Followers

Friday, July 19, 2013

Sabun Cendana, Haziq and Haifa.


Sabun Cendana price RM6.90 di Mydin.
Colgate dan Darlie price RM2.70 setiap satu di Mydin.

As salam kepada semua. Alhamdulilah sudah masuk hari ke 10 berpuasa.
Story mengenai Haziq semalam. Sadly kami terlepas bangun sahur paginya. Ya lepas itu saya terus risaukan risaukan Haziq sepanjang hari. Tidak habis mulut mama ini berdoa moga ALLAH tabahkan Haziq berpuasa penuh. Syukur walaupun terlepas bersahur, Haziq tetap dapat berpuasa hingga berbuka.
Saya tahu dugaan Haziq berat juga sebab ada Haifa dan Qeqeem yang asyik minum air sejuk, minum susu dan makan di depan Haziq. Namun ALLAH kuatkan iman Muhammad Haziq saya ini, alhamdulilah.
Walaupun hari Ahadnya pula, Haziq terlepas minum air sejuk lepas terjoin dengan adik-adiknya. Saya terkesima terus tengok Haziq. Dia menangis lepas HC tegur kesilapan itu.
Terus saya peluk erat Haziq. Lepas itu Haziq mengaku yang dia tidak sedar masa minum itu. Kecian Haziq, dia tidak sengaja. Haziq teruskan puasa seperti biasa.

Saya beli barang-barang ini semua di pictures ialah sebelum masuk Ramadhan lepas.
Masa itu singgah di Mydin Persiaran Diplomatik di Putrajaya. Punyalah ramai orang hari itu, maklumlah Ahad terakhir sebelum masuk Ramadhan pada hari Rabunya. Plan saya cuma hendak beli Colgate untuk Haziq dan Haifa. Diaorang memang ada colgate sendiri-sendiri. Maklumlah satu lelaki dan satu lagi untuk perempuan kalau ikut gambar pada kotak colgate. Langsung Haziq minta pula ubat gigi Darlie satu.
Kalau di ikutkan, Haifa memang paling paling rajin kalau di suruh gosok gigi. Memang prihatin sungguh anak dara saya yang seorang ini. Perempuan kan, mesti hendak yang cantik-cantik semuanya.

Masa di Mydin, saya tetiba rasa macam hendak beli sabun ataupun mana-mana produk tradisional. Entahlah lately ini macam teringin hendak mencuba produk untuk kegunaan scrub gitu. Sebab masa terhad masa itu. Saya cuma buat quick survey. Lihat mana yang murah semestinya.
Makanya saya mencuba produk Mustika Ratu. Kan ini ada jenama lama, insyallah produknya boleh di percayai.
Ada several types of this soap, tapi saya ambil yang murah sahaja instead dari yang lain dengan price RM11++ kalau tidak silap saya.
Setelah mencuba sabun Cendana ini, serius saya suka. Sabun ini ada juga macam surface yang kasarnya dari kulit kayu cendana rasanyalah dibahagian dalamnya selepas di gunakan. Baunya pun saya suka. Kalau masuk bilik air mesti bau sudah melekat. Hehehe, perasaan sangat kulit saya macam lebih moist lepas guna sabun ini. Yes saya akan terus beli yang 2nd nanti kalau sabun ini sudah habis.
Katakan tidak pada sabun cecair selepas ini.

RM 9.50 di MR DIY.

Ini adalah product untuk Haifa, maklumlah Haifa tengah proses untuk dryperless, insyallah. Kalau di JJ price product ini ialah RM10.50. Tapi tiada span, cuma plastic sahaja.

Dan pictures Haifa and Mama yang gemok.

Inilah satu-satunya skirt yang Haifa ada, present dari Auntie Dillah. Dan 1st time dan juga mungkin kali terakhir Haifa pakai skirt. Ialah, saya rasa Haifa tidak sesuai pakai skirt sebab dia ada 3 orang siblings lelaki. Cuma kadang-kadang, Haifa boleh pakai gaun untuk pergi mana-mana occasion.
Same like me, dulu pun jarang ada skirt and gaun bagai sebab ada 4 orang siblings lelaki.
For me is better Haifa banyak pakai seluar panjang.

Kayu Cendana.

2 comments:

Ina Hashim said...

Mana ada gemuk Lin....masih menten mcm dulu jugak

Ms Haslina said...

huhu, tima kasih sister.

p/s tapi tetap feel debab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails