalau dari jalan besar akan nampak pam minyak Petronas.

Assalamulaikum.
Project hari ini ialah hidupkan roadtax kereta wira. Hehe. Sudah bertangguh selama seminggu rasanya. Siap hidupkan insuran di Etiqa ialah pada 20/10 Monday lepas.

Misi bermula pada jam 9.15 pagi dari office. Then terus ke JPJ di Bangi. Location berdekatan OUM Bangi. Ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke situ. Pertama kali ialah pada bulan August 2013
Seperti biasa saya akan parking kereta di pam minyak Shell. Kemudian berjalan kaki melintas jalan ke JPJ.

 Geran baru.

Waktu urusan JPJ. Waktu rehat off.

Orang memang nampak ramai di dalam JPJ. Saya terus ke kaunter untuk ambil nombor giliran. Alhamdulilah satu kaunter sahaja saya perlu pergi untuk urusan kali ini. Tukar geran baru dan hidupkan roadtax. Maklumlah kereta Wira saya sudah berumur dekat 15 tahun. Patut pun geran kereta sudah tiada tempat untuk print info tarikh tempoh roadtax. Tiada bayaran di kenakan untuk penukaran geran baru.
Alhamdulilah, proses adalah pantas sungguh. Nombor saya ialah 2063, nombor yang sedang berurusan ialan 2061. Sedang saya cari tempat duduk, nombor 2032 sudah di panggil. Kejap lagi terus nombor saya pula.
Urusan tertangguh sebab, saya perlu fotostat IC. Terus keluar dari JPJ dan selang 2 ke 3 kedai ada sebuah kedai fotostat. Charge sehelai ialan 50 sen.
Then kembali ke JPJ. Bagi pada pegawai di kaunter, tup tup tip tip siap. Peh cekap sungguh cik pegawai itu buat kerja. Dia sempat pesan, kalau hendak berurusan sila datang hari Selasa, Rabu and Khamis. Sebab hari Isnin dan Jumaat selalunya orang sangatlah ramai, siap ada yang bergaduh bagai. Fuh..

Saya Shaklee distributor. 
Jom order dengan saya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails