Followers

Thursday, May 26, 2011

Macam mana mereka bertahan?

Apa rahsia anda boleh berkerja lama di satu tempat?.  Cer citer.

Wednesday, May 25, 2011

Dari facebook - ikea meatball story


Tuesday, May 24, 2011

Papadom Saadom

Aku jatuh cinta bila tengok scene mula-mula cerita. Saat En. Saadom dan isteri sama-sama membina empayar perniagaan mereka. Terliur gak tengok papadom besar gitu. Macam time time itu juga hendak pi makan nasi kandar dengan papadom.
;))


Then bila sudah semua sudah stabil, family sudah kaya. Saadom terpaksa korbankan masa happy hour bersama family.
Dia lebihkan semuanya untuk memperkukuhkan apa yang dia telah ada.
Namun isteri akhirnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa hanya dia sahaja perlu buat itu dan ini untuk anak tunggalnya Miasara.
I dont like her, gedik sungguh.

Ok fine. Aku suka part itu semua.
Hatta bila isteri Saadom passed away kerana accident. That it, cerita menjadi bosan dan semakin boooooooooosan.
Ntahlah.

Friday, May 20, 2011

Baju pregnant - perlu ke beli?

Alhamdulilah kandungan aku sudah masuk 7 bulan 1 minggu. Sungguh tidak percaya rasanya, cepat sekali masa berlalu.

Terima kasih pada Puan JJ yang baru balik dari umrah sebab bagi aku sebotol comel air zam zam dan roller pewangi kasturi.

Story nya aku masih berbaju kurung untuk pergi bekerja. Dan aku memang begitu kalau mengandung. Cukup malas dan tidak berminat hendak memakai bloues untuk orang mengandung. Entahlah, aku macam rimas.
Kalau hubby tidak payah ceritalah, bising mulutnya kalau setiap kali hendak keluar berjalan. Melihat aku yang sungguh sempoi berpakaian.
;((

Lawaknya orang kekadang keliru melihat aku memakai baju kurung, tengok part perut pula. Perut buncit atau mengandung perempuan ini?. Kalau pregnant, kenapa masih muat memakai baju kurung?.
;))

Akhir cerita, masuk kali ke3 mengandung, aku masih tidak mempunya dress atau baju pregnant. Yang ada cuma bloues sahaja. Itu pun aku kureng berminat untuk memakainya.
Namun macam keinginan itu tetap ada untuk bercantik dan bercomel.
Tengoklah macamana nanti.

Tapinya, ada tak perempuan pregnant buat perangai macam aku ini agaknya?.
Pemalas dan tidak berminat dengan baju pregnant.
Iss Isss.

Thursday, May 19, 2011

Lunch roti jala je.


Hari ini aku lunch roti jala. Malas hendak fikir hendak makan lunch apa. So belilah set roti jala with kari kentang. Podas kuahnya. Kerana leka minum air cincau sejuk makanya aku makan dua keping dulu roti jala. Selebihnya aku makan nanti. Memang pesen aku kalau makan mesti sikit-sikit.

Wednesday, May 11, 2011

update comelku

Dalam kemasyukkan dan keboyotan membawa perut, aku terlupa gitu hendak update perkembangan dua buah hati aku Haziq dan Haifa.

Haifa Cassandra 1 tahun 3 bulan.
Gigi
Gigi anak dara aku ini sudah masuk 6 batang. 4 batang di atas dan masih maintain 2 batang di bawah. Punya-punyalah aku dan hubby lupa hendak check gigi Haifa. Kasihan dia, satu hari tu punyalah kejap-kejap tunjukkan arah mulutnya. Confuse kejap kitaorang, kenapa juga Haifa ni. Rupanya dia hendak beritahu gigi baru sudah tumbuh lagi.
Ialah sicomel aku ini memang belum pandai bercakap. So kalau hendak beritahu atau hendak apa-apa, mestilah dia main tunjuk jea.
Sorry sayang.

Sebutan
Alhamdulilah, Haifa memang boleh sebut mama dan baba.
Pandai tunjuk abang Haziq kalau aku tanya
"abang Haziq mana?".

Cuma yang lain-lain itu belum boleh lagilah. Pelan-pelan kami ajar dia sebut FISH dan juga CAT. Di sebutnya sekali sahaja, lepas itu dia buat tidak tahu jea.
Anak-anak....
Dia juga tahu tunjuk diri dia sendiri bila kami tanya dia mana Haifa Cassandra?.
Comel je gitu. Tunjuk-tunjuk dengan jari kecik mulus tu.
;))

Perkembangan lain
Paling kuat minum susu. Hinggakan kadang-kadang kalau susu dia sudah habis di minum dulu, mahu juga di ambil susu abang Haziqnya pula.
Sanggup itu, duduk depan abangnya, dengan harapan abangnya bagi dia susu itu.

Pandai naik turun tangga sendiri.
Kalau tangga di rumah itu memang macam tempat main dia sahaja.
Nampaknya memang terang-terang Haifa lebih cekap dari abangnya masa sebaya dia. Ialahkan Haifa ada abang Haziq sebagai cikgu.
Padahal dulu Haziq sendiri-sendiri sahaja.

Lately ini Haifa memang kerap bangun menangis waktu malam. Mostly memang hubby yang pujuk dia tidur semula. Kalau dengan aku dia baring sekejap then dia cari hubby semula.
Kadang-kadang Haifa menangis sebab hendak susu. Kadangnya macam mengingau kot gitu.

Rambut sudah panjang bergulung-gulung sana sini. Hubby yang rajin ikatkan rambut Haifa. Bukan apa kalau aku yang ikat, comfirm lepas tu dia terus tarik ikat rambut tu.

Kalau dengan hubby dua-dua orang takut.

Muhammad Haziq 3 tahun 10 bulan
Kalau bercakap memang cukupppppppp pandai. Jenuh sungguh kami melayannya.

Lawaknya since Haifa macam pandai nyanyi sendiri ikut dari iklan di TV. Haziq pun konon-konon macam nyanyi juga. Tapi bunyinya keras habis.

Rambut masih seperti biasa panjang dan panjang lagi.

Amat-amat kurang selera makan. Payah hendak pujuk kalau time makan. Sampai semua orang bising kenapa Haziq nampak kurus sangat.

Sekarang ini kerjanya ialah main games di komputer. Juga menonton cartoon bagai di you tube. Dia boleh duduk berjam mengadap komputer.
Ish risau aku.
Tapi tetap kami pantau dia, jangan terlalu dengan komputer.

Sudah pandai mandi sendiri. Hatta pintu bilik air dibukalah. Kena ajarlah hendak sabun disana sini.
Part gosok gigi masih hubby yang gosokkan.
;))

Seriusly kulit Haziq memang cantik.
Turun habis kulit hubby pada Haziq.











Tuesday, May 10, 2011

Panas weh


Semua orang rasanya amat maklum dengan cuaca yang ya ampun panas sungguh sekarang ini kan. Rasanya start panas melampau ini bermula pada minggu lepas gitu.
Aku sendiri yang sedang pregnant ini lagilah terasa 2 kali lebih panas dari orang biasa. Fuh.
Memang sungguh tidak tahan kalau malam-malam, mencari-cari baju yang sesuai di pakai. Ialah panas dan rimas sungguh.
Syukurnya alhamdulilah di rumah aku sudah pasang aircond since pregnantkan Haifa dulu. Tidak dinafikan, aku ini tidaklah rasa panas sangat kalau pregnant. Masa dulu-dulu itu, aku rilex sahaja dengan kipas. Tapinya kali ini, aduhai tidak tahan lagi.
Bayangkan, hubby suruh kami jangan lepak di tingkat atas rumah masa cuti baru-baru ini. Sebab bahangnya sungguh kuat. Berpeluh-peluh dibuatnya. So seharianlah beraktiviti di bawah sahaja.

Menurut info yang aku baca, katanya cuaca panas terik ini akan  dijangka berakhir minggu depan. Harap-harapnyalah.
Laginya, memang biasa katanya pada bulan Mei musim panas ini melanda. Historynya pada tahun 1998 di katakan suhu lebih tinggi dari yang terjadi pada tahun ini.

Pada tahun 1998 di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C).
Fuh sungguh tidak dapat aku feel apa perasaannya pada masa itu kan.

Rezekinya pada cuaca begini ialah penjual aircond, aku confirm jualan mesti naik mendadak.
Malam-malam aku perasaan rumah di keliling tempat aku duduk awal-awal sudah on kan aircond. Padahal rasanya sebelum ini rasanya dekat jam 10 pm baru pasang gitu.

Thursday, May 5, 2011

Sekarang ini tengah musim APA?

BELI RUMAH

BELI KERETA BARU

dan juga musim



pregnant



tahniah pada semua yang telah memiliki RUMAH BARU, KERETA BARU dan yang sedang pregnant.
;))

Wednesday, May 4, 2011

Chest of 3 drawers


ANEBODA
Chest of 3 drawers
RM199

Cutian baru-baru ini kami pergi IKEA. Hubby yang memang sudah survey barang ini untuk letak baju Haziq, Haifa dan juga becoming baby.
Oklah, aku suka sebab drawer nya besar dan dalam gitu. Cukuplah untuk bajuan anak-anak aku itu yang bukannya banyak sangat.
Yang syoknya beli di IKEA ialah, barang compact muat dalam bonet kereta aku. Best kan. Sampai rumah hubby yang pasang sorang-sorang. Aku memang tidak bantu pun. Penattttt weh pusing dalam IKEA itu. Tapi pembantu 2 orang itu cukup membuatkan mulut aku dan hubby tidak boleh diam. 

Hubby bilang, next month beli lagi satu.
;)) 



Tuesday, May 3, 2011

Story bateri kereta.

Hari tu sudah lama aku pernah buat entry pasal NS60L - GP - ATLAS battery. Then baru-baru ini ada anony berkongsi cerita mengenai kisah bateri ini. Jom kita kongsi bersama.
Tq dear.

Anonymous said...
salam
tghari2 panas ni lepak kat rumah bc blog..cari2 pasal battery gp jumpa ruang ni. nak kongsi cerita dan pengalaman..

pagi tadi start enjin kereta tak boleh..cal GP suruh datang tukar battry. Ah Chong ckp "klu bateli losak tukar balu..tpi kalau bateli ok u kena caj rm40.."

waranty ada lagi lagi empat bulan..nak ke tidak..

tiga jam try tggu dan godek2..try start dan bawak mekanik datang check dgn alat..kata mekanik, 'bang ini semua ok, altenator ok..batry prob ni'

apa lagi zas terus cal GP suruh dtg angkat batry baru

jam 3 ptg td ah chong datang dgn gf.."abg, u punya bateri ok..alternator ok.., u kasi caj la tgk lima ringgit saja"

ok batry ok..semua ok..apa yg tak ok?

alih2 aku kena caj rm30! mau tak kena, ah chong datang bawak mesin dia..check batry ok..indicator dlm mesin dia kata ok..tak bole tukar baru..haaa.. tu dia da kena tipu dgn ah chong dah..dia punya syarat2 tersirat da nmpak..rupanya ahchong ni ada tiga empat syarat dlm mesin dia utk tukar batry rupanya..dan dgn cara ni dia buat duit tambah..bygkn satu hari lima kereta tak bole start dan kena bayar pulak..

jadi kesimpulannya..berhati2 lah dgn si guarantor batry GP ni..klu batry weak p je la cas..
May 2, 2011 3:55NS60L - GP - ATLAS battery PM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails