Followers

Friday, April 1, 2011

kongsi botol

Dua malam lalu, kurang-kurang jam 11 malam gitu. Hubby tengah cari botol Haziq dan Haifa yang telah di minum pada jam 9 malam lebih sebelumnya dalam bilik tidur. Itu kiranya round terakhir minum susu untuk dara bujang aku ini. Insyallah lepas-lepas itu mesti lelap punya.
Cari punya cari, botol Haziq tidak di jumpai.
Biasalah budak-budak, habis minum susu, kalau mood baik terus letakkan botol atas meja. Kalau mood ribut, botol main letak sahaja dimana yang disukai.

Alhamdulilah mood Haziq baik malam itu. Dia terus terang dengan hubby yang dia akan guna botol Haifa lepas Haifa habis minum.
Sungguh aku terharu tersentuh dengan sikap abang sorang ini yang sanggup berkongsi dengan adik bucuk dia itu. Terus aku panggil dia, terus aku peluk cium.
Aku cakap ' baiknya anak mama ni'.

Kelakarnya bila Haifa minum susu sambil mata sudah terpejam, Haziq mesti datang dekat dengan dia. Tengok adik dia ni sudah habis minum susu atau tidak.
Aku tahu Haziq sudah tidak sabar untuk tunggu turn dia pula.
Tunggu Haifa lena, terus hubby buatkan susu Haziq pula.
Done minum sorang lagi lena.

Memang silap kami sebab masih tidak sempat-sempat beli botol @ puting baru buat Haziq dan Haifa.
;((
Namun aku memang sudah nampak ciri-ciri abang pada Muhammad Haziq.
tq sayang.

 mama, ambil gambar Haziq dengan straw

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails