Followers
Saturday, April 16, 2011
Ada pakai kad kredit ke?
Semalam aku, Nai and Hanah bercerita pasal kad kredit. Suprise sungguh rupanya ada juga member yang macam aku di zaman gilang gemilang ini yang langsung tidak mempunyai kad kredit. Aku ini mati-mati ingat orang keliling aku ini di office ini semuanya ada kad kredit sendiri.
Jujur kata memang aku tiada mempunyai kad kredit. Entah bagi aku memang aku tidak memerlukannya pun.
;))
Kerana itu juga dulu-dulu itu ada kawan aku terkejut sebab aku pergi bayar semua bill setiap bulan dengan duit cash gitu.
Aku tanya dia semula, kenapa dia terkejut.
Dia jawab mostly dia bayar bill guna card credit. Erm, aku tidak faham.
Tapinya aku sudah ada complementary Citibank Card since 2002. Biasalah aku ini, adik kesayangan kakak aku. So kaklanglah yang bagi aku card itu. Asalnya masa itu aku temankan emak abah pergi umrah. Kaklang yang bagi aku kad kredit itu sebab kononnya kalau ada barang emak hendak beli, maka bolehlah gunakan kad itu. Hatta aku sumpah tidak tahu guna pun masa itu. Maka tiadalah penggunaannya berlaku di Mekah Madinahnya.
Dulu masa bujang ada juga guna card itu, semata untuk isi minyak kereta sahaja. Bukan selalulah, ikut keadaanlah. Contohnya kalau hendak balik kg emak di S'pore so kakaklah belanja part minyak kereta. Jauh tu kan.
Bila sudah kawin ini card selalu di gunakan untuk membeli belah tiket Air Asia untuk balik kg hubby di Tawau.
Sungguh sebenarnya aku tidak suka menggores kad kredit hatta untuk membeli apa barang pun.
Aku prefer old fashion.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
dah ada kat supplement pn dah cukup.. yg penting blh guna
Keputusan Pilihan Raya DUN Sarawak ke 10 Live 16 April 2011
dik rizal - klu betul2 emergency baru leh pakai.
;))
tidak mempunyai kad kredit, aku pun salah sorangnya :p bayar down payment rumah cash, terkejut agen :p
eliss - welcome to the club.
mmg kebanyakan kita yg tiada CC ni mesti bawa bulky money utk bayar itu ini kan.
tahniah sebab otw to have ur own house. aku tumpang gembira.
;))
Post a Comment