Followers

Friday, April 25, 2014

My bunga-bunga Cinta

  Haziq and cousin Ezad (beg tali hijau right beside Haziq).
Ini masa registration day.

Assalamualaikum.
Salam Jumaat pada semua kawan blogger. Hari ini saya story pasal anak-anak. Semua orang tengah feeling excited untuk pindah masuk condo, end of this month. Saya tahu diaorang tidak sabar hendak mandi kolam dan main playground everyday.
Saya dan HC pula tidak sabar untuk decorating our own small house. Deco plus tengah sibuk di rumah sekarang ini membahagi barang, perabot untuk di bawa masuk ke condo, mana yang hendak di bagi ke rumah kaklang dan akhir sekali untuk di hantar ke kg. Fuh.
Esok penyewa pindah keluar dari rumah condo.

Rambut Haziq memang panjang masa masuk sekolah awal January lepas. Masa gambar itu di ambil, jahitan luka di kepala Haziq masih belum di buka. Sebab itu kami biarkan rambut Haziq ala artis K-Pop pergi kesekolah.

Haifa Cassandra, the only princess in the house. 

Not including me as the QUEEN. huhu.
I'm realized that pregnant of Haifa only after 7 weeks she exist in stomach.
Actually I did not expect that I will get her after trying and trying to be pregnant again within that 2 years time.
Masa itu memang sudah give up. 
Kawan-kawan yang bercadang hendak mengandung, tetapi masih belum ada rezeki lagi. Saya nasihatkan, janganlah terlalu excited sangat-sangat. Yang penting perlu tenang. Pergilah bercuti bersama suami ke tempat yang di sukai, in sha ALLAH.

And 19 months after Haifa, Haqeem was born.
Haqeem dengan auntie Farah, my cousin.

Orang selalu tanya, mana satu kakak, mana satu adik kalau Haqeem berjalan berdua dengan Haifa. Sebab diaorang memang sama besar. Haqeem lahir dengan berat 3.5kg dan Haifa pula dengan berat 3.1kg. So Haifa, biasalah perempuan, kurus sahaja. Haqeem pula memang sentiasa berselera. Sama dengan baby Hafiy.

This is not the last one, in sha ALLAH. 
Hafiy also born as the same duration that I have Haqeem.

Rasa janggal juga bila saya tidak mengandung pada tahun ini. Hehehe. Bukan apa sudah 3 kali berturut-turut saya pregnant dalam masa terdekat. Since middle of 2009 saya pregnant, bersalin 2010. Pantang. Then start over the recycle again end of 2010, bersalin August 2011, berpantang. Again pregnant on July 2012, dapat Hafiy on Mac 2013.
The journey of 4 years time.

Sebenarnya saya dan HC tidak pernah planning untuk ada berapa orang anak. Semua yang ada adalah rezeki dan amanah Allah.

Saya bersalinkan Haziq di HUKM, KL. 
Haifa pula di Hospital Kuala Pilah, NS. 
Haqeem di Hospital Putrajaya. 
Dan Hafiy di Hospital Serdang.

Rasa sangat happy dan puas sebab ALLAH kurniakan anak seramai 4 orang.
Sekarang ini, planning saya ialah study smart dan habiskan my master dengan excellent. amin ya rabbal alamin.
Selepas itu barulah planning untuk tambah anak. Yang no 5, tapi itu semua hanya ALLAH yang tentukan. Kita sebagai manusia ini hanya mampu merancang.

Tuesday, April 22, 2014

Exam sudah selesai. Im happy.


Assalamualaikum,

Syukur sangat-sangat sebab exam sudah habis. Walaupun sekadar dua papers. Namun bagi orang yang berkerja, berkeluarga, emak, isteri dan anak-anak kecil seramai 4 orang. Dua itu pun sungguh membuat kecut perut. Memang terasa beban yang berat di bahu ini.

Saya tidak pastilah orang yang mempunyai background kursus lain. Tapi for me, calculation always yang pertama saya study masa ulangkaji dan juga yang pertama di jawab masa examination. Buka soalan exam, terus cari perkataan EMV, EPVI. Tapi sebelum itu terus buat Network Diagram, Critcal Path and Probability dulu.
Kemudian baru terkial-kial tengok soalan teori.
Saya sedar, saya memang low sikit part hafal / mengingat notes untuk teori.
Ada sesiapa-siapa ada tips untuk mudah ingat terutama untuk part baca dan baca lagi.

Semalam saya dan HC sudah mula project kemas mengemas. Mula dengan part baju dahulu. Tapinya saya banyak tengok sahaja masa itu. Entahlah feeling masih penat lagi kot. Otak masih belum cukup rehat. Akhir saya tertidur. HC masih continue mengemas.

Serius saya ini bukanlah rajin excellent orangnya. Namun kuasa Allah tiada sempadan. Hanya DIA yang membuka dan memberi kerajinan pada saya.
Kisah pada hari Sabtunya, saya memang macam sudah ke laut juga masa study teori part untuk subject risk. Memang hendak score bahagian calculation sahajalah fikir masa itu.
Susah benar hendak cari feeling study hard bagai.
Masa itu jam masuk 9 malam rasanya, saya masih study lagi. Hari Sabtu itu saya tidur dekat jam 3 pagi.
Terus terang, saya ini memang Allah kurniakan hati yang pantang di perlekehkan. Kononnya macam yang mudah tersinggung gitu. Hehe.

Masa perbincangan di whatsapp sesama kawan kelas, tetiba ada kata-kata yang bagi saya yang sensitif ini membuat saya rasa cukup tersinggung.
Rasanya tidak perlulah di ceritakan pasal apa kan.
Terus-terus lepas itu, saya jadi kebal. Saya terus semangat untuk belajar. Serius saya jadi minat dan tekun ulangkaji.
Hikmahnya, salah topic yang saya fokus semula masa itu merupakan soalan compulsory dalam paper exam risk. Kiranya dalam dua soalan juga saya dapat jawab hasil dari kisah sentap saya itu.




Friday, April 18, 2014

Rutin Haziq di hari Sabtu


Assalamualaikum.

Picture masa hendak pergi kenduri depan rumah 3 minggu lepas. Masa ini Haziq tengah pergi tuition rasanya. Lepas itu Haziq terus ikut kaklang balik kg petangnya.
Rutin Haziq hari Sabtu ialah kelas swimming jam 9am - 10am, lepas itu tuition pada jam 11.30 - 2.30pm. Kelas-kelas itu memang dekat sahaja, di BK4. Haziq dan Ezad, anak kaklang ambil tuition di Smart Reader. Subjects Bahasa Melayu, Mandarin dan Matematik. Semua fees ialah oleh kaklang. Kaklang hendak, everything yang Ezad attend, mesti Haziq ada sama. Kata kaklang, Haziq ini matang orangnya compare to Ezad.
Rasanya memang perkara biasa yang sulung mesti matang kalau ada adik ramai macam Haziq, kan.


Hari ini, masuk kerja semula lepas cuti 2 hari. Study dan sit for examination. Second paper saya ialah pada hari Ahad ini. Alhamdulilah kerja kurang hari ini, dapatlah study sikit-sikit.

Story sikit pasal pindah rumah.
Abah call 2 hari lepas. Abah offer rumah di Senawang untuk saya duduk di sana. Maknya berulanglah saya dari Senawang ke office di Kajang/Bangi.
Tapinya rumah itu memang ada penyewa. Ada agreement setahun. Next week baru abah dan angah pergi sana untuk berbincang.
Sebenarnya hati tetap berbelah bagi. Hendak duduk mana.
Buat masa ini, kami sepakat pindah ke Vista dahulu.



Monday, April 14, 2014

Pindah Rumah

Assalamualaikum.

Selamat bekerja kembali.
Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga balik ke kg. Lepas habis urusan HC diKL. Kami gerak ke kg dalam lepas Asar.
Lagi pun paginya Haziq ada swimming lesson. Tengahari pula Haziq pergi tuition.
Kami balik ke kg dengan anak kaklang sekali. Makanya anak saya sudah bertambah menjadi 5 orang masa itu.

Tujuan balik ke kg ialah melawat emak dan abah. Sebab lain ialah, memberitahu abah dan berbincang sikit mengenai kami sekeluarga yang akan berpindah rumah pada hujung bulan April ini. Nampaknya rezeki kami duduk menyewa di situ tidak lama, setakat 3 tahun lebih sahaja.
Rumah ini telah di jual oleh tuan rumah.

In sha Allah masuk bulan May nanti kami semua sudah menjadi penghuni Apartment Vista Impiana di Bukit Serdang.
Apartment ini kami beli pada pertengahan tahun 2011. Makanya sudah dua kali penyewa yang sewa apartment ini.
Mula-mula penyewa beritahu HC yang mereka akan keluar dari rumah itu pada hujung May atau June. Tapi lepas HC beritahu yang kami hendak duduk rumah itu pada hujung May, tidak lama lepas itu mereka beritahu yang mereka confirm keluar pada hujung April.
Alhamdulilah, HC memang sangat teruja sebab dapat masuk rumah sendiri lebih awal.
Patutnya kami keluar dari rumah sewa pada hujung May.


Point mengapa kami tidak terus duduk rumah ini dulu, ialah kerana rumah ini memang kecil. Dulu macam teringin hendak duduk rumah besar sikit, sebab itu kami menyewa landed house.
Tapi lepas, beberapa tahun duduk rumah yang kami sewa sekarang ini. Rasanya macam susah hendak urus keadaan rumah dengan anak-anak yang masih kecil. Masa pindah rumah ini awal 2011, saya tengah dalam mabuk-mabuk lagi pregnant kan Haqeem. Haifa baru hendak masuk 1 tahun dan Haziq pula baru hendak masuk 4 tahun.

Sekarang ini, Haziq sudah darjah satu. Tidak perlu pindah sekolah sebab rumah baru ini tidak jauh dari sekolah Haziq. Haifa sudah 4 tahun, Haqeem masuk 3 tahun pada bulan August nanti. Dan baby Haify sudah 1 tahun.

Azalinya banyak pakaian kami semuanya ada di tingkat bawah. Hinggakan almari di dalam bilik di tingkat atas macam kosong sahaja.
Memang patut ada orang tidak suka duduk rumah dua tingkat gitu.
Akhirnya saya dan HC juga anak-anak pun tidak sudah macam tidak berminat duduk di situ.

Buat masa ini, rumah kecil mungkin sesuai buat kami sekeluarga.
Dengan keadaan rumah yang tidak besar, mungkin ada beberapa perabot kami kena lets go ataupun bawa balik ke kg.
Sebab itu saya dan HC balik ke kg, saya perlu minta permission abah untuk meletakkan barang-barang dan perabot di rumah kg.

Sangat terasa peritnya bila menyewa rumah. Ialah, itu bukan rumah kita sendiri. Hendak buat apa-apa pun rasa tidak seronok. Lainlah kalau rumah sendiri kan.
Saya memang tidak ada pengalaman menyewa rumah. Inilah pertama kalinya. Sebelum duduk di Puncak Jalil, rumah di Pandan Indah adalah rumah abah. Terasa bebas buat itu dan ini.

Hari Rabu dan Khamis ini saya akan bercuti sempena menduduki peperiksaan di OUM hari Khamisnya. Satu paper lagi ialah pada hari Ahad, 20 April.

Semoga urusan kami sekeluarga di permudahkan ALLAH, amin ya rabbal alamin.

Rumah buat saya sefamily di kg. 
Abah yang buatkan. Baru siap awal tahun 2014.
Di hujung sana, rumah tempat saya membesar.

Emak dan abah duduk di rumah hujung itu.


Friday, April 11, 2014

Minum air yang sama.




Assalamualaikum.

Seronok habis sebab sudah hari Jumaat. Agenda tersirat ialah, esok tidak perlu datang kerja. Best kan. Makanya bolehlah bergembira berlebih-lebihan bersama anak-anak dan suami.

Kisah hari ini biasa-biasa sahaja.
Story pasal saya. Kisah mug dan air kopi.
Selalunya kalau saya bancuh air panas di office, mesti saya guna mug besar. Air kegemaran ever ialah kopi O. Cap Hang Tuah, plastic color hijau.
Lupa pula sebab kenapa saya tidak pilih plastic color biru atau kuning.

Kata officemate saya, dia tidak pernah jumpa kawan-kawan yang boleh minum air panas yang sama di simpan dari pagi sampailah ke petang. Kecuali saya orangnya.
Huhu.
Memang sudah menjadi habit saya. Sebab air kopi tu panas. Saya minum sikit. Buat air panas, tapi tidak berani minum air ketika panas.
Then tutup cawan itu. Sambung kerja semula. Saya sambung minum lagi lepas itu.
Kelakar lagi, kalau saya balik kelas rupa memang tersabar-sabar. Nampak sahaja meja, terus capai cawan dan minum air kopi. Sebab air duduk dalam aircord, air kopi saya sudah jadi kopi sejuk ala ala dalam peti ais. Kadang-kadang, saya pergi tambah lagi air panas sikit supaya kopi tidak sejuk sangat. Sebab saya bukan fan minum air sejuk.
Memang kopi akan tawar sebab duk tambah air sahaja kan. Tapinya I'm ok. Tawar sudah sinonim dengan saya.
Sampai satu tahap anak-anak tidak suka saya bancuhkan air buat mereka. Sebab kalau saya buat, mesti semua komplain, sebab kurang manis.
Sekali itu, saya bancuh air oren satu jug. Habis semua complain, sebab rasa macam minum air putih sejuk sahaja. Harapkan color air sahaja oren. HC, ambil jug dan dia pergi tambah oren lagi.
Huhu.

Kalau pergi lunch tengahari panas terik dekat office ini pung, saya tetap order air suam. Kadang-kadang sampai satu masa saya tidak order air langsung, sebab saya jenis orang yang tidak boleh habiskan secawan / segelas air dalam masa pendek disamping dengan baru perut full dengan makanan.

Kisah habit saya ini yang simpan air pagi sampai ke petang. Sebenarnya arwah nenek saya pun begitu, peminum tegar air kopi. Arwah pun begitu, simpan air, then bila nak minum semula tambah air panas sikit.
Di mana kalau tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.



Thursday, April 10, 2014

My pokok kemboja

Pokok kemboja saya yang selamat di cantas.

Assalamualaikum.
Wah wah wah sudah hari Rabu rupanya. Saya memang lately ini selalu lost. Mentang-mentang kelas master sudah habis. Tapi exam sudah around the corner, namun masih 'hilang' kemana entah fikirnya.
Pada yang bekerja hari ini, selamat bekerja rajin-rajin yea.

Hari ini hendak story sikit mengenai bunga kemboja. Alahai sebatang sahaja pun dia.
Al kisahnya pokok bunga saya ini subur meninggi tumbuh batangnya. Tapi sayang berbunganya sekali pun tidak. Walaupun ada pernah nampak macam pucuk/tunas color merah. Berbungalah hati masa itu maklumlah saya beli pokok ini masa ia masih kecil lagi, ingatkan dapatlah tengok bunga kembang masa itu. Tapinya tidak apa-apa berlaku pung.

Makanya hati perempuan seperti saya ini haruslah mesti jeles namun tetap respect juga pada dua jiran sebelah rumah. Bunga diaorang semuanya subur mekar cantik molek.
Kata jiran saya itu, dia memang rajin letak baja pada bunga-bunga semua itu. Ooooo, ok. Dan baru-baru ini saya tanya pula, sebab hari itu emak yang tanya pasal baja itu.
Macamana bunga kemboja semuanya nampak cantik begitu.

Kata jiran saya lagi, batang pokok kemboja hendaklah di potong sekiranya sudah mengeluarkan tunas baru. Nanti in the end, pokok akan tumbuh mengembang bercabang-cabang.
Wah, seronoknya kan. Terus saya cantas batang pokok kemboja saya.
Harapan saya tinggi supaya pokok saya hidup subur cantik juga nanti.

Pokok bunga jiran saya. Cantik kan.

Friday, April 4, 2014

Catuan air bermula pertama kalinya.


Assalamualaikum.

Akhirnya rumah saya termasuk dalam list catuan air. Just wondering kritikal sangatkah paras air di empangan sekarang ini?.

Since email dari SPAN di war war kan, kaklanglah orang pertama yang terus menerus forward email itu pada saya. Yup, my sister ini di samping menjaga keluarga dia, family saya pun masuk dalam list yang perlu di beri perhatian dan peringatan.
Luv you always my only sister.

Makanya baru semalam HC cuci box tempat mainan dan box baju baby Haify menjadi 'korban' untuk takungan air. Itu pun adalah idea dari kaklang.
Ada 3 bekas semuanya. Saya pula isi air pada mana-mana botol mineral yang saiz besar yang sedia ada dalam stor. Akhirnya petang semalam berjaya juga saya pujuk HC beli bekas air. Hehe, alahai bekas hitam bertutup, kata Haziq " ini sama macam bekas tong sampah jea".
Memang pun. Ok lah harga cuma RM10. Bekas itu letak di bilik air atas.

Haifa tengah pujuk Hafiy supaya berdiri elok-elok sebab hendak ambil gambar.
Kasihan kakak, masih belum sihat sepenuhnya. 
Muntah sudah elok, cuma perut masih beringin lagi.
Kurus sungguh anak mama.

Rumah saya termasuk dalam Zon 4 - Peringkat 4.

Nampaknya rumah saya selisih satu hari dengan jadual catuan air di  rumah kakak di Bandar Kinrara. Op, lupa pula hendak beli pinggan dan gelas kertas. Idea datang masa makan di rumah kaklang, memang guna pinggan kertas, senang kan terus bunag sahaja.

Untuk pusingan pertama ini kalau mengikut jadual catuan, rumah saya akan tiada air bermula 9 pagi hari ini dan mendapat bekalan semula pada 4 petang pada hari Ahad.
Ya Allah semoga di permudahkan urusan kami ini, amin ya rabbal alamin.

Mohon doakan juga, semoga di permudahkan kenduri berdekatan rumah saya pada esok hari. Moga kenduri kawin jiran saya berjalan dengan baik walaupun dengan catuan air ini. amin ya rabbal alamin.


Wednesday, April 2, 2014

Anak-anak tidak sihat kembali.

Assalamualaikum.

Hari Isnin lepas, 1st day Haziq masuk sekolah semula lepas mid term break seminggu. Haziq pergi SRA belah pagi dan SK belah petang.
Dan Haziq kena cirit birit dan muntah-muntah lagi. Sebabnya ialah makan nasi lemak dan sambalnya sekali di kantin SRA. Dulu pun Haziq pernah kena macam itu juga. Puncanya masa itu Haziq makan mee hoon goreng di kantin SRA juga.
Kasihan tengok anak lemah sahaja. Lepas itu mengadu yang perut tidak sedap. Mestinya beranginkan.
Malam pertama tidur itu, memang pakaikan Haziq pampers saiz besar. Ialah takut Haziq tidak sempat ke toilet.
Dan masuk hari ini, barulah HC bawa Haziq pergi ke klinik. Doc bagi MC dua hari untuk Haziq.

Haqeem pula, pagi tadi lepas saya pergi kerja tidak lama lepas itu, HC whatapps gambar Haqeem. Patutlah macam lemah sahaja rupanya naik merah-merah satu badan Haqeem. Alhamdulilah tiada demam kata HC. Kasihan Haqeem, badan dia kurus betul. Akibat dari demam lepas, ini tambah lagi sakit yang lain.

Haifa pula masuk 3 hari juga kena muntah dan cirit-birit, tapi mild sahaja.

Memang petang tadi ini, HC bawa semua anak-anak pergi klinik. Kasihan anak-anak, semuanya tidak lalu makan. Hilang selera. Alhamdulilah baby Hafiy sihat cuma masih ada batuk dan selsema. Baby Hafiy juga kuat makan.

Minggu lepas, alhamdulilah semua orang sihat. Cuma baby Hafiy dan Haqeem ada demam malam. Tapi mild sahaja.
Selang seminggu diaorang semua kiranya sihat. Allah uji lagi kami minggu ini.

Ya ALLAH Ya tuhanku, ampunilah dosa-dosa hambamu ini. 
Sihatkan anak-anak hambamu ini seperti sediakala Ya ALLAH.
Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails