Followers
Wednesday, January 30, 2008
the today technology..its so amazing...
lectures..after preparing and understanding the lectures note.Memula tu kena -
Click kat DASHBOARD
then type --- > my side bar is at the bottom of my page ----> kat Search blogger help.
And the result is down there...alhamdulilah..
SIMILAR question with my problem by
confused123
More options Apr 23 2006, 2:21 am
i checked my blog this morning--everything was fine. i just checked my
blog again and my side bar is waaaay at the bottome of my blog page.
what gives? is this permanent? how do i fix it? why did it magically
move on its own?
oh, a pleeese check out my post about site meter. i need an answer!
it's driving me NUTS
ANSWER by
rat
More options Apr 23 2006, 4:59 am
Sometimes it's simple, sometimes not.
Your sidebar may be going to the bottom because your server is crazy
due to being worked on by Blogger. Your sidebar doesn't begin at the
top like it's supposed to. Wrong codes, or missing pieces of codes,
sometimes cause this kind of jump or abberation.
It is possible you have posted too large a photo or too long a link.
Change that and it might go back to the top of the page. Look for a
misstated IMG code.
Possibly your main column width and sidebar exceed allowable Content
width or header width.
Also, sometimes I've found it to be caused by just getting some wrong
or missing code in the template or in a recent post. You might have
one tag or symbol too many or too few.
Once it was caused in a friend's site by a -->, the closing tag for
hiding a comment; it had no start tag, was just wrongly there!. Play
Sherlock Holmes and test some changes without saving them until you use
Preview and see that the change works and does no harm. It's hard, but
I don't know any easy way.
As to your Site Meter question, I think you may expect too much. I use
the free version of it and can't swear what extras may be available.
But, ordinarily, I can't always tell who's visited me because so many
people have varying ways of hiding their identities and/or URL. Some
people don't want you to know. If they don't want to me, then I don't
give a fuck and won't lose sleep over it. Investigate paying for more
if you're needing it.
Tuesday, January 29, 2008
ntah aper2 ntah
picture adik ipar aku tengah pilih earing..pic ini tidak ada kena mengena dgn keluhan aku..
Monday, January 28, 2008
Nenek masih di S'pore NUH.
Doc2 ni still x leh accept yg nenek x de langsung sakit2 aper.Cuma sakit tua.Payah tul diorang ni..klu da x de sakit..naper leh di testing2 nenek aku..cian nenek.Nenek paling x suka kena duk spital lama2.
abah..abang..emak..kadang2 HAZIQ sebut words tu..
Playground kat GH s'pore.1st time Haziq pi playground.
Hari ini umur Haziq da masuk 7 bulan 21 hari.Alhamdulilah DIA sihat wlu pun sekarang selalu gak dia duk main2 ngan cousin dia yg x berapa sihat.Wlupun gigi baru tumbuh 1/2 batang,he still fine..x de merengek2 sangat.
Sebenarnyer masuk umur 5 bulan lebih haziq mmg hanya akan tidur sekiranyer jam menunjukkan tepat 1.30 am atau kadang2 jam tepat 2.00 am.Dan begitulah haziq until now.Myself and En Hendra memula mmg 'biol' with the situation..asal bgn pagi mmg skit kepala lah.Tidor tak cukup..but..da lama2...da LALI..
Emak pun ada kata,klu budak tu nak tido waktu tu,nak wat camna,biarkan jea,nanti lelama dia akan ubah time tidor yg lebih awal..insyallah..amin.
Friday, January 25, 2008
berlaku nyer pada 20 january - 27 january
terpaksa anta kain baju
kat umah pi kedai utk dry cleaning abih RM 8.00...guna 2 tempat dry cleaning,lepas cuci kat washing mechine kat umah berkali2.Aduh.....
Dengan juga kerja kat office yg da melambak2..aduh aduh..ni sebelum sambung
kerja sempat gak update myredloves ni.So sinopsis nyer ---->
- Adik bungsu accident kereta pada pagi hari ahad - 20 jan.So kenalah balik kg tghr ahad utk amek adik utk bawa balik kl.Ialah kereta da kemek @ teruk habis.Dan malam tu gak lepas isyak,kami balik kl semula.
- Hari isnin, pi kerja cam biasa.Masih penat sebab psal kes ari ahad.Ngajar 3 jam.Sampai umah ptg tu da dekat jam 7 pm.Alhamdulilah En Hendra da masak nasi goreng dan terus makan malam.Pas wat semua kat umah dan baru nak duduk2 tgk tv,dpt call dr kaklang..nenek sakit dan nampak mcm tenat da.So terus lah prepare barang..balik s'pore malam tu jugak with emak + kaklang + eazad + family aku. Drive kereta all the way... pandan indah -> puchong -> kuala pilah -> gelang patah = tidor...The next pagi terus drive - > chua chu kang -> clementi (nenek warded kat spital kat situ).
- Sampai kg jam 1 am - khamis.Terus tido.Ari khamis still x keja.Penat sgt dgn badan sakit2 tul.
- Sampai pandan indah jam 2 pm - khamis. Dan hari ni jumaat, aku masuk kerja.
- Malam ni blk kg lagi.Esok nak wat sikit makan2 sebab birthday 3 orang anak buah aku.
- Dan hari ahad akan kembali ke kl semula
Tgh lunch time..dgn semua family yg hadir kat spital melawat nenek...da kul 3 pm masa tu rasanyer.Ya Allah panas tul kat s'pore masa nie.
Aku nak sambung wat kerja.Answer scheme utk assignment II structural analysis lom siap lagi,tapi student aku semua da submit kat meja aku.Selamat bekerja.
Choww..
p/s - masa aku balik tu,nenek still kat spital..nenek pesan "doakan nenek sihat yea"..
Friday, January 18, 2008
hari ini hari jumaat dengan kerja dan kasut heel ku
70 puluh orang = 2 helai kertas per person = 140 helai kertas perlu aku tanda betul2... ---- bukan tanda2 bodoh jea -Dan insyallah aku nak siapkan tanda semua tu ari nie.Pastu nak key in marks tu
dalam komputer.
kasut aku pakai pagi ni gi kerja.
aku tgk semua
duk pakai kasut tu jea pergi balik opis.Kira aku ni best lah
juga,ada tukar
kasut gak...Aku suka kasut jenama VISS dan NOSE.
Wokey...nak sambung wat kerja semula..
Thursday, January 17, 2008
kawan
kawan
Erm klu nama nyer kawan ni mmg ramai.X terkira kat tangan.Ialah kawan masa tunggu nak beratur nak pi simpan duit kat bank pun boleh di nama kan kawan.Wlu kejap tu je dia jadi kawan.Nape panggil kan nama dia kawan, sebab nanti klu nak cerita kat orang lain pasal aper yg di bualkan ngan kawan td dan orang lain tu tanya...mana kau dapat citer ni...dan kite akan jawab....Tadi ada bual ngan sorang kawan kat bank td...
kawan-kawan
Klu kawan-kawan ni kire lagi ramai dari kawan.Sebab nama nyer pun kawan-kawan.hehehe
kawan baik
Kawan ni leh di katakan aku ada sorang jea lah yg aku rasa leh di namakan kawan baik.Sebab selalu story benda2 yg x pernah story kat orang lain kat dia nie.Wlu aku ni bukan jenis bercerita rahsia diri kat org, tp dialah selalu nyer aku chatting dan jumpa klu ada kelapangan.Tapi selalunyer chatting lah..Sebab 2 dua sibuk.Nama dia panjang..tapi aku panggil dia Akma.
kawan 'fantasi' - virtual
Rasanyer mmg ramai.Ialah mana kawan kat YM,mana kawan kat VF,mana kat MYSPACE...mana kat My Blog ni....
kawan kat office
Kat opis sekarang ni ada dalam 20 orang kot.Tapi aku lebih rapat dgn kawan2 lain dept. sebab dulu2 masa dept. aku x ramai orang.Memang aku duk seopis dgn diorang.Fiza,Nani,Kak Ros,Azian,Siti Aini dan Kak Ina.
kawan masa study dulu
Kawan ni adalah jugak.Tapi amatlah kurang.Sebab bidang aku ni bidang orang lelaki.So pompuan mmg lah sikit sgt.Masa sekolah teknik dulu, cuma ada 2 orang pompuan jea dlm kelas.Aku dan Ruby.Pastu masa masuk UTM...pun x ramai pompuan.Tapi sampai la nie aku still contack ngan Sally, Nurul and Azizah.
Sebenar nye kecian kat aku nie.Kawan mmg tak ramai.Aku cemburu tgk org lain kekadang ada kawan baik since zaman sekolah rendah lagi.Kekadang ada kawan baik masa study kat boarding school.Ada juga yg ada kawan baik masa study kat University.Lagi tu ada kawan baik dari opis lama.ermmmmmm.......cian kat aku...So ada saper2 nak jadi kawan aku..???
Wednesday, January 16, 2008
Larangan Dalam Islam.
Larangan Dlm Islam...Utk Keselamatan Kita....
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh,
nantirezeki mahal (susah)(kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumahtanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalamperjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yangberlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelapdiselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datangbila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalahciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Sekilas Mutiara Buat Renungan Hati
RENUNGKAN IA SEJENAK.....
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil
Al-Ma'arij: 19-21
Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya
As-Saff: 3
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan
Al-Baqarah: 263
Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah
Hadis riwayat Muslim
Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian
Hadis riwayat Muslim
Siapa yang akan diberikan kebaikan(nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan( lebih dahulu) Hadis riwayat Bukhari
Telapak kaki seseorang yang kena debu sewaktu berjuang pada jalan Allah itu tidak akan tersentuh oleh api neraka
Hadis riwayat Bukhari
Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati
Hadis riwayat Abu Dunya
Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat
Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmidzi
Celakalah orang yang ingin ditertawakan orang lalu berbicara bohong, celakalah orang itu, celakalah dia
Hadis riwayat At-Tarmidzi
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya
Khalifah Umar al-Khattab
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
Khalifah Umar al-Khattab
Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah
Abu Bakar As-Siddiq
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya( yang berilmu juga)
Khalifah Ali bin Abi Talib
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya
Khalifah Ali bin Abi Talib
Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka
ahli hikmah
Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas
ahli hikmah
Musibah manusia di dunia:
7 Sakit pada waktu mengembara
7 Miskin di hari tua
7 Maut pada waktu masih muda
7 Buta setelah melihat
7 Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung
ahli hikmah
Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi
Yazid bin Abi Habib
Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya
Sahl bin Abdullah At-Tusturi
Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya
Ahmad Athaillah
Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus membaca istighfar
Abul -Abbas Al Masri
Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian, mereka merasa senang dengan ringannya beban
Al-Hassan Al-Bashri
Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut
Ibrahim bin Adham
Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman
Abul Qasim Al-Junaid
Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh daripada beribadah
ahli hikmah
Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya
ahli hikmah
Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik
ahli hikmah
Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala petala langit
Nabi Isa A.S
tanda-tanda dunia di hujung nyawa.
http://mblog.com.my/pEtAi_d-pUtEt/ps/JOURNAL/VIEWWEBSITE?foneblog=1183857675524
dan copy this great informations just to share with other.Renung-renungkan lah bersama....tq to mr petai <---dunno his real name. 1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ' - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah
~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ TV, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
Monday, January 14, 2008
my only grandmother - nenek
Semalam dpt email dr Diana, my cousin kat s'pore.Kirenyer replying email lah.Lepas baca email tu,terus call emak kat n9.Ialah nak bg tau keadaan nenek yg da kurang sihat tu.Klu x silap lah umur nenek in between 85 - 90 years old.X pasti lah baper sebenarnyer.Ari tu masa balik s'pore pun nenek mmg da x larat nak dukung cicit dia.My Haziq...in the picture tu.Nenek cuma leh main2 ngan Haziq gitu2 je.
Alhamdulilah, nenek mmg x de penyakit.Sampai personal Doc nenek pernah wat MRI scanning utk confirmkan kesihatan nenek.Doc tu terkejut gak tgk nenek x de sakit MAJOR aper2.Sekarang ni nenek cuma da tua, tua sgt.Badan nenek da lemah.Makan pun x de selera.Tapi kurnian ALLAH, pendengaran, ingatan dan penglihatan nenek masik tajam lagi...alhamdulilah.Kata makcik, kekadang nenek tertidor masa tgk tv.Lagipun nenek da x boleh jalan2 jauh.Maknanyer nenek da x akan dtg umah kami kat n9 lagi.Kami yg sepatutnyer selalu balik sana.Cian nenek...miss her so much.Ingat lagi nenek cakap klu tgh salam2 nak balik M'sia "Bila nak dtg sini lagi?..aduh payah tul nak jawab soalan tu."Klu ada rezeki..insyallah nek".
Back to calling emak td, - emak ckp "klu emak larat nak gak emak balik s'pore naik bas tgk nenek selagi nenek ada, tp tu lah, emak pun x leh da nak jalan2 jauh sorang".Nak harap kan kitaorang balik s'pore.Aduh hai...semua org kerja...abah pun kerja...abah lagi bz dr kami adik beradik yg keja makan gaji nie.Cian kat emak.Mesti emak rindu kat emak dia -nenek-.
Insyallah klu di murah kan rezeki ALLAH..kami pasti balik sana lagi utk jumpa nenek.Lagipun nenek sorang tu je yg kami ada.Uwan dan atul belah abah da lama meninggal,datuk kat s'pore pun da lama x de.
Kami kat n9 mmg selalu merindui semua di s'pore.Cuma internet dan telefon buat pengganti diri klu wendu amat.
From: "diana manap" <eroqperra@hotmail.com>
To: "reenynor" <reenynor3423@yahoo.com>, eroqperra@hotmail.com
Subject: RE: kaktehDate: Sun, 13 Jan 2008 00:09:15 +0000
Assalamualaikum Kak Teh,
Diharapkan KakTeh & semua sihat di sana. Diana sihat alhamdulillah . Cuma sekarang ni dah rasa penat-penat. Maklumlah dah nak dekat ... due date kata doktor 11hb Februari.Hari Isnin ni , Diana dah genap 9 bulan. Diana dapat rasa baby dah makin turun dan makin berat. Cuma Diana rasa baby ni akan lambat keluar . Kata orang ini nasib masing-masing, kalau anak pertama ada yang keluar cepat macam kakteh, ada yang keluar lambat juga. Diana rasa takut pun ada lah. maklumlah takde pengalaman.Diana hanya harap baby keluar dengan selamat dan sihat.. Itulah harapan diana bila dah jaga baby 9 bulan lamanya dalam perut.
Diana masih kerja lagi. Tapi mungkin akan ambil cuti pada bulan Februari untuk buat persiapan mental. Di sini kalau cuti bersalin, boleh ambil sampai 3 bulan lamanya. hah sekarang ni tengah sibuk buat kerja dan 'clear' mana-mana kerja yang diperlukan supaya senang bila dah ambil cuti. Tiap -tiap hari Diana tidur kul 12 malam dan bangun 5 pagi. Penat !!!!
Dilla dan Iskandar sihat alhamdulillah. Diana tengok dorang ok tinggal dengan parents.kalau lelaki tinggal rumah mak perempuan senang sikit. Kalau perempuan tinggal dengan mak mertua itu susah sikit.... u know wat i mean right.
Nenek pun sihat alhamdulillah ...cuma nenek dah lemah kadang-kadang. Hari tu, ada nenek pengsan kat rumah... nasib baik ada Hamim. jadi semua orang terkelam kabut pergi rumah nenek. baru-baru ni nenek demam pulak.... melengkung aje dalam rumah tapi agaknya dah baiklah tu. Bila diana fikir-fikir nenek memang dah makin tua.
Pak Long pun berapa kali dimasukkan ke hospital . Tapi diana tak pergi melawat pasal terkenangkan keadaan diana ni . Yalah orang kata orang pregnant jangan dekat dengan orang sakit.... maklumlah immunity level low .
Kak Teh jaga diri lah baik-baik terutama si comel haziq tu... kirim salam kat abang ray daripada diana dan Fendi. Doakan lah diana akan ok .. diana akan update news asap kalau dah tiba waktunya.
salam sayang mardiana dan effandi
Thursday, January 10, 2008
MAAL HIJRAH
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). SebelumRasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepadaIslam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islamitu sendiri.Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang',iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (AlBaqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugasdan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
tq to kak ina ----- aku copy nun ^ atas dr email from her
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
So 10 muharram jatuh pada 19 january 2008 - saturday,insyallah klu di izinkan ALLAH aku with En Hendra akan berpuasa pada hari tu..insyallah
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429 - semoga hijrah kita semua membawa kearah kebaikan dan diberkati ALLAH,amin
Monday, January 7, 2008
7 months old
Alhamdulilah hari ini my Haziq da turn to 7 months old.Wah wah mmg da besar kan..Susu pun mmg da tukar ke STEP 2 - PROMIL GOLD.There is a lot of new milestone about Haziq growth...
Foods
Start hari sabtu baru ni haziq da makan nazi yg di blender.Bukan sebelum ni haziq x pernah makan nasi,mmg ini yg pertama kali kasi yg blender.Nasi + sehelai sayur + 1/3 carrot = blender..Alhamdulilah haziq makan.Makanan tu x de lah lembut sgt.Biasa2 je,sebab haziq x suka makan benda lembut lembik.Hari ahad mak bapak haziq da penat sikit..sebab hari sabtu tu kemas rumah.Penat nyer..Ahad tu haziq makan nasi + telor dadar.Dan juga ktorng bg gak haziq makan sikit pengat labu + keledek.Sebab cian kat haziq duk tgk jea masa ktorng makan pengat tu.Tapi emak da pesan x yah bg labu or keledek lagi kat haziq sebab benda2 tu berangin.So mmg hari2 tu da bg haziq makan nasi + ubi kentang rebus.Hari ni insyallah nak wat kan haziq lauk telor rebus + nasi.
Milestone
- mmg da pandai meniarap..belum umr 2 bulan da pandai meniarap SENDIRI tanpa di ajar.
- rasanyer lom masuk 6 bulan lagi hazig da pandai bergolek2..laju pulak tu...angkat punggung <-----kiranyer nak belajar crawling.
- masuk je middle of 6 months haziq da pandai merangkak..pelah2..la nie mmg da boleh di katakan laju lah..klu teralpa kejap..manjang leh jatuh jatuh katil si kecik ni..
- berdiri..erm,kirenyer mmg da boleh berdiri sendiri with support of kerusi, meja and seangkatang dgn nyer.di tgk2 haziq ni mmg suka berdiri..nampak sgt dia x suka merangkak2 ni.klu boleh dia nak berjalan terus.
- since ujung 5 months rasanyer haziq da pandai pegang sendiri botol susu nyer.
- msk 6 months mmg da dudukkan haziq..tp still lom leh duduk sendiri..tp la nie..mmg haziq da boleh duduk sendiri..
- dan haziq masih belum tumbuh gigi..wlu sebatang pun
Haziq favorites
- mesti tidor klu bw pi jln2 and naik kereta.
- da pandai ckp baba, mama.tp still pelat budak2 lah.
- plg suka sebut word ENG GE,x tahu lah mana dia dpt word tu.
- da pandai sepah2 kan baju yg emak dia tgh lipat...memandangkan pintu almari kat bilik sliding..so haziq ni mmg da pandai tarik pintu tu..pastu pi tarik semua baju berlipat dlm almari tu sepah2 kan.
- pandai posing depan camera.
- susu mmg da kurang minum..payah tul nak habiskan susu klu wat dr 3 scoop...tp mmg kuat minum air masak.
- suka dgr lagu KUCING...aku pun tahu mana En Hendra donlod lagu nie.yg nyanyi lagu ni budaK kecil lagi..so cute..
- kena dukung selalu.
- duduk dgn mama atau papa dia dpn komputer....haziq leh duduk senyap je tgk komputer.
Hope my HAZIQ dikurniakan sihat dgn pertambahan umur nyer..amin
Friday, January 4, 2008
makanan o makanan - Haziq
kami mas baru sebulan bernikah - year 2006
Inai masa ada kat jari nun.
Singgah kat sate kajang.
Pagi lagi masa nie.
X silap masa tu hari sabtu.Beli sate utk abah...sate is one of abah's fav.
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan
the story of my singaporean cousins
Camna aku leh membesar ngan diorang..padahal aku ni duk nun jauh di n9,sedangkan mereka semua ada kat s'pore.Back to time dulu2...citer pendek je lah.My mom mmg s'porean citizen...wlu pun bertemu jodoh ngan abah...emak still x nak dan x mahu tukar jadi citizen malaysia..So KELAHIRAN kami adik beradik -kaklang + aku + eboy + adik-kat bumi malaysia dengan emak yg masih memegang status warganegara asing! - IC warna merah. Along n angah mmg lahir kat s'pore pun.Since kami baby lagi da ada pasport sendiri utk balik s'pore,sebab emak n kami adik beradik mesti balik selalu ke s'pore.Emak mmg x leh duk lama2 kat m'sia.Sebelum sekolah mmg asik ada kat s'pore jea.Tu yg aku cakap aku nie membesar ngan sepupu2 aku kat s'pore.
Itulah ceritanyer.Lepas tu allah bg lagi aku lebih dekat dgn diaorang.Aku dpt sambung study kat JB masa lepas habis SPMT - T tu kerana aku dulu sekolah teknik.So s'pore tu da jadi umah aku.Asal x de kelas aku mesti da ada kat umah nenek atau mana2 umah auntie aku..miss u all..
Thursday, January 3, 2008
new year
Esok tu 1 january, pagi gak aku bangun.Masak nasi, tunggu nasi sejuk.Masak nasi goreng.Pastu makan lah kami bertiga.Alhamdulilah.Memang da plan nak masak rendang daging utk lunch.He hehehe..sebenar nyer inilah pertama kali nyer nak cuba masak rendang.Lagipun nampak sangat lately ni,emak da macam x larat nak buat macam2 makanan klu hari raya.Rendang masa raya haji ari tu pun da x kick rasanyer.Aku kecian kat emak..penat masak2 itu ini klu raya.Lagipun kat umah klu raya mmg ramai lelaki...abah+along+angah+dak abang+izral+En Hendra+adik+eboy...dan mereka semua suka makan daging.Dan juga klu balik kg emak kt spore tu..mesti kena masak rendang gak.Masalahnyer tukang masak ada 3 orang jea.Itu pun klu kaklang x raya umah mentua dia.Pastu tinggal aku ngan emak.Pastu emak juga yg last2 kena masak semacam macamnyer..cian emak....
So lepas call emak utk confirmkan ingredients rendang daging kerisik tu.Myself, haziq and En Hendra pi TESCO utk beli barang2.Tepat 5.30 ptg kami kat umah tu makan lewat lunch nasi berlaukkan rendang daging + sayur + ikan siakap goreng bersambal