Followers

Friday, December 18, 2015

Update Unifi di rumah aku.

Hahaha. Habis drama charmed, csi aku tidak dapat tengok.
Kisahnya kan, Habis sahaja free sebulan Unifi hari tu, terus semua siaran tv tiada lagi. Yang tinggal cuma siaran yang biasa kita nonton masa zaman rumah tiada Astro dulu.
Memang urut dada aku bila HC beritahu hal itu. Fikir aku, gila ke apa bayar RM149 just for internet!!! Rasa macam tertipu sungguh.
Masa itu kami baru gerak keluar dari rumah di kg menuju ke Tampin untuk masuk toll Simpang Ampat dan terus ke Johor.
Penat aku fikir masa itu, terus kemudiannya malas hendak layan. Biar lah, setiap kejadian ada hikmahnya. Redha sahaja.

Lagipun masa free semua chanel Unifi tu pun, aku dan HC pening hendak tengok siaran mana. Sebabnya semuanya majoriti lah, memang tak best pun. Paling-paling budak-budak suka tengok cartoon sahajalah.

Makanya sekarang ini kami memang jarang tengok siaran tv. Semuanya tengok online sahaja. Nonton online di TV sahaja.
Tengok berita pun online. Paling wins ialah boleh tengok apa sahaja movie pun online sahaja. Kalau kartun upin ipin tu, seharian anak-anak tengok segala episod yang ada.
Untuk movie, telemovie, drama semuanya tengok online juga. Kelakarnya, untuk pilih hendak tengok movie yang mana pun sudah makan 1/2 jam. Ialah, banyak sangat selection movie segala.

Best part lagi, boleh layan gegar vaganza, walaupun bukan masa siaran langsung.
Ok lah, hikmahnya terserlah sudah.
Apa lagi yang hendak di kejar. Internet melimpah ruah di rumah. Sekarang ini aku tengah mahu tukar plan celcom aku sebab data aku bulan-bulan asyik tidak habis. Mahu tukar dari 3gb ke 2gb.


Budak tecik ni paling happy, sebab boleh layan upin ipin di laptop tanpa halangan, iuisk anak ooo anak


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails