Followers

Tuesday, September 1, 2015

Cuti Merdeka

Hi
Assalamualaikum dunia!

Selamat menyambut hari kemerdekaan pada kita semua rakyat Malaysia semalam.
Harapan aku semoga negara kita kembali aman damai, ekonomi pun lebih terancang dan semoga mendapat pemimpin yang lebih tahu nilai sebenar menjadi seorang ketua.


Kisah cuti 3 hari aku cuma di rumah sahaja.
Enjoys dengan anak-anak
Puas tidoq, puas tengok tv, semuanya maveles.

Hari Sabtunya kami ke Nilai
Pertama kalinya setelah 6 tahun rasanya, aku pergi menempah baju 
Aku tempah baju kurung sehelai dan baju kurung pahang sehelai
Tailor ini HC terjumpa iklannya di FB
Siap nanti dia akan call aku beritahu
Tapi memang dia ada tanya, baju nanti hendak pos atau datang sendiri
Uish, aku cakap, kami akan datang sendiri ambil
Bukan jauh pun Bukit Jalil ke Nilai

Lepas itu kami makan lunch di Nasi Ayam Gemas
HC dan aku juga suka makan di situ sebab portion ayam adalah sangat banyak
Puas hati mamam
Kami order 4 set nasi ayam dan aku kononnya nak try mee kari
Half mee kari sahaja aku makan, tidak menahan untuk makan nasi ayam jugak
So mee kari separuh lagi tu aku bungkus
Sudah 3 kali kami makan nasi ayam ini
Setiap kalinya ialah ketika lapar
Makanya tiada kesempatan lah untuk ambil gambar kan

Hari Ahad dan Isninnya kami di rumah sahaja
Hendak bawa anak-anak mandi pool dekat rumah pun tiada mood
Orang lain sampai bawa anak-anak tidor hotel semata untuk mandi kolam
Aku ini sudah ada depan mata pun buat tidak tahu je kan

Petang Isnin itu memang ada Pasar Malam di Bukit Serdang
Kira tidak jauh dari rumah jugalah
Mula-mula aku yang ajak HC pergi keluar
Sebab barang makan semua sudah habis di rumah
Tapi sebab berhari sudah bermalasan di rumah
Akhirnya aku sendiri yang tak nak keluar pulak
Padahal planningnya adalah dari aku
Aku suruh Haziq dan Haifa temankan HC
Budak-budak memang sudah tidak suka ikut kalau takat pergi beli barang sekarang ini
Kerjanya hendak main komputer sahaja
Aku tahu HC bengang
Memang dari mula kenal suami aku ini sampailah sekarang, kalau hendak pergi mana-mana mesti aku kena pergi sama
Last sekali Haifa seorang sahaja yang kena ikut
Masam sahaja muka princess bila kena paksa gitu

Tapinya bila sudah balik dari keluar
Seronok pula Haifa bercerita, ialahkan, HC ikutkan sahaja apa princess seorang ini mau beli





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails