Followers

Sunday, November 15, 2009

Karipap kentang+ayam with resepi.

Sudah di goreng.
Kentang + Ayam

Sudah siap untuk di goreng.

Alahai mak buyung ini teringin hendak makan karipap. Tapi karipap hasil tangan sendiri pula itu. So malam tadi aku gagahkan diri untuk pertama kalinya membuat karipap by my own hand. Aku guna resepi mudah sahaja. Bila tengok di internet kebanyakkan resepi banyak sangat campurannya. Mana larat aku hendak itu ini..aduhai.

Aku buat kulit karipap guna cara yang sama aku buat roti canai instant aku hari itu. Sempoiii... Tapi tetap penat menguli juga.
Aku guna 3 - 4 cawan tepung gandum. Kalau tidak silap aku boleh dapat kan dalam 25 buah karipap ikut saiz yang aku buat itulah.

Isinya pula cuma guna 4 bahan sahaja.
1. 3 biji ubi kentang di potong dadu dan digoreng hingga lembut.
2. Isi ayam yang di cincang.
3. Bawang putih 3 biji di tumbuk lumat.
4. 2 - 3 camca besar rempah Babas ayam daging.
sedikit garam.
Kalau ikut bahan-bahan aku itu boleh dapat dalam isikan karipap dalam 25 biji atau kurang.

Aku suka kulit karipap sedikit tebal sebab baru puas makan. Tapi En Hendra suka yang nipis dan garing. So malam tadi aku buat kulit sedikit tebal. Lepas menggoreng dan makan, aku buat karipap 2nd round untuk habiskan isi dengan kulit yang nipis.
Dan karipap yang telah siap untuk digoreng itu aku simpan dalam peti ais. Petang ini atau malam nanti kalau lapar...boleh terus di goreng.
Mudah....kan....

5 comments:

Ken Wooi said...

wow.. curry puff =D

kenwooi.com

Anonymous said...

Congrats on your very first try!

Jom Promote Your Blog Here: IMCurtain.com

Eliss said...

aku x pernah buat karipap..huhuhu

Ina Hashim said...

nyam nyam,

Ms Haslina said...

ahak...
;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails