Followers

Friday, May 10, 2013

JJCM pekan Kuala Pilah. Rojak dan Mee Goreng kerang.

Rojak kuih di Nasi Ayam Mama.

Assalam.
Alhamdulilah hari Jumaat datang lagi. Ini hari Jumaat terakhir saya berjimba bercuti. Next Monday saya akan  mula bekerja setelah habis cuti 60 hari.

Hari ini saya hendak story pasal kedai makan. Balik mengundi hari itu, tekak ini teringin sangat hendak makan rojak. Mengada melebih pula. :D
Makanya di hari mengundi itu, habis memangkah. Saya dan HC ke pekan. Sanggup hari itu saya tidak makan apa-apa pung. Sekadar minum milo kosong sahaja pagi tidak pagi itu. Entahlah beberapa hari itu, memang saya kurang berselera untuk makan. Sebab itu mencadang untuk makan di luar sahaja pada HC. Masa itu hujan lebat sungguh. Dekat jam 5 petang rasanya. Kami terus ke rojak famos di pasar KP iaitu rojak Ibrahim. Sampai sana, berpayung saya dan HC. Masuk ke kedai, fuh orang ramai sungguh. Erm nampaknya memang ramai yang balik kg sempena mengundi sekali jalan dengan makan rojak kegemaran ramai. Tempat makan di situ tidak besar sangat. Selalunya memang saya bungkus sahaja kalau teringin hendak makan rojak ini.

Rojak Mee dan Rojak Kuih Ibrahim - pic sumber internet.

Hampa, terus ajak HC ke kedai makan di area Pilah Perdana, dekat Jalan Bukit. Disitu pun ada rojak. ok juga sedapnya. Lagipun sudah lama kedai ini di buka, kalau tidak silap lebih 10 tahun. Tapi tidak boleh lawan rojak Ibrahim yang sudah bertapak sebelum saya lahir, mungkin.

Sampai di kedai Nasi Ayam Mama ini, orang tidaklah ramai. Maklumlah tengah hujan lebat. Saya terus minta HC orderkan rojak. Ada rojak ayam dan rojak kuih.
Sudah lebih lima tahun rasanya tidak makan rojak ini. Rasa-rasa, erm masih sama seperti dulu. Time hujan pula tu, makan panas-panas.
Lepas itu HC order pula mee goreng kerang. Masih sama rasanya.

Mee Goreng kerang with chef (topi merah) 

Nama kedai makan.

Sedikit kepelikan sayalah. Kedai Nasi Ayam Mama ini berkongsi dengan satu kedai lain. Kalau saya tengok muka owner kedai nampak sama. Memang saya perasan kakak dua orang itu memang adik beradik. Tapi diaorang sudah berpisah kedai nampaknya.
Pelik lagi menu diaorang tetap sama. Its up to customer hendak order makan di kedai yang mana. Rasa tetap sama pada sayalah.
Rezeki ALLAH bagi masing-masing kan.


7 comments:

Ina Hashim said...

Lin,
walau dh habis berpantang, jgn dibiarkan perut kosong....alas jugak dgn roti ke kuih ke....klu dibiarkan nnti angin masuk satu badan n gastrik lin dtg balik nnti.....dengar nasihat kakak ni ye hehe

Ms Haslina said...

kak ina - tima kasih atas nasihat ikhlas tu.

Eliss said...

terliur jugak tengok rojaknya tu. kitorang panggil rojak keling :p

Ms Haslina said...

hehe. tapi mmg sodap pun. :D

mamaarifakeemaisy said...

Rojak nmpk best.. lama tk merasa la.. teringin la pulak :-)

Ms Haslina said...

eina - itulah kan, klu sudah lama tak makan mesti nak merasa semula. sekali sekalai kan.
jom makan rojak.

Anonymous said...

Copyright - How Can The Week Magazine Re-Print Magazine Articles?
[url=http://bonus365de.blogspot.com/]bet365 bonus[/url] [url=http://bonus2013cz.blogspot.com]bwin bonus[/url]
[url=http://bonus365hu.blogspot.com/]bet365[/url] [url=http://bonuskr.com/]bet365 bonus[/url]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails