Followers
Friday, April 22, 2011
Bagaimanakah suami dan isteri itu....
Bila story pasal suami tidak di nafikan ada perlbagai perangai jenis kaum Adam ini. Aku hendak bersembang di sini bukan untuk mengutuk atau mempelekehkan kaum yang Allah lahirkan memang sebagai pemimpin ini.
Tapi aku lebih mahu panjangkan kisah suami isteri dalam membahagikan tugas dalam hidup berumahtangga.
Bagaimanakah anda sebagai suami atau sebagai isteri menerima atau menjalankan tugas atau memberi arahan?.
Uish berbelit juga aku hendak susun ayat ni, payah sungguh.
;))
Camnilah, aku peratikan dari zaman aku bujang until zaman aku hendak masuk anak 3 sudah ini. Begitulah kisahnya.
Mana lagi aku hendak lihat, kalau tidak di office sendiri.
Aku cuma musykil, kekadang aku tengok emak-emak orang ini suka sangat shopping barang dapur time breaklunch. Siap berbondong-bondong gitu mengangkut barang dapur. Erm aku peliklah. Tapi aku cuba budget positive, agaknya suami diaorang ini sibuk kot. Sebab itu terpaksa pi beli ayam, ikan bagai waktu bekerja dengan baju lawa-lawa gitu.
Itu belum lagi yang mesti-mesti pergi beli tudung, baju dan seangkatan dengannya.
Tambahan tidak cukup itu, boleh pergi potong rambut, facial muka ke apa-apa ntah lagi sekali.
Awat boleh potong rambut tanpa suami sendiri melihat potongan yang anda inginkan itu, sedangkan rambut itu nanti adalah untuk tontonan suami sendiri. Bukan kita yang akan melihatnya all the time.
Persoalannya di sini lagi ialah, kenapa suami mesti perlu ada masa dia sendiri pergi main games gitu gini?. Kenapa perempuan pula yang hendak berkorban masa tunggu anak berlatih swimming sampai 2 jam?.
Apanya orang perempuan tidak boleh ada their own time ke?.
Aku tahu mostly husband wife mesti ada bagi-bagi tugas, tapinya kalau sudah itu sahaja tugasnya dari dulu hingga keakhirnya, macam rasa tidak adil pula.
;((
Namun aku rasa ada wife yang memang tidak kisah kot kalau suami ada agenda tersendiri sentiasa ataupun asik dengan out station bagai dengan asalkan habuan MONEY di beri berlebihan pada isteri untuk bergembira.
Fikir-fikir syok sangat ke minggu-minggu dapat beli barang baru barang idaman sampai officemate lain tengok,
" wah dasat minah nie minggu-minggu ada sahaja barang baru latest gitu".
Hatta sebenarnya dalam hati ada taman bukan taman bunga tapi taman bunga tidak hidup. Ialahkan, luaran gah namun gelora dalam hati hanya Allah yang tahu.
Si suami pula, tidak rasa takut ke bila satu hari nanti manalahtahu ada kumbang-kumbang yang simpati dan cuba ambil kesempatan atas isteri yang selalu anda bebankan dengan workload yang sudah overload.
Camana kalau berlaku begitu nanti?.
Lagipun semua orang mahukan kasih sayang terutama dari pasangan.
Bagi pendapat aku yang baru setahun jagung dalam perkahwinan, sungguh sungguh beruntung wife yang kebanyakkan perkara suami yang handle or settlekan selagi dia mampu. Namun di tambah lagi suami sentiasa mahu bersama isteri dan anak-anak untuk melakukan window shopping kitchen shopping dan segala bagai aktiviti lain lagi.
Best tak jadi isteri yang di manjai suami?.
Seronok tak kalau suami yang isikan minyak kereta untuk kita pergi office?.
;))
Bagi aku, memang jiwa aku yang bunga bungannya memang sentiasa mekar setaman sudah lama di gilap dengan kasih sayang.
Ada orang yang meamng lebih suka duit datang dulu, kasih sayang boleh pupuk kemudian.
Diri aku fikir cinta mesti datang dulu kemudian duit kita boleh cari sama-sama nanti.
Lu pikirlah sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bab nih payah sket nak komen...bab dimanjai ni pun payah...tak semua org sama...ada lelaki yg menzahirkan kasih syg melalui perbuatan, ada yg menzahirkan melalui pertuturan...ada yg x menzahirkan lsg...tapi cukup di hatinya tersimpan segala perasaan kasih syg mereka...same goes to us wife nih..ada yg suka lentuk2 maja ngan hubby sama ada in public or not...ada yg macam kawan...ada yg malu2...macam2 pe'el lah katakan...apa2pun, yg penting, semuanya bahagia...amin
Post a Comment