Followers

Tuesday, March 24, 2015

Pravicy blog aku dan pictures Haziq masa baby

Aku, kaklang dan baby Haziq

Haziq with anak kaklang
Selang 4 bulan umur dia orang
Kulit putih, rambut lebat

Bismillahirrahmannirrahim

Dari dulu kini dan sampai bila-bila pun
Aku prefer blog compare dengan FB

Kalai boleh semua cerita aku hendak story di blog
Kenapa
Aku suka sebab
Blog ada privacy
Blog tidak perlu ada orang hendak like
Tiada siapa pun kenal aku kalau di blog
Dan aku tidak feeling down pun bila tiada orang komen post aku
Memanglah tiada orang komen
Sebab aku pun tidak buat blogwalking pun
Hehehe

Yang paling aku suka
Aku bebas di sini
Aku boleh tulis apa yang aku rasa aku hendak tulis
Aku sebolehnya tidak mahu cerita pasal orang lain dalam ini
Cukup kalau mereka menyakitkan aku di luar
Tapi untuk abadikan kisah kebencian mereka di sini
Op silap
Anda bukan idola untuk saya kongsikan

Realitinya aku memang jenis seorang yang kurang bercerita mengenai kisah harian aku
Tapi pada kawan-kawan yang aku rapat, mestilah bercerita kan

Ahh, payah hendak di terangkan
Dan aku suka blog aku begini sahaja
Aku suka ada kawan baru yang sama-sama kongsi kisah hidup mereka
Aku suka kenal dengan orang baru itu
Juga aku suka hidup aku yang sederhana ini
Lagi pun siapalah aku ini kan
Yang mahu di kenali semua orang

Tapinya, apa sahaja yang berlaku
Aku mesti mahu catat
Buat bacaan di hari kemudian
Buat ingatan mana-mana yang terlupa
Terutama pasal hal kereta
Bila bateri kereta mati
Bila tukar tayar kereta
Kereta ada dua buah
Wira dan Persona
So perlu sedia duit untuk tukar itu dan ini kan

Dan pagi tadi bateri kereta Persona kong lagi
Rasanya baru tukar masa Raya Cina baru ini
Alhamdulilah dapat tukar yang baru
Sebabnya ialah radio Persona sudah kong juga, kiranya radio masih on sendiri
So 2 hari tidak guna kereta Persona
Sedar-sedar bateri sudah kong akibat radio kereta
Persona ooo Persona, belum umur 4 tahun
Awal tahun baru ini, tempat CD rosak
Sekarang ini radio pula rosak
Alahai perkara hendak jadi kan
Redha








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails