Followers

Tuesday, April 5, 2011

MC, MC & EL

Jumaat lepas, patut-patutnya aku ke klinik kerajaan. Check gula dalam badan. Sekarang ini memang rules nya as soon as possible. Untuk buat ujian gitu. Memang kandungan aku belum cecah 6 bulan, kan. Hatta peraturan baru, ikut sahajalah.
Namunnya, aku kurang sihat Jumaat lepas itu. Makanya, aku pandai-pandai cancel sendiri untuk tidak ke klinik. Weh confirm kena marah nanti dek nurse sebab suka aku sahajakan.
Cadangnya kembali hendak pergi klinik Jumaat minggu ini.
Erm, macam-macam hal sahajakan. Ada meeting department pula.
Cancel lagi. Ngeri aku ini, mesti nurse bebel dan marah lagi.
;((

Hari Isnin semalam aku MC lagi. Kaki belah kanan since hari Sabtu macam kejang sikit. So macamana aku yang 'poyo' ini hendak drive tekan minyak kereta walhal gearnya automotik gitu.
Hikhik.
Lagi dan lagi aku ambil EL hari ini.
Aku ada sebab aku sendiri.
;))

Lagi pun cuti aku masih ada lebih 20 hari.


Sabar je lah SIN!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails