Followers

Friday, April 6, 2018

Buku rekod kesihatan Haqeem

Alhamdulilah. Syukur pada Allah. Banyak sungguh rezeki Allah bagi pada aku dan keluarga pada tahun 2018 ni.

Kisah malam tadi Ustazah kelas Haqeem hantar wa beritahu untuk signs surat kebenaran untuk suntikan imunisasi nanti di sekolah. Okey, surat kebenaran aku sudah isi dan signs malam tadi.
Kisahnya bila periksa simpanan buku-buku rekod kesihatan anak. Tetiba buku Haqeem tiada. Masa itu sudah lewat malam sangat. Aku dan hubby pun sudah penat sangat. So tidaklah mencari di tempat lain pun.
Hari ini tadi, hubby wa. Sudah jumpa buku rekod kesihatan Haqeem. Syukur sangat. Sebab aku sudah wa ustazah pagi-pagi lagi beritahu yang buku Haqeem hilang.
Procedure kalau buku rekod ini hilang ialah perlu buat surat, bawa ke klinik tempat imunisasi dulu dan perlu sahkan yang semua suntikkan telah di buat. Allahu. Aku pening kejap. Fikir klinik mana aku bawa Haqeem dulu, klinik Seri Kembangan atau Klinik Pandan Indah? Masa tengah serabut ini, hubby wa pic buku. Allhuakbar, alhamdulilah. Selesai satu masalah.
Lupa beritahu. Haqeem sekarang berada di Tahun 1, SK Bukit Jalil.

Form untuk parent isi. 
Dan buku rekod Haqeem yang selamat di jumpai.

Pagi tadi sempat sarapan oat sahaja. Maklumlah sampai office sudah cecah 8.45am. Jam 9am ada kelas. Yang penting ada alas perut kan. Semester March 18 baru bermula minggu ini. Hari kelas subject Construction of Large Management untuk student BTCM. Subject elective untuk BTCM. Maknanya students aku ini ialah pelajar tahun akhir. Kelas satu lagi ialah subject Traffic and Highway Eng. Ini ialah subject untuk students DCE. Perkara menarik kalau mengajar pelajar tahun akhir ialah, mereka sangat menumpu perhatian ketika di dalam kelas. Serius sangat. Risau juga aku, sebab aku ini jenis buat lawak juga orangnya. Haha..

Kongsi picture kami pada December 2017. 
Hubby tengah makan durian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails