Followers

Tuesday, February 12, 2008

utusan hari ini - Tidak Semua Buasir Sama...mari membaca utk menambah ilmu.

HEMOROID atau lebih sinonim sebagai buasir di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).
Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.

Punca-punca
Buasir boleh berlaku apabila terdapat sebarang tekanan yang berterusan di dalam pembuluh darah di bahagian bawah rektum.

Punca-punca tekanan berlaku adalah:
* Pesakit mengalami sembelit dan regangan yang berlaku sewaktu sembelit. Gejala ini boleh berlaku akibat tumor di bahagian rektum. Oleh itu, buasir dalam keadaan ini hanyalah masalah luaran sahaja sedangkan masalah asal ialah tumor di dalam rektum.
* Pesakit mengalami cirit-birit dan pengeluaran najis cair secara berterusan. Bagi mereka yang berpotensi untuk terjadi buasir, kerapkali merasakan gejala buasir ini sewaktu mengalami keracunan makanan yang menyebabkan cirit-birit selama beberapa hari.
* Pesakit berada dalam keadaan duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama. Contohnya, para penunggang motosikal jarak jauh, pemandu teksi, lori dan bas, pekerja pejabat dan juga, mereka yang harus berdiri lama di dalam pekerjaan seharian seperti guru dan sebagainya.
* Pesakit yang mengalami obesiti.
* Pesakit terpaksa mengangkat objek yang berat.
* Pesakit yang mengandung dan melahirkan anak.

Pencegahan
Untuk mencegah buasir atau flare-ups anda dinasihatkan supaya:
* Makan makanan berserat tinggi. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin di dalam diet pemakanan anda. Dengan berbuat demikian, ia akan melembutkan najis serta meningkatkan saiznya di mana ia akan mengurangkan kebarangkalian pesakit untuk meneran yang akan mengakibatkan buasir.
* Minum air yang banyak. Jumlah air yang anda patut minum setiap hari berbeza dan bergantung kepada faktor umur, jantina, kesihatan, tahap aktiviti dan faktor-faktor lain.
* Ambil makanan tambahan yang berserat. Produk yang boleh didapati di kaunter farmasi seperti Metamucil dan Citrucel akan membantu anda membuang najis yang lembut dan secara lebih kerap. Rujuk kepada doktor anda tentang penggunaan ubat yang boleh melembutkan najis.
*Jika anda mengambil makanan tambahan berserat, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Jika tidak, ia akan mengakibatkan sembelit atau menjadikan buasir lebih teruk. Tambahkan pengambilan serat tambahan ke dalam diet anda secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang masalah dengan gas (angin).
* Melakukan aktiviti fizikal. Aktifkan diri anda dengan mengurangkan tekanan pada vena (pembuluh darah), yang akan terjadi apabila anda berdiri atau duduk terlalu lama. Selain mengelakkan sembelit, dengan melakukan latihan, anda juga boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan.
* Elakkan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama. Jika anda terpaksa duduk untuk jangka masa yang lama, jangan gunakan kusyen donut sebagai alas kerusi anda. Ia hanya akan meningkatkan tekanan pada vena di dalam anus.
* Elakkan meneran. Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar akan mengakibatkan tekanan yang kuat dalam vena di bahagian bawah rektum.
* Jika terasa ingin membuang air besar, lakukan dengan segera. Jika ditahan, najis anda akan menjadi kering dan lebih sukar untuk dibuang.

Penjagaan
Anda boleh mengurangkan rasa sakit, bengkak atau inflamasi buasir dengan penjagaan diri yang berikut:
* Menggunakan rawatan topikal. Menyapu krim buasir atau supositori yang mengandungi hidrokortison atau menggunakan pad yang mengandungi agen kebas.
* Memastikan kawasan anus bersih. Mandi setiap hari untuk membersihkan kawasan kulit di sekitar anus perlahan-lahan dengan air suam. Anda tidak perlu menyabun kawasan ini kerana ia akan menjadikannya lebih teruk. Keringkan kawasan tersebut dengan pengering rambut secara perlahan-lahan selepas mandi untuk mengurangkan kelembapan yang hanya akan mengakibatkan iritasi.
* Berendam secara konsisten dalam air mandian suam. Lakukan ini beberapa kali sehari.
* Menolak semula buasir yang prolaps (terkeluar dari kedudukan asal). Jika buasir mengalami prolaps, perlahan-lahan tolak buasir semula ke dalam ruang anus.
* Gunakan mandian sitz dengan air suam. Mandian sitz boleh diletakkan di atas tandas dan boleh didapati di farmasi atau stor perubatan.
* Jangan gunakan tisu tandas yang kering. Gunakan tisu basah atau tisu yang dibasahkan selepas membuang air besar.
* Ambil ubat secara oral (makan). Paracetamol, aspirin atau ibuprofen akan mengurangkan rasa ketidakselesaan.

Perlu diingat bahawa penjagaan kebersihan diri ini akan mengurangkan simptom tetapi ia tidak akan menghilangkan buasir. Rujuk kepada doktor pakar jika rasa sakit yang dialami tidak berkurangan dalam beberapa hari atau dengan segera jika anda mengalami sakit atau pendarahan yang teruk.








1 comment:

Anonymous said...

Howdy just wanted to give you a quick heads up. The words in your
post seem to be running off the screen in Safari. I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with browser compatibility but I thought I'd post to let you know.

The design and style look great though! Hope you get the
problem resolved soon. Thanks

My web site; car insurance mutual

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails