Followers

Friday, May 17, 2013

Jom masuk peraduan Revive dan Lipton.


As salam hari Jumaat.

Dulu masa study saya masih ingat info dari lecturer Dr Aziz yang mengajar Traffic and Highway. Subject itu specific belajar teori dan basic design untuk jalan raya dan highway. Juga study untuk design traffic light.
Informasinya ialah, selalunya kiraan density paling peak untuk kenderaan pada satu-satu jalan itu selalunya di jalankan pada hari Rabu dan Khamis katanya. Sebab pada hari itulah kenderaan selalunya paling banyak berada di jalan raya.
Makanya sebab itu jalan raya memang macam clear sahaja pagi tadi. Perjalanan ke tempat kerja sungguh indah rasanya sambil nyanyi nyanyi lagu Mizz Nina ft Jay Park - Around The World. Huhu.

Back to the picture. :D
Mesti ramai yang sudah lupa pada setem kan. Ialah zaman sekarang ini semua lebih senang di hujung jari sahaja. Anyway itu semua terpulang pada keperluan diri masing-masing kan.
Laginya rasanya tidak ramai juga orang pergi pejabat pos sekarang ini kan. Semalam saya pergi itu, nampak cuma orang yang hendak renew roadtax kenderaan, renew lesen, pos barang menggunakan pos laju.
Yang mungkin tiada internet di rumah, makanya perlu membayar bil di pejabat pos. Oh zaman teknologi.

Semalam saya ke Pejabat Pos Bangi itu dengan tujuannya untuk mengepos surat. Narrow down ialah saya merajinkan diri masuk peraduan itu dan ini. Mengikut surat-surat itu, saya masuk tiga peraduan.
Semoga ALLAH permudahkan dan murahkan rezeki hambanya ini. amin amin amin.
Memang dulu-dulu saya rajin masuk contest di majalah dan pam minyak.
Cuma kali ini, saya pertama kali masuk contest dari barang yang di beli. Contohnya saya masuk peraduan Revive. Saya cuma perlu beli mana-mana saiz revive. Hantar plastik di botol dengan borang penyertaan dan jawab soalan di form peraduan. Mudah sahaja. Contest riveve ini until 30 June 2013. Jomlah joins pada yang rajin itu.
Informasi untuk peraduan saya dapat dari FB. Ada juga dari laman web yang berinfo mengenai peraduan. Dan juga ada yang baca di iklan di outlet 711.

Alhamdulilah, pernah menang RM100 dari Shell. Lama dululah. Yang lain pernah menang barang seperti beg toiletries.

 
Story mengenai setem pula. Semua sampul surat peraduan diatas itu  perlu guna setem 80 sen. Woo, sekeping surat perlu bayar 80 sen. Dulu-dulu cukup sekadar 30 sen kan. Ini kiranya surat biasa sahaja. Kalau surat yang tidak biasa, macam mana agaknya kan. Setem gambar bunga raya kuning. Saya beli lebih satu sahaja, untuk simpanan.
Untuk sampul surat biasa berwarna coklat memang price setem ialah 80 sen. Manakala untuk sampul surat color putih harga setem yang di gunakan ialah 60 sen.

Kisahnya di kaunter masa beli setem itu,
Petugas - Lain kali kalau Puan hendak beli setem, terus ke kunter sahaja yea. Tidak perlu ambil nombor.
Saya - Ooo iyea kea, Dah lama tak beli setem, itu yang tidak tahu prosedur tu. Tima kasih yea.



2 comments:

Ina Hashim said...

haaa sejak bila naik jadi 80sen...setahu akak 60 sen jek

Ms Haslina said...

iyea ke kak. tak tahulah. saya memang tanya pada pekerja kaunter tu, surat yang color coklat ini guna setem berapa sen?.
dia kata 80sen.

eee...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails