Followers

Thursday, February 10, 2011

aku hendak cerita apa lagi.

Hari-hari cerita pasal pregnancy. Macam sudah tiada cerita lain...kan. Habis itu aku hendak cerita apa lagi kan. Itulah kehidupan aku sekarang ini.

Tidak akanlah aku hendak cerita pasal perpindahan Safee Sali yang katanya dapat gaji RM30 riban sebulan...hikhik.

Sebenarnya dalam office aku ini, ada juga ibu lain yang sesama pregnant. Kebetulan gitu kan. Umur sama dengan aku, anak pun anak ke 3. Tapinya anak no1,2 dia sudah sekolah aku rasa. Orang kawin sudah lama. Laginya kandungan dia lebih awal 2 ke 3 minggu dari aku. Maknanya dia akan bersalin dululah nanti gitu. Lainnya aku dan dia ialah, dia tidaklah 'selepet' macam aku ini. Semalam dia cerita, dia breakfast nasi lemak, then lunch join makan ramai-ramai lepas habis di mesyuarat. Seronok je kan.
Aku pula semalam, memang out sungguh. Dari pagi terkial-kial habiskan nasi goreng hingga lunch time. Lepas itu masa lunch memang sudah tiada selera hendak makan. Malam pula konon makan roti cheese nan. Pun tidak habis. In the end aku muntxx teruk juga lepas makan itu.
Makanya aku tidur malam tadi dengan perut yang memang 'sakit' gitu. Selera pula sudah out habis.
Whuaaaaaaaa whuaaaaaaaaaa...

Baiknya Haziq malam-malam mesti tolong urut kaki mama dia. Kuat juga tangan kecik Haziq urut kaki aku. Bila Haziq tengok aku muntah, mesti lepas itu dia suruh aku tidak payah pergi kerja esoknya. Alasanya aku tidak sihat.
Aduhai prihatin dan baik sungguh anak bujang aku ini. Potensi besar untuk jadi abang yang bertanggungjawab.

6 comments:

Dinaz said...

salam singgah sini dari Dinaz...baru baca2 nt singgah lagi.

mamaarifakeemaisy said...

seronoknye peknen lagi..hehe..take care! kt opis eina ni pun, ramai yg peknen, msg2 tunggu giliran..hehe..eina?..belum ada rezki lg la..

awk umah kt ner eh?..dkt kinrara ke? ^_^

Ina Hashim said...

lin

lain orang lain peelnya bila mengandung...lin nih sebab ada gastrik teruk pun iye gak..2 in 1 gitu..so perut mmg xleh biar kosong langsung..kalo xleh masuk nasi,gantikan dgn mknn lain cam roti ke,mihun ke,biskut ke..minum milo panas or susu panas kerap2

maidatul said...

akak betul kata kak ina tu...so akak kena rasa sendiri apa yang selesa dengan akak.

take a good care (^_-)

Ms Haslina said...

dinaz - tqvm singgah sini..nanti saya singgah sana juga....
;))

lieyna - seronok mmg seronok, sb bkn semua org ALLAH bg gitu...kan...

ooo..ye kea..mesti meriah opis kan..
saya doakan supaya lieyna dipermudahkan juga...amin amin amin..

saya duk di PUJ2/40, dekat dgn kedai warong pak ali tu..

kak ina - a'ah gitulah kak...tq dgn suggestion tu kak..
tgh minum MILO O panas...
;))

Ms Haslina said...

akma - tq tq semua..
i will do it...
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails