Followers

Monday, November 4, 2013

Haifa 'masih bercuti' di kg dan Haziq 'bercuti' di rumah kaklang.

Assalamualaikum.

Bila saya fikir panjang sejenak, kadangkala kita ini sebagai parent cuba untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Kita sentiasa mencari masa terluang untuk menggembirakan mereka. Tapinya selalu kita terlupa, planning kita itu mungkin sedikit tidak menepati kehendak anak-anak tersayang.
As a parent semestinya kita mencuba untuk menerima kehendak sikecil. Or adakah sebaliknya kita ini failed sebenarnya dalam perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik pada anak-anak.. Ditambah dengan kekangan tanggungjawab lain kita sebagai pekerja yang mencari rezeki yang lebih untuk mereka.

As happened to me and HC yesterday. 

 Haifa masa kami hendak balik ke KL
Muka happy sahaja

Story satu.
Semasa kami sibuk mengemas barang-barang untuk balik ke KL, tetiba girlfriend's HC beritahu yang dia hendak tinggal di kg. Mama ini mestinya terkejut. HC pula buat muka biasa sahaja. Masa itu kami tengah lunch di kg. Kalau Haziq tinggal dengan emak dan abah, tidak mengapa. Sebab Haziq sudah 6 tahun. Dia sudah boleh buat keputusan dengan baik, in sha Allah.

Qeqeem pula, masih kecil. Baru 2 tahun, belum faham sangat.
Tapi Haifa pula, umur 3 tahun plus. Seorang yang boleh di katakan sangat manja dengan HC. Sungguh saya tidak percaya dengan keputusan yang di buat.
Banyak kali saya ulang tanya pada Haifa. Betul ke, hendak tinggal di kg?.
Haifa jawab, betul.
Saya tanya lagi kenapa Haifa tidak mahu balik KL?.
Haifa jawab, tak best.
Op, tersentap mama ini dengar jawapan Haifa. Tapi I looked back.
Saya sedar mungkin Haifa mahu berehat. Mungkin Haifa bosan rasanya.
Ok, saya dan HC redha. Maka tinggallah the only anak dara saya itu di kg di Kuala Pilah.

Saya pasti parents yang mempunyai anak-anak yang ramai dan rapat-rapat seperti saya mesti faham tanggungjawab besar anak yang sulong dalam membantu di rumah.
Mungkin Haifa dan Haziq belum mahu menjadi begitu. Mereka belum puas untuk bermain riang

Muka sudah masam, sebab di minta ambil gambar untuk kali kedua.

Story dua.
Masa hendak sampai di rumah kaklang sebab menghantar Izad. Yup kami balik ke kg bertujuh orang. Memang riuh rendah kereta dengan anak-anak.
Haziq pula request untuk tinggal di rumah kaklang. Maklumlah sudah cuti sekolah kan.
And Haziq beritahu saya, dia hendak tinggal di situ sampai 5 hari.

Haziq sudah patah 2 gigi depan

Akhir tinggal saya, HC, Qeqeem dan baby Hafiy di rumah. Itulah, saya bercakap dengan HC.
Anak kita baru 4 orang, walaupun begitu mereka bukan milik kita sahaja.

Semoga ALLAH memberi Haziq dan Haifa keselamatan dan kegembiraan hendaknya. Amin.



8 comments:

seri.selaseh said...

Nak duduk kampung sbb nak ubah angin la tu. Makanan yg nenek sediakan pon lain dpd mak ayah. Sampai skrang sy masih teringat nasi goreng arwah opah walaupon sudah lebih 10 tahun opah pergi.

Ms Haslina said...

as salam seri. terima kasih singgah di blog saya nie.

betul tu, berubah angin. itu kata2 kawan saya juga. nasihat kawan saya itu juga jgn risau, mesti mummy tetap di hati mereka.

ya allah, sesungguhnya masakan nenek/emak tetap yg terbaek kan.

saya pun begitu seri, masakan arwah nenek/opah dan uwan tetap dalam ingatan kita semua.

alfatihah untuk arwah. semoga arwah di letakkan dalam golongan org beriman dan di ampunkan dosa-dosanya. amin.

Eliss said...

alahai..saya tak boleh kot berenggang lama2 dgn anak..huhuhu

Ms Haslina said...

bagus dan betul apa cara eliss tu. saya dan suami pun begitu.
memang itu permintaan anak-anak. hendak di paksa balik sama, mereka memang sudah besar.
:(

mamaarifakeemaisy said...

Sesekali mereka nk ubah angin kan...apa salahnya...:-)

Anak2 eina jarang2 dpt balik kg, jd tak begitu akrab dgn atoknenek sampi boleh tggalkan mama n abah di mlm hari... hehe..

Suasana kg mmg jauh lebih best dr bandar, sbb tu diorg pilih nak lama2 di kampung tu..jgn risau ye.. in sha Allah, baik2 aje tu.. :-)

Ms Haslina said...

in sha Allah.
terima kasih Eina.

Unknown said...

hehe..macam anak lelaki kami jugak la..si ayun tu..pegi umah atuk dia tiba2 tanak balik..nak tido situ ngan atuk..padahal sebelum ni dia tak pernah lekang ngan mama dia..baru umo 3 tahun pon..tapi hari tu tiba2 dia request nak tido ngan atuk..berkali2 mama tanya betul ke..siap offer nak pegi tesco tapi tanak..siap cebik2 mulut lagi kata tanak..offer beli mainan pon tanak..baru tersedar rupanya anak lelaki kita tu dah besar..haha..

Ms Haslina said...

hehe, sesungguhnya kan dear. anak-anak kita ni wlu umur 3 tahun, tapi rupanya mereka da faham untuk fikir sendiri kan.

bak kata kawan2, anak2 hendak cuti sekejap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails