Followers

Wednesday, September 29, 2010

8 months old


Alhamdulilah sicomel Haifa Cassandra selamat masuk umur 8 bulan semalam. Sepatutnya juga semalam Haifa ada jab 8 months. Waima aku sibukkkkkkkkkkkkk manjang dari last week until next week gitu. Maka tidak sempat pun bawa Haifa ke klinik.
Doa mama moga Haifa sihat hendaknya walaupun tertangguh jab kali ini..amin.

Progress Haifa...
Seminggu before 8 months, Haifa boleh duduk sendiri tanpa support. Tapi dia tahan guna tangannya sendiri.  Pandai gitu dia adjust camna nak duduk.
Kalau merangkak dengan angkat punggung sekali memang lajusz sekali. Cergas sungguh.
Memanjat dan berjalan sendiri dengan memegang apa sahaja. Pun laju juga.

Makanan pula. Memang boleh makan apa sahaja yang boleh di makan. Buat masa ini banyak bagi Haifa nestum yang mix dengan buah juga mix dengan ikan bilis.
Still kuat minum susu.
Sudah lama pandai minum air guna straw.
Dengar kata kalau dimarah.
Kalau suruh tidur...mahu juga dia tidur kalau dimarah.
Ialahkan..sudah lewat malam masih tidak mahu tidur. Itu yang kena marah itu ;))

Paling suka kalau diangkat oleh abang Haziq kesana sini. Gelak gitu.
Haziq pun alhamdulilah, rajin babysitter adik dia.
Kalau Haifa hendak jatuh, memang abang dialah tukang angkat.
Bila main atas katil sama juga, abang dia jaga tepi-tepi katil tu, takut Haifa jatuh.
Particular sungguh Haziq ini.
Syukur alhamdulilah.
Haifa pula suka kacau abang dia kalau tengah tidor. Dia kejutkan abang dia, ajak main sama.


Aku ini pula, amat amat kesibukan sekarang ini. Hari Sabtu lepas aku kerja. Tengok picture diatas. Siap kena pakai lab. coat sebab aku mengajar lab masa tu.
Walaupun aku tengah bulat bulat sekarang ini...harap maklumkan, aku tetap muat gitu pakai coat saiz S. Hehehehe..
Sudah-sudah macam student aku rupanya. Hatta memang aku ini kecik orangnya.huhuhu...

Sambung kerja semula.

Wednesday, September 22, 2010

Sudah pakai ke baju raya cantik lip lap pergi office?...

Semenjak lepas cuti hari lebaran baru ini, ramai di office aku tengok memakai baju baru gitu.
Baju raya ke tu??
Hehehehe..
So..korang semua sudah pakai ke tu baju raya untuk ke tempat kerja???
Biasalah kot, seorang ada baju raya lebih dari satu helai..kan.

Aku pula, ermm. Memang sejak azalinya melainkan zaman emak bapak belikan lah. Masa zaman itu memang baju berhelai-helai. Tapi raya kali ini, aku sempat ada sehelai sahaja. Itupun beli yang sudah siap sahaja.
Harap maklum semenjak berniaga kecil kecilan ini masa amat terhad untuk keluar membeli belah.

Waima lepas raya baru ini, dan lepas aku pakai sekejap di pagi raya yang mulia lalu. Entahlah aku tetiba terus rasa tidak mahu lagi baju raya aku itu.
Sebenarnya lagi aku juga memang kurang minat dengan kain jenis-jenis gitu. Tapi sebab masa sudah suntuk hari itu...aku beli sahajalah kan.

Akhirnya..sekarang ini...aku kuciwa dengan baju itu. Baju itu memang cantik, cuma aku sahaja yang tidak minat.
Mau juallah nampaknya.
Ada sesiapa mahu gitu.
Baju aku tu..memang pesen-pesen orang pakai sekarang tu.
Memang cantik.
;)

Tuesday, September 21, 2010

Selamat bekerja semua

Hari ini officially aku mula bekerja. Macam biasa bila tiada perancangan yang telus dan bangun lambat. Waima, aku tidak sempat langsung breakfast pagi tadinya. Terus ke makmal. Sudahlah hari ini menggoreng bitumen..aduhai panasnya. Aku pula layan baik sahaja pakai baju kurung hari ini. Ish ish ish mengajar laboratory patutnya pakai seluar juga lab. coat. Tapinya sudah nasib badan, lab. coat aku tu terdapat saiz besar. Maka malaslah hendak pakai..kan. Sudahlah aku ini bulat, pakai coat sampai ke peha pula.

Di sebabkan penat, aku beli mee hoon goreng sahaja untuk makan. Seperti biasa tetap makan sikit sahaja. Banyak sangat portion mee hoon goreng, kalau beli di kantin office aku ini.

Aduhai banyaknya menda nak kena tanda tandaan.
Soalan exam tidak siap lagi. Pertama kalinya aku lambat buat kerja ni. 
Gitulah kalau jadi cikgu..kan.
Chow dulu..hendak ke makmal lagi.

Kerja kerja kerja - ikut lagu tu...

Monday, September 20, 2010

ohhh...mengapa aku begitu bulat sekali...aduhai

Semua lampu dalam bilik hotel aku on kan. Ialah seorang seorang..kan. Takutlah gitu.

Memang aku sudah perasan perasan gitu. Aku kini begitu bulat sekali. Rimas juga dengan kenaikkan berat begitu...kan. Tapi hendak buat camna..selera sahaja..kan.
Walaupun aku punyalah sudah 7 bulan lebih tidak makan roti canai juga nasi lemak.
Waima badan aku tetap comel begitu.

Tidak kerja hari ini kerana sungguh macam hendak demam sebab kena kerja 3 hari berturut-turut until 10pm. Adusss.
Hattanya, kena kerjalah nampaknya hari Sabtu ini. Banyak sangat kerja tertangguh juga aku perlu buat kelas ganti juga.

Baju merah - yahoo malaysia dan beg prada merah ku....ceh ceh ceh

Saturday, September 18, 2010

The Residence® Hotel At Uniten, Bangi

The Residence® Hotel At Uniten, Bangi

Semalam hatta Jumaat aku mula bekerja setelah berhari-hari cuti. Syok kan..rilex sahaja. Tapi start semalam juga kami department of civil eng. wajib hadir di hotel diatas until 1pm Ahad - 19 Sept. Kerjanya ialah documentation EAC untuk Bachelor Civil Eng.
Maka memang indah bilik dimana kami ditempatkan. Bilik air pun cantik. Astro pun ada. Yang tidak syoknya, wi fi tiada di bilik hotel. Apa apa ntah kan. Asal-asal aku hendak overnight last minutes tukar angin. Jam 10.30pm aku drive balik umah di Pandan. Padahal sudah penuh satu beg kononnya hendak berkg di situ.
Esok pagi sabtu, dalam jam 7.15am aku sudah perlu keluar dari rumah. Jam 10.30pm malamnya balik lagi.

Erm..entahlah aku memang begitu tidak pernah mahu tidur di hotel kalau ada kerja luar. Mesti hendak balik juga.
Sebab itu kami-kami yang perempuan tidak dilahrkan untuk menjadi engineer. Walaupun belajar bidang itu. Tapi kami menjurus kepada bidang pendidikan.
Hatta hampir semua lecturer perempuan tidak overnight dihotel.
Mereka balik rumah.

Makanan buffet dinner malam tadi amat biasa-biasa sahaja. Tiada pujian khusus aku hendak bagi. Aku pun layan sahaja lauk sayur campur dan ikan masak taucu.
Ada juga manisan manisan biasa, ABC, bubur nasi gitu.
Okies..aku hendak sambung kerja aku sendiri yang belum siap.

Selamat menyambung cuti lagi pada semua.

Thursday, September 16, 2010

Pecal dan Pajeri terung

Pecal by me

Alhamdulilah...puas hati !!!!
Itu ayat untuk pecal pecalan yang aku makan semalam. Lunch kami dirumah semalam ialah pecal. Kuahnya ialah kuah beli sate hari Selasanya. Sambil menyelam minum air..kan.

Sebenarnya hubby yang sebut sebut hendak makan pecal. Aku ikut sahaja.
Walaupun sebenarnya aku tidak boleh makan sayur angin angin ni sangat.
Syukur alhamdulilah, perut aku okies sahaja hari ni. Risau juga kan.

Barang-barang itu kami beli lepas beli sate.
Ada kangkung, tempe, telur rebus, tahu, kacang panjang dan tauge. Semuanya fress gitu, beli di Carefour bukit jalil. Siap dengan ketupat itu, beli masa beli sate sekali.
Manakala rendang ayam dan daging sepinggan itu adalah last punya dari kg hari itu.
Hatta bekas letak pecalan aku itu tidak pernah di pakai. Itu adalah hadiah kawin aku dulu. Maka pertama kali digunakan gitu.
So macam nampak buat rumah terbuka sahajakan. Tapinya makan kami anak beranak sahaja.
Lovely.

Pecal siap dimakan

Rendang ayam dan daging

Sate

Nasi impit

Hari ini aku masak daging masak merah dan PAJERI TERUNG.
Peh sodap amek...

Tapi aku guna terung bulat sebabnya terung panjang sudah sold out di tesco masa itu. Ok lah juga, tetap sedap.
Hatta aku memang peminat pajeri nenas. Tapi aku cuma suka kuahnya sahaja. Sudah bertahun-tahun gitu aku memang suka kuah pajeri tapi nenasnya aku tidak makan.

Ceritanya masa raya kedua lepas. Aku turut membantu orang memasak di rumah mentua angah aku untuk rumah terbuka.
Kebetulan diaorang masak pajeri terung.
Then barulah aku tahu yang nenas dan terung menggunakan resepi yang sama sahaja.
Makanya dari situ baru aku tahu macam mana masak pajeri. Rupanya guna rempah kari udang.
Asalnya, manalah aku tahu hendak masak pajeri.
Itu yang tidak sabar-sabar masak pajeri juga aku hari ini.

Basicly aku cuma guna,
3 biji terung bulat
bawang putih n merah
ikan bilis
halia
kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
3 sudu serbuk kari undang
2 sudu cili boh
santan

Untung chef chef yang masak hari itu semuanya ringan mulut kalau tanya pasal resepi.
Sebab itu kalau pergi kenduri family, janganlah berat tulang...kan. Banyak rahsia masakan boleh belajar dari orang-orang lama ini.

Gambar ehsan internet sahaja

Aku copy ini dari azzuhry-efry.fotopages - thank you

KHASIAT BUAH TERUNG
1 Menjaga kesihatan jantung
2 Menurunkan paras kolestrol dan kaya dengan zat kalium dan boleh memulihkan paras natrium dan jika dikisar dan di minum airnya boleh melawaskan kencing
3 Mempunyai serat yang tinggi dan menghindarkan kesan kesan hormon yang mengakibatkan kesan barah boleh pulihe
4 Wanita mengandung pula amat bagus untuk janin kerana membekalkan folat sejenis vitamin
5 Amat bagus untuk memelihara kejernihan kulit muka dan bagi mereka yang mukanya berjeragat kisar buah terung ini disapu pada jeragat insyaallah boleh hilang
6 Bagi penganut hindu mereka memakan terung sebagai kesihatan tenaga batin

Wednesday, September 15, 2010

Makan di bulan ramadhan lepas..masih segar dalam ingatan

Di hari raya ke enam yang masih hangat ini dengan suasana hari lebaran. Aku hendak imbau kembali makanan di bulan puasa lepas. Makanan yang masih hangat dalam ingatan aku juga. Sedap sungguh bila makan bila waktu berbuka.
Iaitu sate di kuala pilah namanya sate tanjung. Sebab temapt tinggal pakcik tu ialah di tanjung ipoh. Memang sedapppppppp...pure rasa kgnye. Kuah pun lemak pedas.
Memang rasa sate sebenarnya.
Confirm rasa lain dari sate kajang...kan

Satu lagi ialah nasi arab. Beli kat opis aku sahaja. Memang ada kedai nasi arab kat cafe opis. Harga rm10 sahjaja. Nasi banyak gilos. Aku manjang tak habis sahaja kalau makan nasi itu. Hubby mesti hendak nasi arab kambing. Aku cuma makan yang ayam sahaja.
Selain nasi, ada sayur dan kuah cili nya. Part sup tu memang kena request. Memang sodap. Kuah tu pekat sungguh, leh makan sikit-sikit sahaja. Sebab kalau makan banyak, boleh bawa kepada pening lalatlah...hehehe.
Nasinya berderai dan tidak berminyak hatta ayam dan kambing memang lembut, berasa dan tidak berbau.

Hari ini aku tidak berpuasa 6, baru buat 2 hari sahaja. Hari ini mahu makan PECAL gitu. Jom pi dapur.

Sate tanjung

 Kuah sate....pedas sedap

Nasi arab kambing

Kuah sup..pekat wooo.

Ayam separuh, sayur dan cili

Tuesday, September 14, 2010

Sudah kembali dari kg.

Sandra with baju kurung di pagi hari raya pertama

Salam lebaran.
Aku sudah di KL ini. Hari Ahad memang dah balik pun. Cuti aku until 16 Sept.
Asalnya sebab tiada orang di kg menjelang malam raya kedua. Emak with kakak ke S'pore. Makcik aku berada di ICU.
Aku pula bukan tidak mahu ikut, hatta semua pasport tinggal di KL. So bagaimana hendak kesana..kan. Insyallah nanti tetap kesana.

Alhamdulilah hari ini sudah masuk hari kedua berpuasa bersama hubby. Sungguh lama bebenar sudah aku tidak buat puasa 6 ini. Syukur Allah bukakan hati untuk membuatnya pada Syawal kali ini. Semalam itu kami berbuka..sedap sungguh. Aku masak lemak cili padi udang + terung kg + pegaga...peh pedas.
Hubby masakkan sayur campur.
Lovely.
Sebab sudah lapar sangat semalam itu. Kami berbuka di tesco, layan roti sahaja. Sahaja pergi membeli barang dapur lepas habis memasak petang semalam itu.
Ingat sempat berbuka dirumah, tapi tidak sempat rupanya.
Itu yang suka hati sahajakan, makan dengan lauk dari dalam periuk. hehehehe.
Sempat juga beli lomang sebatang di Taman Maluri masa on the way nak pergi tesco.
Lepas juga makan lemang itu dengan rendang daging emak.
Bukan apa, masih tidak puas makan lemang di kg hari itu.

Sambil makan sambil ambil gambar

Lemang beli..okieslah

Tuesday, September 7, 2010

Salam Eid Fitri 1431

Ceritanya, pertama kalinya aku terpaksa membeli baju raya siap gitu. Sepasang sahaja gitu. Warna purple, beli di Ampang Point je.Asalnya selama-lama ini tidak pernah pun membeli begitu. Memang-memangnya aku tidak mempunyai masa untuk membeli kain pun. Maka semua dirumah membeli yang siap sahaja.
Sedih sahaja kan.

Setakat ini Haifa comel itu telah mempunyai 3 pasang baju kurung yang memang saiz dia. Sungguh comel gitu.
Haziq pula hanya dapat satu pasang baju melayu, sebabnya takat disitu sahaja sempat kami shopping. Minta color lain untuk saiz yang sama, sudah tiada pula.

Alhamdulilah dalam usia 7 bulan 10 hari Sandra aku ini sudah boleh merangkak. Smooth je aku tengok dia merangkak. Kalau berdiri dan berjalan selangkah dua di pinggir katil, sofa dan kerusi memang dekat umur 7 bulan hari tu Sandra da boleh pelan-pelan buat sendiri.
Biasa anak mama ini memang rajin practice.
Sekarang ini Haifa memang sudah makan nestum...yang instant tu. Dan memang selera kalau makan anak dara satu ni.

Baru perasaan, aku tidak ada buat entry untuk Sandra masa umur 7 bulan. Sebabnya tiada jab untuk 7 months...itulah jadi terlupa gitu.

my queen Haifa Cassandra - masa dikg hari tu - cuti nuzul alquran

Tapi tetap anak-anak berdua itu mempunyai baju bajuan yang lebih bilangannya dari kami berdua. Setakat ini, hubby yang belum dapat lagi baju raya. Aduhai..payah sungguh. Walaupun sudah ke Jalan TAR sekali gitu. Hatta bagaimana hendak memilih masa di Jalan TAR, orang terlalu kesardinan. Penuh sana sini. Masa aku pergi tu sudah jam 11 pm, malam selasa lepas. Memang semua ada di situ. Patut-patut orang giloz shopping raya disitu. Murah dan banyak pilihan.
Yang tidak seronoknya, parking dekat Jalan TAR tu suka-suka hati sahaja naikkan harga. Siap satu tu, RM8 per entry. Gila apa. Aku ambil parking dalam building sahaja. Yang harga telah naik dari seperti biasa-biasa juga. RM 5 lepas jam 9pm.
Kenapa tiada pihak berwajib yang pantau hal ini. Bagi aku melampau lampau diaorang tu. Mengaut keuntungan atas angin sungguh.

Insyallah esok kami akan balik kekg di Pilah.
Aku cuti dari esok until 16 Sept.

Cadangnya memang hendak balik Tawau raya kali ini. Disebabkan kelewatan membeli tiket..maka terpaksa cancel lah untuk beraya kesana.
Faham-fahamlah kan, kalau beli tiket lewat sangat..maka harga tiket surenya tinggi. Kami ini sudah berempat lagi gitu.
Insyallah we always looking forward untuk berjumpa family di Tawau.

Tapinya lagi tetap balik awal ke KL. Sebabnya kerja aku tertimbun riang menari nari untuk diselesaikan.

Aku sudahi entry hari ini dengan picture masjid besi putrajaya - ehsan internet picture ini.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Thursday, September 2, 2010

ring donut monster

Independent day hari Selasa lepas, kami duduk dirumah sahaja. Heaven sungguh dapat berehat sepenuh-penuhnya dirumah.
Petangnya syok je kan main panaskan lauk rendang ayam dan juga ayam masak merah sekali. Bekal emak dari aku balik kg lepas.
Then aku yang suggest pada hubby, jom kita ke Tesco. Lagipun barang basah hatta sayur pun sudah habis gitu dalam peti ais.
Tak bersayur kami hari itu.
Sampai di tesco, omygoss punyalah bersusun kereta. Penuh. Aku fikir fikir confirm banyak barang sudah habis.
Terus cakap pada hubby, kalau sayur tiada, kita cancel sahaja beli barang. Alhamdulilah sayur mayur penuh segar di basket. Ayam pun banyak cuma saiz kecil.
So kami borong sayur untuk 4 - 5 hari nyer stock.
Tengah membeli belah itu, aku teringinlah pula hendak makan burger. Maka membelilah barangan burger. Beli burger daging dan ayam juga roti sekali.
Lepas-lepas  itu hendak pula makan donut.
Pergilah section roti rotian. Tu dia aku beli 6 biji donut. Ada diskaun gitu. Sepatutnya RM6 untuk 6 biji. Diskaun jadi RM4.99 untuk 6 biji donut yang harga RM1.40 sebiji.
Memang 1st time makan donut tesco ni.
Dan aku rekomen donut ni. Sedap, lemak dan cukup rasa yang diletakkan. Coklat pun tebal gitu.

donut monster de kotak, purple gitu

de donut...sungguh sungguh yummmie

burger ayam by hubby

me si pipi cubby and haziq (with tangan sandra sekali..)

Wednesday, September 1, 2010

Stress gitu...

Eeeeee...aku stress and tension sungguh sebab aku tiada masa hendak update blog. Sedih pun ada juga. Memamg aku hendak abadikan kenangan apa yang aku telah lalui dan buat dalam blog cinta merah ini. Tapi itulah...masa amat mencemburi aku..hehehehe
Lagi pun kerja tengah bertimbunan di office yang perlu disiapkan secepat yang mungkin.

Chow dulu..hendak pergi mengajar ni until 5 pm...
Lawak je kan cartoon di bawah ni.
Aku tidaklah gitu, penampilan masih cool lagi. Masih ada rupa seorang pengajar....
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails