Paling suka kalau di suruh pakai cermin mata.
Buat aksi sendiri.
As salam.
Lama saya tidak bercerita pasal the one and only princess saya ini. Alhamdulilah umur 3 tahun pada January lepas tapi sudah ada dua orang adik. Kiranya kakak kecik lah ini.
Sandra ini memang kuat sungguh memilih orangnya kalau time makan/disuap. Sekarang ini kesukaannya ialah makan nasi putih sahaja. Tanpa lauk. Sebelum ini rasanya macam ok sahaja makan dengan lauk. Tidak tahu apa puncanya jadi begitu. Hendak jadi MODEL ke princess saya ini :D.
Tapi kalau ada lauk tempe goreng, telo goreng dan ayam goreng bolehlah di jadikan lauk sekali. Senang sungguh jaga anak dara saya ini kan.
Kalau bercakap serius, memang tersangatlah petah. Non stop. Langsung tidak padan dengan umur yang masih kecik itu. Walaupun ada perkataan yang masih pelet dia, tapi susunan ayat sangatlah baik. Kagum mamanya di buatnya. Pandai sahaja create cerita itu dan ini. Imiginasi tinggi sungguh. Macam drama Queen sungguh. Ke dapat pengaruh dari rancangan cartoon di TV rasanya.
Sandra ini memang rajin buat kerja tapi kena pujuk elok-eloklah. Kalau tidak dia just jawab OK, tapinya tiada pergerakan berlaku pung. Kalau tidaknya lagi, dia boleh tunjuk tangan sahaja pada saya, tandanya tunggu dulu ye mama.
Macam boss-boss sungguh perangainya.
Padahal kerja mengemasnya ialah mainan yang bersepah sana sini dalam rumah. Kalau tidak pun, kerja kemas pen pensil dan buku lepas princess ini menconteng dan mewarna. Semua itu kerja dia lah dan Qeqeem sekali.
Time saya lipat kain, ada juga Sandra tolong sekali walaupun tidak di suruh. Tengok-tengok cantik juga lipatan si comel ini buat. Tangan perempuan kan. Azalinya begitu.
Kadang-kadang kecian juga pada Sandra yang berbadan kecik ini, mesti ada kena 'buli' sikit oleh abang adiknya. Suara memang nyaring terlampau gitu. Bila menjerit time kena buli, aduhai bingitnya telinga.
Sinonim kalau perempuan, memang suka melawa gitu. Cuma saya yang kurang menggalakkan.
Mungkin background saya sendiri yang di besarkan dalam adik beradik ramai lelaki (4 orang lelaki) membuat saya tidak pandai sangat part grooming ini. Memang Along dan Angah tidak bagi saya pakai seluar pendek mahu pun skirt masa kecik-kecik dulu. Apa-apa hal mesti pakai seluar panjang kalau pergi bermain. Sebab itu saya dan Kaklang kureng sikit part berkain bagai ini. Tapi berlainan dengan family HC. Adik ipar perempuan saya memang ramai.
2 comments:
comellll sangat!!!!!!!
:D hehehe
tima kasih my sister.
Post a Comment