Followers

Wednesday, April 13, 2011

Menulis


Minggu lepas aku free berbual kosong dengan officemate yang mempunya personal blog macam aku. Katanya semenjak dua menjak ini dia tidak lagi aktif menulis di sebabkan kesibukkan dalam bekerja dan  belajar separuh masa. Oleh itu katanya lagi, masa dia telah menjadi begitu terhad. Lagi cerita, dia macam keliru sebenarnya untuk top up@tulis kisah-kisah apa dalam post dia. Akibat pening fikir disitu akhirnya dia biarkan sahaja blognya tanpa cerita baru dekat hampir 2 tahun rasanya.
Aku ini memang suka bagi semangat pada orang, aku pun story pada dia yang sebenarnya ada banyak perkara kita boleh tulis dalam blog. Bukan setakat perkara yang kita rasa penting-penting sahaja.
Setakat story pasal Sebantang Pen Baru pun boleh olah sehingga beberapa peranggan :)).
Yang penting ialah cara kita menulis. ( ye je aku kan kalau bagi nasihat ;)) )

Hatta di panjangkan cerita lagi, baru-baru ini kawan aku itu tergerak hati untuk log in akaun di Nuffnang. Terkejut dia sekejap, kerana melihat jumlah BE dia ialah berjumlah RM 5. So khabarnya lepas itu dia rasa macam syok pula hendak rajin semula untuk menulis kembali.
Tapi-tapinya lagi aku ini yang pernah pergi Sharing Session Nuffnang, tetap story pada dia bagaimana macamana sebenar BE blog boleh ada walaupun dia gagal dalam updating post baru.
;))

Sebenarnya aku pun seronok juga sebabnya BE aku naik RM 3 untuk minggu ini, hasil dari minggu lepas. Sememangnya sudah lama aku tidak dapat gitu sekali kenaikan. Dulu masa aktif sungguh, dapatlah kenaikan dalam RM 5 @ RM 6 untuk seminggu gitu. Bagi aku itu memang sudah banyaklah berbanding kenaikan setakat sen sen dalam seminggu.
Ialah punca kenaikan lambat dalam tahun ini adalah sebab aku kurang sungguh memberi perhatian pada blog cinta merah aku ini. Lagipun hari itu hari itu kekangan kerja dan family membuat aku tidak boleh lama dengan blog ini.
Stress juga masa itu.
Namunnya since masuk bulan April ini workload aku sudah berkurangan gitu. Depa depa boss di office ini, tidak mahu aku mengajar banyak-banyak seperti biasa. Mak buyung kan aku ini.
Makanya masa aku sudah ada berlebih-lebih pula.
Macam sudah naik boringlah pula. Dengar cerita perkara ini akan berlanjutan until aku bersalin bulan August nanti.
Erm, seronok memang seronok sebab kerja tidak banyak. Tapi belum apa-apa, aku sudah bosan gilos minggu ini. Minggu pertama kelas bermula.
;((

2 comments:

YUL said...

wah2, keep on blogging, apa3 pon hasil kita pasti akan menjadi

Ms Haslina said...

gitulah kita nie 'penulis maya' kan Yul. pembakar semangat kenalah ada...kan.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails