Assalam.
Macamana hari anda?.
Adakah calit bercolor di jari telunjuk kiri masih berbekas ke hari ini atau sudah pudar lepas cuci tangan di kedai makan kegemaran anda di kg right after selesai mengundi?.
Jari saya, hanya tinggal di bahagian kuku sahaja color nya. Itupun sudah pudar di seluruh jari yang di calit setelah masuk hari ke empat selepas mengundi. Fakta mengatakan dakwat ini kekal lima ke tujuh hari.
Op kita tinggalkan realiti sebenar calitan biru ini. Mereka yang pergi mengundi lebih mengetahuinya kan.
Bersepah sungguh dakwat di keliling jari telunjuk right after mengundi.
Sebenarnya saya hendak story mengenai sembelit. Narrow down nya lagi saya hendak berkongsi Prune Juice yang saya minum masa dalam pantang lepas.
Azalinya sembelit dalam pantang sudah jadi macam isi dengan kuku kan pada sesetengah orang. Saya pula sebenarnya bukanlah seorang yang tegar dalam sembelit ini. Alhamdulilah saya berada dalam kategori selesa sebenarnya. Tiada bermasalah pun bila ke bilik air.
Memang perkara biasa pun untuk merasa ngeri, ngilu dan lagilah bila di omokkan dengan cerita jahitan akan terbuka kalau terteran lebih semasa ke toilet.
Betul ke jika meneran, jahitan di bawah itu akan terbuka?. Ada sesiapa pernah mengalaminya. Boleh kongsi sekali tak. Sebab saya memang tidak pernah tahu kisah punca sebenar bagaimana jahitan boleh terbuka.
Takut adalah perkara biasa dalam dua ke tiga hari pertama selepas bersalin. Saya rasa semua orang begitu. Minda lebih mengatasi realiti. Walaupun sebenarnya tidaklah sesakit aka sepedih mana pun. Saya yang memang tiada history sembelit pun, tetap penakut untuk ke toilet. Lagilah kali ini saya bersalin tanpa ada koyakan dan jahitan.
Alhamdulilah semasa berpantang anak pertama, kedua dan ketiga sebelum ini memang tiada masalah besar sangat pun mengenai sembelit ini. Paling-paling pun saya cuma makan limau sunkist sahaja. Lepas itu semuanya okies. Dan juga air rebusan akar kayu yang saya minum memang membantu dalam proses pembuangan. Najis menjadi lebih lembut.
Namun berpantang anak keempat rupanya saya di duga lebih lagi. Sembelit sangatlah teruk. Makan masa tiga ke lima hari. Padahal the 1st week of confinement sangatlah baik sahaja perjalanannya. Masuk sahaja minggu kedua, bermulalah segalanya. Saya cuba makan limau sunqist. Op memang tidak memberi kesan yang cepat. Cuba juga minum air oren Sunquick. Namun kurang juga kesannya.
Last-last saya minta HC belikan Juice Prune. Itupun selepas google dari internet. Plus sebenarnya ada beberapa produk lain yang memang membantu dalam mengatasi masalah sembelit pada yang mempunya masalah yang lebih lagi.
Memang itulah yang terbaek. Saya minum dengan siap tambah air putih sekali sebab pekat rasanya. Walaupun sebenarnya boleh minum terus sahaja. Rasa masam manis minuman ini sangatlah menyelerakan bagi orang yang dalam pantang seperti saya yang lidahnya mesti masih ala-ala rasa payou macam masa pregnant. Hingga keadaan sudah baik, saya tetap kepingin minum air prune itu lagi, sedap. Price air ini ialah dalam lingkungan RM11 -RM14 kalau tidak silap saya.
Memang juice ini sangat berkesan bagi diri saya walaupun saya perlu ke toilet lebih dari sekali pada hari itu. Bukannya saya kena cirit birit, tapinya proses penuh tidak hanya sekali tapi perlu berkali-kali. Maklumlah sudah lebih dari tiga hari tidak membuang air besar.
Dan lagi satu yang saya kenalpasti ialah, sila jangan membengkokkan badan ketika proses berlaku. Kerana bila kita menegakkan badan, usus perut jadi lurus dan proses pengeluaran akan jadi lebih mudah.
Apa punca saya boleh sembelit teruk.
Menurut pembacaan saya di internet dalam majalah PA&MA Ogos 2012, sembelit ialah kesukaran untuk membuang air besar yang di akibatkan oleh kurang minum air dan pengambilan jamu serta ubatan herba. Tambah lagi kurangnya makan sayur dan buah-buahan.
Pada saya pula memanglah tetap sangat kuat makan sayur dan juga minum air masak masa di dalam pantang ini. Dan hari-hari mesti ada makan ikan sahaja. Makan pedas, erm tidak jugalah. Buah-buahan pula, senang cakap kalau buah import, insyallah semuanya boleh di makan. Namun kalau buah tempatan, jarang orang lepas bersalin makan, kerana lebih berair dan sejuk.
Hendak di tambah cerita lagi, padahal dalam 7 bulan pregnancy. Saya kena sindrom lagi kerap ke toilet. Risau juga di buatnya. Manalah tahu ada masalah lain pula. Bila tanya Doc, katanya itu satu tanda yang baik.
Pelik sungguh saya rasa, kenapa saya boleh sembelit pada pantang kali ke empat ini. Saya google lagi di internet.
Antara yang saya percaya puncanya pada saya ialah, bersalin lebih dari satu dan banyak kali bersalin. Ok, statement itu memang kena pada saya yang bersalin tiga kali dengan jarak tidak sampai dua tahun untuk setiap kelahiran.
Menurut majalah PA&MA lagi, otot pada obdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah dari keadaan biasa. Lagi katanya otot pada usus juga mengendur akibat dari kadar progesterone yang tinggi semasa hamil.
Namun alhamdulilah, lepas 30 hari sembelit itu hilang sendiri. Saya ingat sebab lebih sebulan itulah saya mula duduk berpantang di kg. Syukur sangat-sangat. Saya siap berfikir masa dalam tempoh 30 hari itu, adakah masalah ini akan kekal selamanya. Aduhai negative sungguh masa itu.
Dan kini saya kembali seperti dulu, semua sudah selamat.
Sekali makan sunkist memang sebiji.
9 comments:
assalam, salam ukhuwah dan salam kenal...
waalaikum salam KN. salam kenal kembali.
:D
Assalamualaikum...
Pernah terjadi pada biras saya, sewaktu meneran memang jahitan terbetas..lepas tu nurse yang datang melawat tu minta die datang klinik untuk jahit semula..
Huuu..ngeri bunyinye.
Thanks for info sharing!
Waalaikumsalam Faezah,
Ooo, memang jahitan boleh terbuka ye, tapi kalau meneranlah. kalau tidak meneran, in sha ALLAH masa ok kan.
part jahit kali kedua itu, katanya memang jahit 'hidup2' kata orang tua2, sebab di jahit tanpa ada bius.
Saya pun makan buah sunkist semasa dalam pantang ;)
Salam 'klinik keluarga sihat'
baguskan makan sunkist. sayang saya baru tahu hal ini masa berpantang anak no 3.
tapi khasiatnya memang byk kan.
Saya alhamdulillah bersalin ke 4 ni x de sembelit SBB sy ambil set berpantang Shaklee best sangat2.. Seawal 2mgu dah htr Anak ke skolah,.,
Alhamdulilah, set shaklee benar2 membantu.
Beli dekat mana ye jus prune tu sunsweet tu
Post a Comment