Followers

Wednesday, March 18, 2015

Tayar kereta Persona pecah masa aku drive.


Hari ini musibah ujian aku ialah tayar kanan kereta belah belakang pecah.

Masa pagi tadi aku pergi kerja macam biasa. Ikut jalan yang sama aku ikut hari-hari. Entah mungkin baru repair divider concrete tempat selalu aku buat u turn di traffic light di flyover depan pintu masuk Technology Park Malaysia Bukit Jalil. Memang aku perasan, tayar belakang aku ada langgar divider itu. Maklumlah hendak membelok ke kanan. Ada dua lorong. Aku yang belah kanan. Sah-sah kereta sebelah aku macam menghimpit juga semasa membelok. Perkara hendak jadi kan. Aku redha.

Lepas itu aku drive terus kereta dari situ, tapi perasan ada feeling lain sahaja. Tapi tiadanya mana-mana kereta atau motor hon-hon pada aku pun. Terus aku drive slowly dan cari tempat sesuai untuk berhenti, buka pintu sikit tengok tayar belakang tapi aku tidak turun pun dari kereta. Bahaya pula rasanya kalau keluar dari kereta tepi-tepi jalan begitu. Kemudian terus call HC, beritahu. Ialah masih tidak jauh dari rumahkan dan aku belum masuk highway Sg Besi lagi. Aku masuk kawasan rumah anak yatim tepi jalan sebelum sampai stesen minyak Shell dan Petron dan tunggu HC di situ.
Selamat untuk menukar tayar di kawasan itu compare dari tepi jalan besar.
Lgipun nanti lepas settle semua, HC boleh potong semula selepas Petron untuk balik ke rumah.

Dan selesai semuanya, HC bawa balik tayar pecah tu. Alhamdulilah ada tayar extra yang kami beli dulu. Masih dalam keadaan baik. Tidak pernah di pakai lagi, Bolehlah pakai dulukan.

Maka rancangan aku hari ini di batalkan semuanya sebab kereta tengah guna tayar spare kan.
Esok boleh continue pergi semula.
Selamat bekerja untuk saya.
Alhamdulilah

My hero Mr HC sudah sampai dengan kereta Wira

Alhamdulilah, sudah siap pasang tayar spare.
HC beritahu, inilah pertama kali dia tukar tayar sendiri.
Aku tengok prosesnya tadi, ok lah.
Mungkin keadaan emergency, boleh rasanya tukar sendiri.

Aku hari ini, pakai baju masa pregnantkan Haqeem dulu. 
Sekarang ini Haqeem sudah masuk 4 tahun.
Alhamdulilah


4 comments:

Unknown said...

mujur belum masuk highway lagi..kan?/

izzeyda said...

nasib belum masuk highway.. apapun nasib tak ada apa2 yang buruk berlaku..

Ms Haslina said...

tu lah Diana, alhamdulilah. terima kasih singgah sini.

Ms Haslina said...

alhamdulilah, syukur pada ALLAH.
terima kasih singgah sini Izzeyda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails