Jumaat lepas kami ke Hospital Putrajaya.
Agendanya ialah untuk booking hospital.
Pertama, hendak cari parking kereta memang bercintalah gitu.
Then terus masuk ke kaunter pertanyaan.
Kata nurse di situ perlu bawa buku pink dan juga surat rujukan Doc.
Erm, aku cuma ada bawa buku sahaja.
So cadangan nenanti datang lagi.
Booking bersalin hanya boleh di buat pada hari Isnin dan Jumaat sahaja.
Pagi until jam 12pm dan petang dari 2pm ke 4pm.
Pagi Isnin baru-baru ini, aku check up di Klinik swasta depan rumah.
Di samping minta sekali surat rujukan.
Alhamdulilah position baby dalam keadaan baik.
Kiranya semuanya alhamdulilah.
Cuma mummy sahaja, yang dari hari Sabtu hari itu asyik fenin-fenin dan badan pun rasa tidak sedap gitu.
Suprise berat aku naik 1.5kg dari yang last check up.
huhu.
Maknanya berat naik melebihi 0.5kg.
Keadaan kaki pun masih baik tiada bengkak.
Petangnya kami ke Hospital.
Ambil nombor giliran dan buat pendaftaran.
Seperti biasa, nurse akan beritahu ini cuma pendaftaran nama sahaja.
Bukannya booking katil.
Ok, aku faham.
Lepas settle itu, aku perlu mendaftar di kaunter O n G.
Alhamdulilah tidak perlu jumpa Doc.
Kalau tidak perlu bayar RM 30 sekiranya perlu berjumpa.
Doc puas hati setelah baca surut rujukan dari Doc klinik.
Paling aku rasa lega ialah bila nurse cakap, Doc cakap result MGTT aku ok.
Syukur sangat.
Ialah aku cukup bengang, sebab nurse di klinik kerajaan suruh aku buat check up MGTT kali 2.
Dan juga Doc klinik swasta pun ada tanya pasal hal itu.
Aku memang boleh tahan minum air gula dan cucuk untuk ambil darah.
Tapi aku cukup tidak tahan untuk berpuasa dari 10pm until 11am gitu.
Gastrik aku cukup tidak mengizinkan keadaan itu.
;((
Sedih tau.
Aku ini punyalah jaga makan minum.
Minum milo kosong sahaja.
Sampaikan kek lapis hari itu pun cukup sekadar rasa sahaja.
The rest hubby yang habiskan.
Lagi, birthday Haziq hari itu pun aku berkeras dengan hubby untuk tidak membeli kek.
Ialah, manis gitu kan.
Berbalik story di Hospital.
Nanti deposit perlu di bayar ialah RM800.
Labor room untuk bersalin biasa ialah RM300.
So mungkin total bill ialah dalam RM500 gitu kot.
Sama macam aku bersalin normal di HUKM masa Haziq.
Sama juga masa aku bersalin normal Haifa di Hospital Kuala Pilah.
Masa Haifa itu aku duduk bilik single aircond.
Bilik di Hospital Putrajaya ialah bilik single, bilik berdua dan bilik berempat.
Tapinya kalau Hospital penuh pada hari aku di jangka bersalin, kemungkinan aku akan di hantar ke Hospital Serdang atau Kajang.
Namun history aku bersalin Haziq dan Haifa, memang aku sudah sakit kuat contraction barulah aku ke hospital.
So insyallah aku mungkin terus bersalin bila sudah sampai di situ.
Semoga ALLAH permudahkan segalanya amin amin amin.
Ada satu lagi package bersalin di situ yang memang confirm dapat bilik kalau lepas booking.
Iaitu untuk deposit RM3000.
Memang dapat bilik single dan boleh bawa family sekali bermalam di bilik hospital.
Sebelum itu kena check up sekali dengan Doc Pakar.
Erm, kalau company tempat bekerja yang tanggung bill bolehlah layan duduk tempat riban-riban.
;))