Followers

Monday, May 27, 2013

Kelantan Fried Chicken.

Kelantan Chicken Chop.
Rasa sos lada hitamnya memang ketat/kuat.

As salamualaikum.
Alhamdulilah bertemu lagi di hari Monday (blues) :D.
Hari ini saya ingin berkongsi KFC ala Malaysia style. Tagline 'Resepi Orang Kita, Rasa Macam Dia..'. Kedai ini memang pernah masuk JJCM di TV3 dalam tahun lepas/2012 rasanya. Masa zaman pengacara Iqram dulu tu.
Tapi lepas itu saya cuba pergi ke situ. Asal datang memang ramai orang sahaja. So acap kali memang tertangguhlah untuk merasa keenakkan ayam goreng ini. Semalam alang-alang sudah lalu di situ. HC pelawa makan/tapau KFC ini. Memandangkan rumah saya pun tidak jauh dari situ.
Sampai di sana, cuma ada 2 orang customers sahaja. Terkejut juga. But saya think positive, mungkin orang ramai balik bercuti, kan school holiday. Saya order Set B - 2 ketul ayam with wedges - Price RM6 untuk Haziq dan Haifa. Masuk dalam kereta, HC cadangkan order pula Set C - Kelantan Chicken Chop - Price RM 5.
Anak-anak memang sudah makan dalam kereta masa otw balik. Terus tanya Haziq yang memang peminat ayam goreng. Ermmm memang sedap.
Sampai di rumah barulah saya dan HC mencuba pula. Serius uols, memang sedap dan berbaloi hingga menjilat jari. Harga murah dan yang penting produk orang Islam kita. Jom kawan-kawan sokong orang kita berniaga.
Next time kalau tidak pun dalam minggu ini mungkin saya hendak mencuba set lain pula.

Raja Ayam Goreng Malaysia
Kelantan Fried Chicken
26, Jalan Putra Permai 1B,
Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor. (berdekatan Mc Donald)
H/P 019-3575154

Close up. 

Menu.

Ais blended pisang + susu by Mr HC.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails